nuffnang

Selasa, 13 Ogos 2013

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Manisan Labu Dan Badam Ala Gulab Jamun

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Wah tahniah angah ezani dapat masuk final.. jom buat labu resepi finalist masterchef..kalau dah siap panggil ayie yee..



    BAHAN-BAHAN DUMPLING:
  • Labu (direbus hingga masak dan dilenyek serta ditapis, ambil purinya)
  • Badam (dipanggang dan dikisar)
  • Tepung Gandum
  • Telur
  • Mentega cair
  • Air
  • Gula
  • Garam

    CARA-CARA PENYEDIAAN DUMPLING:
  • Gaulkan semua bahan hingga sebati hingga menjadi dough.
  • Bulat-bulatkan dengan sudu dan goreng dalam minyak hingga keemasan.
    BAHAN-BAHAN SIRAP DAN KRIM:
  • Gula
  • Air
  • Buah Pelaga
  • Air Mawar
  • Krim
  • Icing Segar

    CARA-CARA PENYEDIAAN SIRAP DAN KRIM:
  • Masak sehingga warna keemasan (caramelised).
  • Tambahkan sedikit air untuk cairkan caramel.
  • Letakkan buah pelaga yang dipecahkan dan masak sirap hingga kepekatan. Tambahkan sedikit air mawar.
  • Masukkan dumpling ke dalam sirap dan biarkan.
  • Untuk krim air mawar, putar krim hingga soft peak, tambahkan icing segar sedikit, titiskan sedikit air mawar


 Ayie sayang anda ♥♥♥ agaknye tak dapat tengok final..rumah sewa tak ada astro

Isnin, 12 Ogos 2013

Masterchef Malaysia - Ragout Lidah Dan Cendawan Campuran

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



    BAHAN-BAHAN RAGOUT:
  • 100gm Lidah Lembu (dibuang kulit, dipotong dadu)
  • Tepung Gandum
  • ½ cawan Cendawan Butang (dihiris)
  • ½ cawan Cendawan Shitake (dihiris)
  • ½ cawan Cendawan Shineji (dibuang akar)
  • 1 biji Bawang Kuning (dihiris panjang)
  • 3 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 sudu besar Daun ‘Thyme’
  • 100gm Lidah
  • Garam dan Lada Hitam
  • Tepung Gandum
    BAHAN-BAHAN PASTA DAN GREMOLATU:
  • ½ sudu kecil Kulit Lemon
  • ¼ sudu kecil Bawang Putih
  • 200gm Pasta ‘Spiral’

    CARA-CARA PENYEDIAAN RAGOUT:
  • Salutkan lidah dengan tepung, garam dan lada hitam.
  • Panaskan kuali leper dahulu, kemudian masukkan minyak dan gorengkan lidah lembu sehingga keperangan. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan minyak dan bawang kuning, bawang putih dan herba ‘thyme’.
  • Kemudian, masukkan lidah yang telah digoreng tadi dan cendawan butang, cendawan ‘shitake’ dan cendawan ‘shineji’.
  • Masukkan sedikit air supaya tidak melekat dan didihkan sebentar.
  • Campurkan 1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air. Kemudian, masukkan kedalam kuali tadi dan masak sehingga pekat.
  • Perasakan bersama lada hitam dan garam.

    CARA-CARA PENYEDIAAN PASTA DAN GREMOLATU:
  • Masak pasta didalam air yang mendidih. Toskan pasta dan gaul dengan minyak.
  • Hidangkan pasta di atas pinggan hidangan dengan ‘regout’ dan taburkan sedikit ‘gramolata’.
  • Sedia untuk dihidangkan


 Ayie sayang anda ♥♥♥ :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...