nuffnang

Sabtu, 31 Julai 2010

Imam Muda Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan




Tahniah kepada imam muda 2010 saudara Mohd Asyraf..Aku rasa dia seorang yang sangat konsisten dalam rancangan imam muda..walaupun aku tengok 2 episod pertama..tapi rancangan realiti ni besh..banyak mengajar cara-cara menjadi pemuda islam sejati..takbir..allahuakbar!!!!!

Mandi Air Asap..beshh!!!!


Hari ni..kol 10.30 malam tadi.. aku and the gang pergi mandi kolam air panas gadek melaka..wow besh sungguh..hehe..masuk rm4 je.. Masa nak masuk kolam tu Ya Allah..den tak tahan..haha..macam kene rebus je diri ni..huhu..lepas tu slow-slow baru la dapat membiasakan diri menenggelamkan badan dalam kolam tu..Ya Allah kolam tu ramai sangat orang datang.. Ramai orang santai memalam kat situ..nice gak la tempat dia..tandas pun bersih..hehe.. Moh le datang Air Panas Gadek..buka sampai malam..

Hari ni isu trip yang tak jadi buat kelas kitorang BAS4A.. kami disisihkan..ye tuan-tuan dan puan-puan..cogan kata untuk semester ini adalah 'kami dah biasa disisihkan'.. Harap maklum ye..ish klu nak fikir balik sakit woo..huhu..dah la nnt klu ada perkembangan negatif ke positif ke..aku nak kongsi lagi..huhu..

ok esok nak pergi petaling jaya..dan ayie belum tidor lagi..yelaa kene siapkan cite kat blog..baru leh tenang..hai Wijaya International Medical Centre..here i come..ok esok tgok catatan aku yee..nak tido..bye:)

Jumaat, 30 Julai 2010

Quiz Shocked!!!!!!

Hari ini bangun je pagi..mandi dan pergi kelas makroekonomi..aku sangat terkejut sebab ada kuiz..omg.. huhu.. dah la aku tak baca apa-apa..arghh..jawab je la apa yang terlintas..huhu.. aku rasa kuiz aku rendah kot.hmm apa-apa jela..janji masuk kelas..huhu..harap aku tak kene black list.sebab tak datang lebih 3 hari berturut-turut..aku ada reason sebab koordinator aku bagi lampu hijau untuk attend kelas 1 hari seminggu..hehe..

Malam pula..kawan ajak main badminton..akhirnya regu sekali menang..hehe..cara permainan aku pon dah ok..:)..best sekali..aku main 2kali je..takut la main letih-letih..nanti tak bangun aku nanti..hmm..esok ada satu kelas...layan Benci bilang Cinta dulu..cerita dia sangat emosi..huhu..baru la besh emosi kekeluargaan..hehe..

Rabu, 28 Julai 2010

Hari Terbuka dan Malam Jalinan Kasih FSPPP

Pada hari isnin malam selasa. Fakulti aku anjur malam jalinan kasih. Malam nak kenal semua junior-junior yang baru masuk.. Hmm pada mulanya agak menarik. Tapi bila Part 1 buat persembahan..boring laa.. kau ni nyanyi la lagu popular sikit. Nie nyanyi sakit telinga je..huhu..xbest..xsyok.. Lepas tu masa ucapan Part 3 plak..aduhai ko nie ceramah ke apa..macam xbest langsung induksi time ni..aku dah masuk induksi 4 kali..kali ni paling membosankan..sebab kalau sebelum ni..induksi semua happening.. lepas tu part 3 buat persembahan silat cekak..ok la..boleh dikatakan antara yang terbaik persembahan malam tu..huhu..lepas tu pulak semester 6 dipaksa buat persembahan..haha adakah anda dibuli untuk buat persembahan..hehe..suara dah ok la..lagu pon aku macam xfamiliar..tapi yang beshnyee.naik pentas semua part 6..tapi aku rasa hanya seorang je nyanyi..haha layan la beb..hehe.. masa teka biji dalam peria tu..alamak xtepat lak..semua ada 205..aku teka 106..huhu klu tambah 100 maybe aku dapat hamper tu..hehe.. lepas tu cabutan bertuah..hampeh aku tak dibagi kertas yang ada nombor..pergh rugi siot..hmm..dan nak ucap tahniah pasukan debat sebab menang piala pengarah..congrats girls :)



tempat kejadian..di audiotorium..

yang ni..part6 buat persembahan..layan..haha


dan gimik aku rasa menjadi..di mana encik bastiyan merangkap lec HR aku dengan Puan Khalila.. diraikan sebagai pengantin baru..nice:)

Happy Birthday to My Abah Tuan Haji Mohd Ali

Ayie nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk abah pada 25 julai lalu..huhu..
sekarang umur abah dah 59 tahun..huhu..dah hampir 60 abah..hehe..

Ayie nak ucapkan semoga panjang umur dan murah rezki..hmm sekarang mak dah naik pangkat pengarah jati setia..so maksudnya abah kene la rajin hantar mak ke mesyuarat HPA..
hehe..dan ini bermakna..abah tak banyak masa nak pergi kebun..hehe..

ayie harap abah kuat dalam menempuhi hidup..aminnn..u r my idol:)

Jumaat, 23 Julai 2010

Ayie layan Winda & Dimas


Hehe..sekarang aku tengah layan cite indon Benci Bilang Cinta..dimana pelakon perempuan yang sangat comel time nangis..marshanda..berlakon..huhu..layan kat youtube jew..penat aku tunggu keluar kat youtube..huhu..akhirnya ada lah makhluk malaysia yang rakam kan..thanks to RanniaLove:)..cerita yang sangat mirip dengan cerita korea..hehe..

Khamis, 22 Julai 2010

Delayed

Tetibe lak kan..keje minggu nie terlampau banyak..huhu.. so tepaksa la delayed..bia sampai lecture marah..huhu..lantak la ko!!!!

Selasa, 20 Julai 2010

Lin Dan Tolong Ajar Aku!!!!!!!!!!!!

Lin Dan tolong ajar aku main badminton boleh x????

Argghh tension lak aku.. main badminton tak pandai..huhu..
Sewa court rm10 2jam..main dengan geng rumah..
malu pulak tengok semua pandai main..aku lak..pukul pun xlepas..huhu
nampaknyee kene berlatih cara pukul laa..huhu..khamis nie main lagi..
Semoga Lin Dan dapat baca blog ni..datang la esok yee Mr.Perfect Lin Dan..dapat training untuk khamis ni..kasi kalahkan semua geng rumah ni..huhu

Isnin, 19 Julai 2010

Jadual Kelas Semester 4


Jadual kelas sem4

aku kene remind dalam blog nie..dah la 2 kali salah tingkat..haha terpaksa la naik tangga balik..hehe..kampus yang ada 16 tingkat..ko ada ke??hehe

Sabtu, 17 Julai 2010

Happy Birthday My Younger Brother Muhammad Firdaus


13 julai aritu adik paling last sekali birthday yang ke 11 tahun.. jatuh hari selasa.. nak ucap.. smoga panjang umo dan murah rezki..blaja rajin2..jgn dok main facebook je..hehe.. tu je..hehe.. nak bagi hadiah masih student lg..klu dah keje leh belanja pizza ke kan..hehe

Angan dan Sedar




waa 1st semester baru tetibe lak nak mulakan post blog dengan lagu angan dan sedar Mawi.. aku suka lagu dan lirik dia..hehe.. tu pasal aku punya pic header blog guna ayat nie..sangat la merendah diri macam aku yang suka rendah diri..alamak angkat bakul tekan lif je aku..hehe..

Semester baru dengan lec ade yang baru..ada yang lama.. hmm..tapi semester ni agak besh..kene banyak wat research..ni bermakna bole jalan2..jalan2 cuci mata laa..hehe.. minggu depan nak pergi KWSP kuala lumpur..nak buat research Quality kat pejabat sana.. harap enjoy laa..

Harap semester ni tak banyak masalah macam semester lepas..huhu..tension woo..macam2 masalah timbul..bukannya masalah belajar..tapi masalah diluar belajar..grrrr.. harap semester ni bole enjoy blaja..amiinn..

ok laa tu jela nak membebel..selamat berhujung minggu:)

Isnin, 12 Julai 2010

World Cup 2010: Final~~ Netherlands vs Spain


Keputusannya Sepanyol menang 1-0

Gol Sepanyol dijaringkan oleh Andres Iniesta pada minit ke-116

Sepanyol dinobatkan sebagai Juara World Cup 2010..tahniah~~~~~~~~~~

World Cup 2010: Match of Third Place~~ Uruguay vs Germany






Keputusannya Germany menang 3-2

Jaringan pertama Jerman dijaringkan oleh Thomas Mueller pada minit ke-19
Jaringan pertama Uruguay dijaringkan oleh Edinson Cavani pada minit ke-28
Jaringan kedua Uruguay dijaringkan oleh Diego forlan pada minit ke-51
Jaringan kedua Jerman dijaringkan oleh Marcell Jansen pada minit ke-56
Jaringan ketiga Jerman dijaringkan oleh Sami Khadeira pada minit ke-82

German berjaya meraih tempat ke-3

Selamat Hari Lahir Ibuku Tersayang Puan Normah


Selamat Hari Lahir untuk emakku yang ku sayang..hehe..pada 9 julai yang lalu.. sekarang dah masuk 51..tapi aku tetap pandang mak aku macam umur 41..yelaa..seorang yang kuat bisnes..otak bisnes..dengan harapan dapat melancong kalau dapat duit lebih..hehe..nanti ayie pon nak join ye mak..hehe..ayie doakan semoga mak panjang umo dan murah rezki:).. kuat kan semangat dalam menempuh liku hidup..kami 7 beradik sayang emak:)

Khamis, 8 Julai 2010

Jadual Akhir World Cup 2010

World Cup 2010: Semifinal~~ Germany vs Spain


Keputusannya Sepanyol menang 1-0

Gol Sepanyol dijaringkan oleh Carles Puyol pada minit ke-73

Sepanyol layak ke final World Cup 2010

*Permainan agak seimbang..tapi kelebihan banyak kat Sepanyol..congrats..hehe

Rabu, 7 Julai 2010

World Cup 2010: Semifinal~~ Uruguay vs Netherlands






Keputusannya Netherlands menang 3-2

Gol pertama Netherlands dijaringkan oleh Giovanni Van Bronckhorst pada minit ke-18
Gol pertama Uruguay dijaringkan oleh Diego Forlan pada minit ke-41
Gol kedua Netherlands dijaringkan oleh Wesley Sneijder pada minit ke-70
Gol ketiga Netherlands dijaringkan oleh Arjen Robben pada minit ke-73
Gol kedua Uruguay dijaringkan oleh Maximiliano Pereira pada minit ke-90+2

Netherlands layak ke final World Cup..

Tgok kat Mcd Dataran Pahlawan meriah ade orang Belanda sokong

Isnin, 5 Julai 2010

Mohd Juara Mentor Musim Keempat

Tahniah Mohd menang mentor musim keempat..
Tapi aku rasa pemenang sebenar adalah ziana zain..
fulamak suara ziana zain meletup..haha..
bila la ziana zain nak buat single baru?? kasi gegar satu nusantara

Ahad, 4 Julai 2010

Jadual separuh akhir World Cup 2010

World Cup 2010: Quaterfinal~~ Paraguay vs Spain


Keputusannya Spain menang 1-0

Gol Spain dijaringkan oleh David villa pada minit ke-83

Spain layak ke separuh akhir

World Cup 2010: Quaterfinal~~ Argentina vs Germany







Keputusannya Jerman menang 4-0
Gol pertama Jerman dijaringkan oleh Thomas Mueller pada minit ke-3
Gol kedua Jerman dijaringkan oleh Miroslav Klose pada minit ke-68
Gol ketiga Jerman dijaringkan oleh Arne Friedrich pada minit ke-74
Gol keempat Jerman dijaringkan oleh Miroslav Klose pada minit ke-89
Jerman layak ke separuh akhir

World Cup 2010: Quaterfinal~~ Uruguay vs Ghana

























Keputusannya Uruguay menang penalti 4-2 setelah seri 1-1
Gol Ghana dijaringkan oleh Sulley Muntari pada minit ke-45+2
Gol Uruguay dijaringkan oleh Diego Forlan pada minit ke-55
Gol penalti Uruguay dijaringkan oleh:
1. Diego Forlan
2.Mauricio Victorina
3.Andres Scotti
4.Sebastian Abreu
Gol penalti Ghana dijaringkan oleh:
1.Asamoah Gyan
2.Stephen Appiah
Uruguay layak ke separuh akhir








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...