nuffnang

Ahad, 5 Oktober 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Hajj

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar

2. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap kali ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya, dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

3. Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan

4. Yang telah ditetapkan kepada tiap-tiap syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnyakepada azab mereka

5. Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak ragu-ragu tentang kebangkitan makhlukhidup semual pada hari kiamat, maka perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia kerana sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian kepada titik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan, kami jadikan secara demikian kerana kami hendak menerangkan kepada kamu kekuasaan kami, dan kami pula menetapkan dalam kandungan rahim ibu mengandung itu apa yang kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya, kemuadian kami mengeluarkan kamuberuapa kanak-kanak, kamudian kamu dipeliharahingga sampai ke tahap umur dewasadan ada pula dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatuyang telah diketahuinya dahulu, Dan ingatlahsatu bukti lagi, engkau melihat bumi kering, kemudian kami menurunkan hujan menimpanya, berheraklah tanahnya dengan tumbuh-tumbuhan merecup tumbuh, dan gembur mebusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai

Ayie sayang anda ♥♥♥  Selamat Hari Raya Qurban


https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630


 Ayie sayang anda ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...