nuffnang

Selasa, 19 Julai 2011

Tahniah Pemenang Teka-Teki Ayie

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Shing-shing kebabom..(bunyi mercun).. haha.. ramai yang dok tunggu siapakah pemenang yang berjaya menjawab dengan betul.... ada orang cakap.."apo sonang bonar soalan tu ayie?"... ala rileks la.. bagi je soalan simple-simple kat pembaca yang berani jawab ni.. kang bagi soalan "siapakah timbalan menteri kebudayaan zimbabwe??" kang terkontang kanting dok search siapa nama dia..haha.. gurau je la...klik sini


dan apakah jawapan sebenar teka-teki ayie.. "benda" ni memang buatan orang kampung.. sangat popular di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.. kalau dah masuk mulut rasa nak lagi dan lagi la..

Jawapan:
Kuih Apam Johol/ Kuih Apam Daun Rambai

ok dah bagi jawapan.. so siapa yang dapat?? hehe.. mesti siapa yang dapat jawab senyum je.. so berikan thumbs up kepada 2 pemenang yang berjaya jawab dengan berani dan berjaya jawab dengan tepat sekali.. ayie agak terkejut mula-mulanya sebab jawapan dia sangat tepat sebab ayie ingat kuih ni tak la ramai orang tahu..sedangkan ayie pon tak tahu..haha.. itu pon sedara ayie yang dok johol bagi kuih kat keluarga ayie suruh makan..kalau nak tempah boleh la order kat angah ly azhan...

Sekarang jom blog review kepada pemenang...

Pemenang Pertama:



Sangat unik nama blogger ini..menggelar diri sebagai kasut karipap..blog kasut karipap banyak berunsur isu semasa.. the latest entry pasal seorang wanita mengidam penggilap perabot..huhu
info tentang beliau.. ayie copy paste dari about me..

About Me

Seorang insan yang berpegang pada agama dan sunnah. Mencintai Dia yang satu dan kekasihnya, Rasulullah. Menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang ustazah kaFa namun kini berada dalam bidang sains & teknologi. Hingga kini, masih berusaha dan meraih peluang menambah ilmu pengetahuan dalam apa juga bidang terutama fardhu ain..sebab nak jadi ustazah kafa..=)

ayie harap kasut dan karipap berjaya mencapai cita-cita apa yang dimpikan..amin..
jom terjah blog beliau dan follow blog dia laju-laju..hehe

Pemenang Kedua:

Dalam tengah dok mencari pemenang lagi.. ayie terkejut sebab dia menang..haha.. hebat la saudara Mohd Khairi Khadzir.. blogger dari johor ni sangat hebat...thumbs up ayie bagi kat dia.. ayie adalah peminat blog dia sebab blog dia lawa.. maybe dia ni sangat kreatif kot.. yela orang dari landskap ni.. tangan dan otak mesti berseni masa nak fikir sesuatu yang sangat cantik.. sejak akhir-akhir ini entriy dia banyak sertai segmen-segmen blogger lain.. wow rajinnyee..hehe
jom tengok apa dia tulis kat bahagian about me..

About Me

Pelajar UiTM Malaysia Shah Alam | Sarjana Muda Seni Bina Landskap (Kepujian) | Lahir pada 25 Jun 1988 | Berasal dari sebuah pekan kecil Parit Sulong

so sesiapa belum memfollow blogger ini... moh le lelaju follow blogger yang sentiasa awet muda ni..hehe

Ayie nak ucap bebanyak terima kasih kepada semua yang berani menjawab soalan teka-teki yang just mengambil masa sehari jew... lain kali join lagi ye :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ seronok sesangat sebab minggu ni keje shift pagi..:)

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha,...ni xde kaitn ngan org seni ok..hahaha .. ini kuasa internet 24 jam.. ape lagi taip je la kt google.. jmpe jgk..hahahaha...

thanks ayie... xpyh la puji kang aku trlbey kembang..hahaha

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH! sy nk bakor blog ni sbb tuan dye x bg sy hadiah sagu hati.. ape la.. at least bg la sagu.. erk? haha.. gura jex.. TAHNIAH3! :p

a berkata...

tahniah to the winners =D

KasutKaripap berkata...

Wahhh..terima kasih daun keladi...
hadiah kuih apam johol takde ke? hahaha..gurau2...tapi sy tak pernah makan kuih ni..sy tahu nama kuih ni pun sbnrnya dari..........tetttt..rahsia...hahaha...
pa pe pun terima kasih banyak2 tuan blog !!!!!!!! :D

BRO_MONDAY berkata...

ayie : ai x menam x pe, tengok rakan² lain menam pun dah cukup hepi,.,terbaik..kalo ada lagi teka-teki, kasi tau ai ye...koh koh koh

Far8 budak baik berkata...

cis cis..aku
tak dpt pulakkk
grrrrrrr...

krunch2sa berkata...

alamak....tersalah daun jer =.= takpe2...kalo ade teka-teki-tengkok, try lg....

syazwani 'atiqah berkata...

daun rambai eh..engt daun getah td...=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...