nuffnang

Jumaat, 30 April 2010

Ask me anything @ tanya saya apa sahaja

cuba terangkan, macam mana duit tu nak jatuh dalam poket abg pink tu?? ajaib tu?? =P by luvlyadreena

haha..nak terang..hmm kene cari lampu nak terangkan..hehe.. cuba bayangkan note $100 juta dollar Amerika melayang dari langit..dan poket ku akan menadah duit itu..weeee

Ask me anything @ tanya saya apa sahaja

Ask me anything @ tanya saya apa sahaja

abg pink wat pe tu?? hahaha XD by luvlyadreena


huhu xde soklan lain ke?? tanya la bila nak jadi jutawan ke..br la besh..xde dok menung jew..tgu duit jatuh ke poket

Ask me anything @ tanya saya apa sahaja

Isnin, 26 April 2010

1 Smile 1 Malaysia

KLIK SINI


hmm aritu ak masuk group facebook boh join senyum satu Malaysia BOH..huhu..ni la uploadkan gamba..potong setengah jew..gambar form 6 aku..

so aku mintak tolong pembaca blog vote gambar ni kat sini..

mula-mula kene ada facebook..lps tu join group ni..
kalau dah join..klik sini untuk vote gambar tu..ok~~~

p/s: 1.sangat risau markah course work rendah
2. sangat risau blog nie x banyak cite baru..huhu

Khamis, 22 April 2010

final exam


salam..:)


demam final exam dah stat..dari 22/4 sampai 9/5..huhu.. takut gak nak wat.. terutama acc managment..huhu..bab2 mengira ni mls tol le..huhu.. pagi tadi dah buat CTU..xpuas laa jwb..xckp mase..huhu..akak jage pekse tu smgt nak ambik ketas jwpn..huhu..


skang ni lagu teman exam ak lagu tohoshinki..bia la ulang byk kali lagu die..jji hati ak heppi..hehe..


so slamat exam wahai pembaca blog ku yg xseberape..:)

Rabu, 14 April 2010

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA FA







Utusan Malaysia

Negeri Sembilan kuasa baru bola sepak tempatan

KUALA LUMPUR - Kejayaan menjulang Piala FA kelmarin, membuktikan skuad Negeri Sembilan kini merupakan kuasa baru bola sepak negara, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Namun, beliau mahu skuad Rusa mengekalkan prestasi dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Menurut Mohamad, yang juga Menteri Besar nyata gembira kerana anak buah Wan Jamak Wan Hassan berpegang kepada nasihat yang diberikannya.

''Pemain membuktikan mereka mampu beraksi secara konsisten selepas menjuarai Piala Malaysia musim lalu.

''Saya harapkan lebih banyak kejuaraan akan diraih oleh skuad Negeri Sembilan musim ini.

''Menyentuh persembahan mereka pada malam ini, saya amat sukacita dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua pemain kerana selepas tujuh musim menunggu, Negeri Sembilan akhirnya kembali bergelar juara Piala FA, '' katanya ketika ditemui selepas penyampaian trofi Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Mengenai ganjaran, Mohamad menjelaskan, janji sebelum ini akan ditunaikan, iaitu ganjaran RM400,000 termasuk RM 200,000 selepas muncul juara Piala FA.

''Saya akan gunakan formula yang sama seperti kejohanan Piala Malaysia lalu, iaitu menyediakan habuan kepada para pemain yang berjuang bermati-matian untuk menjulang nama Negeri Sembilan.

''Mungkin sebab itu mereka nampak bersungguh-sungguh malam ini, '' katanya.

Sementara itu, penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak meminta maaf kerana gagal menyempurnakan penalti pertama, yang hampir memberikan kekalahan buat skuad Rusa.

''Saya amat tertekan kerana tidak pernah berdepan pengalaman sebegini.

''Kesilapan itu hampir menyebabkan rakan-rakan jatuh semangat untuk mengambil sepakan berikutnya.

''Selain itu, saya kurang gembira dengan persembahan saya pada malam ini kerana gagal membantu pasukan mendapatkan gol seperti mana yang diharapkan.

''Namun, syukurlah mereka dapat menebus kembali kesilapan saya. Saya anggap ini adalah rezeki penyokong Negeri Sembilan dan saya hadiahkan kemenangan ini kepada mereka,'' katanya.

Selepas menjulang Piala FA, Zaquan berazam membantu Negeri Sembilan memburu kejuaraan Liga Super, dan berkata ia bukan mustahil.

''Kami ketinggalan enam mata kepada pendahulu, Selangor.

''Perlu diingatkan, jadual pusingan pertama masih belum dihabiskan lagi dan saya yakin Negeri Sembilan masih berpeluang mengejar kedudukan Selangor atau Terengganu, '' katanya.

Skuad Hoben Jang Hoben disambut seperti wira

SEREMBAN 11 April — Skuad Bolasepak Negeri Sembilan yang menjuarai Piala FA malam tadi selepas menewaskan aspukan Kedah 5-4, disambut seperti wira oleh para penyokong dan anggota keluarga pasukan itu.

Skuad yang digelar Hoben Jang Hoben itu yang pulang dengan menaiki bas ditunggu oleh kira-kira 50 penyokong berpakaian serba kuning di Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) di Rahang hari ini.

Ketua Skuad Bolasepak Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya sewaktu ditemui Bernama melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kejayaan pasukan itu.

Katanya, selepas kejayaan merangkul Piala F-A ini, skuadnya akan menumpukan perhatian bagi mengukuhkan kedudukan negeri itu di dalam Liga Super serta saingan Piala Malaysia.

Para pemain dijangka berkongsi imbuhan RM400,000 melalui kejayaan mereka semalam selepas berjaya mengondol RM50,000 apabila memasuki separuh akhir.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menjanjikan RM150,000 apabila skuad itu menjejakkan kaki ke peringkat akhir dan tambahan RM200,000, jika pasukan itu membawa pulang Piala FA. – Bernama

N.Sembilan juara

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama para pegawai dan pemain meraikan kemenangan menjuarai Piala FA selepas menewaskan Kedah 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. - mingguan/ismail kamadin ismail kamadin & mohD. farizwan hasbullah

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan memerlukan tuah penentuan penalti untuk kembali menjulang Piala FA dengan menewaskan Kedah 5-4 pada perlawanan akhir edisi ke-21 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam, sambil terus mengesahkan mereka kuasa baru bola sepak negara selepas menggondol Piala Malaysia, musim lalu.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit permainan sebenar mahupun setelah pengadil R. Krishnan mengheret ke masa tambahan di depan kira-kira 70,000 penonton yang majoritinya dibentuk penyokong Hijau Kuning.

Anak buah Wan Jamak Wan Hassan menjulang trofi persaingan bola sepak setelah sepakan pemain Kedah, Sabre Mat Abu ditepis penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani pada sepakan ketujuh biarpun Kedah satu ketika lebih berpeluang cerah untuk menamatkannya lebih awal akibat lawan tersasar sebanyak dua kali menerusi Zaquan Adha Radzak dan Asyraf Al Japri.

Turut menyudahkan sepakan itu bagi Negeri Sembilan ialah Norizam Salaman, Aidil Zafuan Radzak, S. Kunanlan, Shukor Adan dan Rezal Zambery Yahya sementara Kedah menerusi Shahrulnizam Mustapa, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim dan M. Aminnuddin.

Malah, Kenari lebih dulu yang menyentap lawan menerusi gol Baddrol Bakhtiar pada minit ke-27, namun disamakan oleh Shaffik Rahman, kira-kira 12 minit kemudian.

Inilah kali kelima pemilik trofi berkenaan ditentukan menerusi sepakan penalti seperti mana 1999, 2000, 2006, 2007 dan tahun lalu.

Kedah pernah memenangi salah satu daripadanya, ketika menewaskan Perlis 4-2 setelah terikat 0-0 sehingga masa tambahan dalam edisi ke-18, tiga tahun lalu.

Ini adalah kemenangan kedua Negeri Sembilan selepas 2003. Sementara itu, pemain Kedah Baddrol dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir manakala Helmi sebagai penjaga gol terbaik.

Negeri Sembilan bertindak garang untuk mencari gol awal apabila minit ketujuh sudah merakamkan serbuan pemain tengahnya, Idris Karim yang hanya kekurangan beberapa saat dan inci untuk menyambar lintasan bola hasil sepakan sudut K. Thanaraj dari sebelah kiri.

Kedah enggan ketinggalan dalam menguji gawang juara Piala Malaysia 2009 itu biarpun sepakan percuma Baddrol Bakhtiar, dua minit kemudian terlebih dulu mengenai tembok yang dibina lawan di depan kotak penalti mereka.

Bek tengah Si Rusa tiba-tiba menggamamkan seketika Kedah, namun tandukannya daripada satu sepakan bebas sebelah kanan, sekadar tersasar.

Pada minit ke-27, Stadium Nasional seperti gegak gempita dengan jeritan kegembiraan kem Kedah dan ribuan penyokong Hijau Kuning ketika menjadi saksi Baddrol mempamerkan kepintarannya menjaringkan gol pendahuluan perlawanan.

Mendapat umpanan tepat Syafiq Jamal, pemain muda yang pernah berguru di Chelsea itu dengan tenang melambungkan bola yang memukau dan mudah melepasi penjaga gol lawan, Sani Anuar Kamsani.

Namun, giliran penyokong Hoben Jang Hoben bertempik 'Gol' pula tiba minit ke-39 setelah penyerang muda Negeri Sembilan, Shaffik Rahman menggelecek tiga pemain pertahanan dan Helmi Eliza Elias untuk menyumbat jaringan penyamaan dengan kaki kirinya.

Separuh masa kedua menyaksikan penguasaan bola berpihak kepada Kedah dengan asakan bertali arus menimpa kubu anak buah Wan Jamak Wan Hassan seawal minit ke-46 masing-masing menerusi percubaan Khyril Muhymeen Zambri, Fazliata Taib, Baddrol dan Syafiq.

Enggan dihukum seperti minit ke-27, Shukor, bekas ketua pasukan negara dan gandingan pertahanan tengahnya, Aidil Zafuan Radzak sentiasa bekerja keras menyekat kemaraan menggila Sang Kenari sekali gus melegakan seketika Sani Anuar yang agak cemas.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan berpeluang mengejutkan skuad bimbingan Ahmad Yusof dan hanya kelengahannya meledakkan sepakan bola dalam kotak penalti minit ke-74, memudahkan Helmi Eliza menangkap bola percubaan pemain kelahiran Melaka itu.

Perlawanan kemudian diheret ke masa tambahan 30 minit setelah kedudukan masih terikat 1-1. Norizam Salaman yang masuk menggantikan Firdaus Azizul pada babak kedua pula menguji Helmi Eliza dengan sepakan percuma yang melengkung namun masih sempat ditepis keluar penjaga gol Kedah itu pada minit ke-96.

Kedah pula mensia-siakan peluang untuk kembali di depan pada minit ke-100 menerusi rembatan tersasar pemain gantian, Wan Zaim Wan Azizan hasil umpanan ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa.

Namun, penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Radzak yang mendapat kesempatan terbaik menerusi rembatan kaki kanannya pada minit ke-115 turut dinafikan gol dengan tepisan pantas Helmi Eliza.

Begitu juga sepakan bebas Baddrol yang sekadar singgah tepat ke dakapan penjaga gol Si Rusa, Sani Anuar, dua minit kemudian.

Berita Harian

Piala FA menuju Seremban

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan bersama pemain merai kejayaan muncul juara Piala FA, malam tadi." style="width:270pt;height:119.25pt;visibility:visible;mso-wrap-style:square"> "> BADDROL Bahtiar merai jaringannya bersama Faizal Abu Bakar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi." style="width:3in;height:185.25pt;visibility:visible;mso-wrap-style:square"> ">

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan bersama pemain merai kejayaan muncul juara Piala FA, malam tadi.

N Sembilan.... 1 Kedah.... 1
(NS menang penentuan penalti 5-4)
SANI Anuar Kamsani muncul wira apabila menyelamatkan penalti Mat Sabre Abu untuk memberikan gelaran Piala FA kedua buat Negeri Sembilan selepas 2003 menerusi kejayaan 5-4 dalam penentuan sepakan penalti, mengecewakan Kedah pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Ia adalah kali keenam pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan mengulangi final tahun lalu yang menyaksikan Selangor bergelar juara 4-1 selepas kedudukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.


Selepas terikat 1-1 dalam permainan 90 minit, masa tambahan 30 minit gagal memisahkan kedua-dua pasukan selepas jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-27 disamakan M Shaffik Rahman pada minit ke-38.

Sebaik sepak mula oleh pengadil R Krishnan, Negeri Sembilan bermula garang dengan V Thirumurugan dikerah menyelamatkan pasukannya di garisan gol, namun Kedah mula menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu yang dikawal Sani Anuar.

Tanpa penyerang, Azlan Ismail yang menjalani penggantungan, Kedah meletakkan tonggak tengah, Baddrol Bakhtiar di tampuk serangan bergandingan dengan rakan dalam skuad kebangsaan, Faizal Abu Bakar.
Langkah itu jelas membuahkan hasil apabila gerakan anak buah Ahmad Yusoff terarah kepada Baddrol dan kegagalan Negeri Sembilan merantainya membawa padah pada minit ke-27 membolehkan Baddrol menyudahkan gerakan satu dua dengan Syafiq Jamal dengan lambungan tenang menerjah jaring ketika Sani Anuar sudah keluar daripada posisinya.

Begitupun, pendahuluan itu tidak bertahan lama apabila barisan Wan Jamak Wan Hassan hanya memerlukan enam minit untuk menyamakan kedudukan apabila penyerang muda, M Shaffik Rahman bertindak solo melepasi kawalan pertahanan dan menolak pantas melepasi penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias yang gagal menepis kemas.

Kedah terus mengancam pada babak kedua dengan pemain veteran, Shukor Adan menyelamatkan percubaan deras Faizal yang menuju tepat ke gawang dengan menanduk keluar ketika perlawanan memasuki detik sejam.

Selang tiga minit, S Kunanlan pula gagal memanfaatkan hantaran tepat Zaquan Adha Abd Radzak apabila teragak-agak merembat sebelum diterkam Helmi Eliza.

Shukor membuktikan dirinya turut mampu menyumbang di bahagian serangan apabila mendada lambungan pemain gantian M Asyraf Al Jafri tetapi rembatannya tepat ke dakapan Helmi Eliza pada minit ke-74 untuk memaksa permainan dilanjutkan 30 minit lagi.

The star

Negri count their blessings after escaping jaws of defeat

KUALA LUMPUR: Negri Sembilan have all the luck.

In the FA Cup final on Saturday, the Deer escaped from the jaws of defeat to beat Kedah 5-4 in sudden-death penalty shootout at the National Stadium in Bukit Jalil after both regulation and extra time failed to resolve a 1-1 deadlock.

Negri coach Wan Jamak Wan Hassan admitted that they were fortunate to survive two close calls after Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (pic) had missed the first of the five mandatory kicks and youngster Mohd Asyraf Al Japri had failed to convert the first attempt in sudden-death.

“If you were in our shoes, you will understand the agony we went through in the tense proceedings of the shootout. We were down on two occasions and to come out winners has surely got to be something special. I believe it was blessing from God,” said Wan Jamak at the post-match conference.

Negri were on the brink of defeat after the first of the five mandatory penalty kicks taken by Mohd Zaquan was saved by goalkeeper Mohd Helmi Elias.

Then, Negri’s stand-in goalkeeper Sani Anuar Kamsani came to the rescue when he stopped Fazliata Taib’s strike to tie the score 4-4 and forced the game into sudden-death shootout.

Negri teenager Mohd Asyraf missed the first of the sudden-death kicks, leaving Kedah with the advantage but their seasoned goalkeeper, Mohd Helmi, frustrated the Canaries when he ballooned his shot.

Skipper Rezal Zambery Yahaya then scored for Negri before Kedah’s Mat Sabree Mat Abu’s shot was saved by the heroics of Sani Anuar.

Wan Jamak said that he could not have asked for more from his team after the obstacles they had to go through en route to the final.

They cleared their toughest hurdle, beating defending champions Selangor in the semi-finals (away goals, 2-2 on aggregate).

But it was their great escape in the quarter-final tie against KL Plus that helped them through to their destiny to lift the Cup.

Negri lost the first-leg 0-1. The second leg saw both teams tied at 1-1 after 75 minutes. Negri were 15 minutes away from the exit and needed two goals to pip the Highwaymen. And they duly responded, scoring twice to win 3-2 on aggregate.

Skipper Rezal Zambery said that victory was sweet but they still had work to be done in the Super League and Malaysia Cup competitions.

“It is a good feeling to lift another silverware after barely four months,” said Rezal, whose side won the Malaysia Cup after 61 years – defeating Kelantan 3-1 in the final last year.

Keeper the hero for Negri as they edge Kedah in shootout

KUALA LUMPUR: Negri Sembilan clinched their second FA Cup title in the 20-year history of the tournament in dramatic fashion when they defeated Kedah 5-4 on sudden-death penalty kicks after both teams were tied 1-1 after extra-time at the National Stadium in Bukit Jalil last night.

Negri goalkeeper Sani Anuar Kamsani was the hero in the shootout when he made two saves from kicks taken by Mohd Fazliata Taib (third kick) and the all-important save from the last Kedah kick taken by Mohd Sabree Mat Abu during the sudden-death shootout.

Baddrol Bakhtiar gave Kedah the lead in the 27th minute before Mohd Shaffik Rahman equalised for Negri in the 40th minute.

Playing it safe: Kedah goalkeeper Mohd Helmi Eliza clearing the ball away from Negri Sembilan’s S. Kunalan during their FA Cup final match Saturday.

The victory was real sweet for Negri especially after beating Kelantan 3-1 four months ago to win the Malaysia Cup after 61 years.

Last night it was a touch-and-go affair as both teams were equally matched.

Former international V. Thirumurugan saved Kedah the blushes from conceding an early goal when he cleared Mohd Shukor Adan’s header off the line in the second minute.

After the close call, Kedah wrested control of the game and sent their fans into a frenzy when they took the lead.

The Negri defence were caught napping when Kedah skipper Sharulnizam Mustapa sent in a defence-splitting pass to Faizal Abu Bakar, who in turn relayed the ball for Baddrol to burst into the box and lob the ball past an onrushing Negri goalkeeper Sani Anuar in the 27th minute.

Joyous moment: The Negri team posing with the FA Cup after their victory over Kedah in the final Saturday night. (Inset) Kedah’s Baddrol Bakhtiar celebrates his regulation time goal.

Then, it was Negri skipper Rezal Zambery Yahaya’s turn to engineer his side’s equaliser in the 40th minute.

The former international passed the ball to Mohd Shaffik, who brilliantly weaved past three defenders before stabbing the ball past Kedah goalkeeper Mohd Helmi Elias.

But neither side could find the important goal and the game went into extra-time with both sides again firing blanks to force a penalty shootout.

In the shootout, Kedah and Negri were tied at 4-4 after the mandatory five kicks. In the sudden death shootout, Negri goalkeeper Sani Anuar was the toast of the Deer when he kept out Mohd Sabree’s kick for Negri to win the shootout 5-4.

Harian metro

Sudah 'tuah' Jang

“BOLA sepak macam permainan video, macam-macam boleh jadi, tak sangka kami boleh menang pada saat akhir,” kata jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan mengulas kemenangan skuadnya ke atas Kedah pada perlawanan akhir menerusi penentuan penalti 5-4 selepas kedudukan terikat 1-1 sebaik tamat masa tambahan kelmarin.


JUARA...pemain Negeri Sembilan meraikan kejayaan menjadi johan Piala FA 2010 bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan selepas menewaskan Kedah menerusi penentuan penalti, kelmarin.

Baginya, Negeri Sembilan sememangnya bertuah untuk merangkul trofi itu kali ini memandangkan mereka terpaksa bangkit untuk mencari gol pada tempoh permainan sebenar dan juga ketika penentuan penalti.

“Memang rezeki kami sebab saya memang terkejut apabila Negeri Sembilan melangkah ke final musim ini dan boleh menang pula. Tapi saya puas hati dengan pemain yang berusaha sedaya upaya memberi tentangan kepada Kedah.

“Apabila penalti pertama Negeri Sembilan tak masuk, saya fikir macam sudah kalah, tapi itulah memang rezeki kami kali ini,” katanya.

Disaksikan lebih 60,000 penyokong yang memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil, Negeri Sembilan ketinggalan 1-0 apabila Kedah berjaya menghasilkan gol menerusi penyerang, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-27.

Skuad bergelar Rusa itu kemudian bangkit menyamakan kedudukan di minit ke-38 hasil jaringan Mohd Shaffik Rahman dan memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti selepas tamat masa tambahan.

Penyokong Negeri Sembilan cemas apabila dua sepakan penalti Mohd Zaquan Abd Razak dan Mohd Asyraf Mohd Al Japri tidak menepati sasaran, namun sepakan pemain Kedah, Mohd Fazliata Talib, Mohd Helmi Eliza Elias dan Mohd Sabre Mat Abu berjaya diselamatkan penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.

Bagaimanapun, Wan Jamak tidak mahu anak buahnya terlena dibuai kejayaan itu kerana masih ada perkara yang perlu diperbaiki termasuk mempertajamkan barisan serangannya yang dilihat terlalu banyak bergantung kepada Mohd Zaquan.

“Saya mahu memperkuatkan lagi pasukan ini, saya tahu hanya Zaquan saja yang boleh diharapkan. Tiada rakan gandingan yang sesuai buatnya pada masa ini.

“Selepas ini tumpuan saya untuk memastikan Negeri Sembilan memperbaiki kedudukan dalam Liga Super. Mengenai peluang mempertahankan Piala Malaysia musim ini, saya lebih mahu memikirkan satu perkara (Liga Super) terlebih dulu,” katanya.

Negeri Sembilan yang kini menduduki tangga keempat Liga Super, menjulang Piala FA kedua dalam sejarah mereka selepas kali pertama melakukannya pada 2003.

Sinar harian

SEREMBAN - Skuad Bolasepak Negeri Sembilan yang menjuarai Piala FA malam tadi selepas menewaskan pasukan Kedah 5-4, disambut seperti wira oleh para penyokong dan anggota keluarga pasukan itu.
Skuad yang digelar Hoben Jang Hoben itu yang pulang dengan menaiki bas ditunggu oleh kira-kira 50 penyokong berpakaian serba kuning di Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) di Rahang semalam.
Ketua Skuad Bolasepak Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya berasa gembira dan bersyukur dengan kejayaan pasukan itu.
Katanya, selepas kejayaan merangkul Piala F-A ini, skuadnya akan menumpukan perhatian bagi mengukuhkan kedudukan negeri itu di dalam Liga Super serta saingan Piala Malaysia.
Pemain dijangka berkongsi imbuhan RM400,000 melalui kejayaan mereka kelmarin selepas berjaya menggondol RM50,000 apabila memasuki separuh akhir.
Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menjanjikan RM150,000 apabila skuad itu menjejakkan kaki ke peringkat akhir dan tambahan RM200,000 jika pasukan itu membawa pulang Piala FA.

New strais time

Sani turns hero for Negri

GOALKEEPER Sani Anuar Kamsani was the hero when he saved two penalties as Negri Sembilan lifted their second FA Cup trophy after a 5-4 sudden-death penalty shoot-out win over Kedah.

The final had ended 1-1 after extra-time at the National Stadium in Bukit Jalil yesterday.
Sabre Mat Abu was the unfortunate Kedah player to see his spot-kick saved by Sani, who also turned away Fazliata Taib's attempt as Negri followed up their Malaysia Cup triumph last November with their first FA Cup title since 2003.
Kedah goalkeeper Helmi Eliza Elias had saved the opening penalty from Zaquan Adha Radzak but spurned a chance to win his state's fourth FA Cup when he sent his penalty shot sky-high after Asyraf Al-Japri had done the same with the first sudden-death kick.
Norizam Salaman, Aidil Zafuan Radzak, S. Kunanlan, Shukor Adan and Rezal Zambery Yahya were the other successful Negri penalty takers while Shahrulnizam Mustapa, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim and Aminuddin Azmi scored for Kedah.
The final kicked off in a raucous atmosphere with some 50,000 fans singing themselves hoarse in support of their respective teams.


Kedah’s Khairul Helmi Johari (right) tackles Negri Sembilan’s Mohd Zaquan Adha in their FA Cup final yesterday.

Negri fans were on their feet after just two minutes when Shukor's attempt forced Kedah's V. Thirumurugan into a headed clearance right over the bar.
Khairul Helmi Johari then saw his header go just wide of the post from a corner for Kedah in the eighth minute before Aidil tested Helmi with a 25-metre free-kick.
Negri were forced into an early substitution when K. Thanaraj came off due to an apparent injury in the 24th minute and was replaced by Firdaus Azizul.

Kedah's speedy breaks were a source of trouble to Negri and it was from one such foray in the 26th minute that they scored through Baddrol.
Syafiq Jamal turned the ball into Baddrol's path and he outpaced his markers before expertly lobbing an out-of-position Sani for his fourth goal of the tournament.
Four minutes later, Firdaus thought he had drawn Negri level when he turned in Aidil's cross but was flagged offside.
Negri had a chance during a two-on-one break in the 38th minute but Zaquan took too long to spot Shaffik Abdul Rahman unmarked on the far side which allowed Azmi Muslim to get a strong tackle in.
But Negri were not to be denied five minutes before the break when Shaffik levelled through a brilliant individual effort.
Skipper Rezal Zambery squared the ball to Shaffik, who beat three Kedah defenders before striking home with the outside of his right foot beyond the despairing dive of Helmi.When the teams emerged after the break, Zaquan should have put Negri in the lead straight from the re-start when he robbed Fazliata of possession but hesitated in front of goal which allowed a Kedah defender to get in a block.


Kedah responded with an audacious overhead kick by Khyril Muhymeen Zambri, who replaced Fadly Baharum in the 35th minute, but his effort hit a defender.
Negri defender Ching Hong Aik then cleared off the line from an in-swinging corner before a last-man tackle in the box by Thirumurugan denied S. Kunanlan in a Negri counter-attack on 62 minutes.
Shukor smacked a volley from six metres straight into the arms of Helmi in the 75th minute before Kedah's Faizal Abu Bakar had an effort disallowed for offside a minute from full-time.
Helmi tipped over Norizam's free-kick five minutes into extra-time before Kedah substitute Wan Zaim Wan Azizan's curling effort just shaved the bar.
Norizam spurned a glorious chance to win it for Negri in the 105th minute when his point-blank shot was punched away by Helmi, who then produced an outstanding save in the second period of extra-time to deny Zaquan.
Kedah continued to press a tiring Negri defence but Negri held on to force the shoot-out.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...