nuffnang

Khamis, 30 Jun 2011

Blog Review: Nasz Genji menjadi pilihan nombor kesukaan Ayie "555"

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Entry pilihan ayie adalah follower 555.. suka nombor 5.. maybe sebab dalam tarikh lahir ada nombor lima dan ayie adalah anak ke lima.. so rasanyee 555 adalah nombor cantik selain dia adalah buku hutang popular.. dan buku 555 adalah buku feveret masa kat sekolah rendah sebab tempat catitan paling murah.. 20sen je kot..hehe..

Follower ayie adalah nasz genji asal nogori ni.. eh sama negeri plak..hehe.. rasanyee baru berblogging kot.. banyak entry dia mengenai cinta.. dia kata sebab buka blog kerana awek dia.. waa.. loving sosangat la..hehe.. apa pon bole..hehe..

so sesiapa belom lagi nak follow blog ni.. sila la laju-laju follow blog dia.. alah klik follow je.. baru la dia semangat nak berblog.. kepada nasz genji.. semoga berbahagia sampai ke jinjang pelamin.. aminn.. nanti jangan lupa ajak pergi kenduri hari berbahagia nanti..

ini link dia.. boleh la klik terjah blog dia dan follow: http://naszgenji.blogspot.com/

Ayie sayang anda ♥♥♥ tadi perjumpaan dengan rakan-rakan masa tingkatan 5..haha asyik tergelak je fikir hal masing-masing.. jumpa kat mcd senawang je..

Rabu, 29 Jun 2011

Wordless Wednesday #4

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Ayie sayang anda ♥♥♥ :)

Selamat Hari Lahir Puan Norlian

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hei entry birthday lagi.. hehe layan..khas buat kakak ku yang nombor empat...digelar kakcik dalam kalangan keluarga.. sudah berumah tangga dengan seorang pemuda dan mempunyai seorang anak yang berumur 6 tahun.. lahir pada tarikh 27 jun.. huhu sama tarikh dengan blog ayie.. sudah berumur tahun ini genap 26 tahun.. masih berkerja dengan syarikat private travel agency di kuala lumpur..

ucapan ayie..semoga panjang umur dan murah rezki serta dikurniakan banyak anak.. hello tengok mak dapat lahir 7 anak.. takkan anak perempuan dia tak boleh dapat lebih lagi..hehe..


Ayie sayang anda ♥♥♥ 1st day kerja di tempat makan asik terpotong tangan je.. darah mencurah-curah..huhu.. kerja dia berlambak-lambak..

Isnin, 27 Jun 2011

Selamat Hari Jadi "ayie-fikri" yang ke-3

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Alhamdulillah sekarang genap 3 tahun blog ayie beroperasi.. happy birthday ayie-fikri.. ok ini adalah 1st entry yang ayie buat.. klik sini.. untuk pengetahuan ini adalah entry 1st untuk selebrate blog ayie.. hehe.. sorry party tak berapa meriah..hehe.. bajet murah.. tapi nampak kek macam sedap je.. thank you google yang sponsor kek..hehe..

banyak entri suka duka dalam blog ayie.. dan sangat menghargai jika korang datang blog ayie dan tinggalkan komen..wah ucapan macam menang award lak..hehe.. ayie mula buat blog semasa belajar sekejap dekat politeknik sultan azlan shah.. masa tu tergerak buat blog dari kakak ucu manja.. dia la yang menggalakkan ayie berblog.. sebab blog ni macam tempat meluahkan perasaan.. dan ayie suka prinsip blog yang ini..

"blog aku suka hati aku la nak buat blog macam mana"

bagi ayie.. keikhlasan berblog tu yang penting.. bukan nak mencari populariti.. tapi nak mencari kekayaan tu..ayie sangat galakkan.. dan ramai blogger baru yang ayie tengok muncul bagai cendawan.. so blogger baru enjoy la membuat blog.. dan buat entry yang jujur.. don't copy copy..hehe.. copy gambar bole.. tapi copy ayat blog jangan la... be yourself ..alright :)

nah layan lagu happy birtday khas for my blog..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥ tadi baru habis tengok green latern..tgu review ayie yee...

Ahad, 26 Jun 2011

Perkahwinan Sepupu di Seri Iskandar Perak

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Selepas habis exam hari jumaat.. terus balik seremban.. abah cakap dah lambat nak check in kat hotel..huhu.. sorry.. gerak pukul 3.30 dan sampai kat hotel pukul 6.30.. betapa beshnye bawak kereta lebih 120 km/j.. bawa myvi je kot.. bukan bawa kereta bmw.. tu pon tak laju je..huhu..

esoknyee pergi rumah maklong dekat taman maju, seri iskandar.. boleh tahan meriahnya.. ayie sebagai budak kandar berjaya..hehe.. terasa macam baru 12 tahun pula.. yela bila maklang dah bagi badge bunga lekat kat baju so anda ada tugas la.. dah dalam pukul 2 lebih orang maybe dah habis datang apa lagi... karoeke time la.. ala bosan la dj tu banyak cakap pula..huhu.. dapat la nyanyi 3 buah lagu.. nyanyi je le..lagu cinta kristal tak ada.. hampir tak ada suara pulak tu.. sebab syok bawa tarik suara..huhu..
inilah pengantinnya mohd zaki bin zainal (cousin) dengan pasangannya dari sungai udang, Melaka... Selamat Berbahagia sampai ke akhir hayat yee..

Dah sudah berkenduri dalam pukul 3 abah ajak pergi lumut, perak.. hmm agak cantik juga la lumut ni yee.. tapi kecil je.. ramai yang nak naik ferry sebab nak pergi pulau pangkor.. nice place la.. jetty dia besar sikit dari jetty mersing nak pergi pulau tioman..(lom pernah pergi dua-dua pulau ni).. so bergambar je la kat sana..
with my adik.. poyo je ambil gambar..hehe

pulang balik ke seremban..perghh baru 3 jam tak larat bawa sebab abah tunjuk jalan jauh..huhu.. so rehat kat dengkil tukar driver la.. sampai seremban dalam pukul 10 malam
Ayie sayang anda ♥♥♥ time cuti ni marilah kita mencari kerja dan service kereta..huhu..balik perak meter nak service dah tahap maksimum..huhu

Sabtu, 25 Jun 2011

Hello Ipoh!!


Selamat Hari-Hari Kepada Semua

Hari ini Ayie kat Ipoh.. lepas ni nak pergi Tronoh rumah anak maklong kahwin
..see yah..

Ayie sayang anda ♥♥♥

Khamis, 23 Jun 2011

Jawapan Kepada Gambar Wordless

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Entry sebelum ni ramai la dok menanya apa yang ayie makan..hehe.. ini entry yang dikatakan tu..klik sini

ok ayie makan kat Restoran K5( kaki lima) kat tepi jalan di lebuh AMJ Melaka... Ayie makan bubur special K5.. so sesiapa teka bubur tu betul la tu..hehe pandai korang yee.. bubur ni macam bubur lambuk tapi bubur lambuk banyak air.. tapi ini kurang sikit air.. sedap dan pedas..huhu.. dalam bubur ni ada daging, nasi semestinyee, ayam, udang dan sayur serta cili.. best sesangat bila part makan daging dia tu..sedap...hehe

ok ayie pinjam dua orang model ni tunjuk cara makan..bubur yang dikatakan boleh kenyang sampai ke malam..hehe.. sedap...

ok dah makan bubur sila la order air yang paling sedap.. ayie pilih ..limau ais..huhu..hilang rasa kehangatan bubur tu.. apa pon sangat berbaloi.. bubur pon banyak.. tempat pon cantik..hehe..


Ayie sayang anda ♥♥♥ malam ni jangan lupa tengok Malaysia vs Lubnan..esok exam final.. doakan ayie dapat jawab yee..:)

Rabu, 22 Jun 2011

Wordless Wednesday #3

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Ayie sayang anda ♥♥♥ ^^

Maharaja Lawak Minggu Kesepuluh, Kesebelas dan Keduabelas Pilihan Ayie


Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dah banyak miss nak buat entry pilihan Maharajalawak.. so kali ini ayie gabungkan 3 minggu punyee..baik punyee..hehe

ok minggu ke sepuluh buat kat Pulau Pinang...

Pilihan Ayie Yang Ketiga:

JAMBU

haha lawak ini mengisahkan antara si buta dan si pekak nak buat persembahan rock.. adoi diorang ni sangat melalut la..haha.. apa pon tak boleh..hehe

Pilihan Ayie Yang Kedua:

JOZAN

lawak tentang cara mengelak kene raba oleh guru tarian..haha.. bengong... tapi dua-dua melakon watak pondan yang kata hot.. mak jemah yee..hehe

Pilihan Ayie Yang Pertama:

SEPAH


haha.kali ini lawak paling pengotor.. kisah lawak tentang nak beranak tapi bukan nak beranak tapi nak cirit...hahaha..boleh pulak jalan macam monyet..hehe

Minggu Kesebelas dekat Kuantan pulak..

Pilihan Ayie Yang Ketiga:

SEPAH

kisah lawak bila putus cinta nak terjun bangunan.. suka dialog yg tak ada akidah tu..hehe

Pilihan Ayie Yang Kedua:

JOZAN

kali ini jozan buat lawak tentang astro..haha.. suka part hafiz.. sama sangat la.. tapi betul la buka je astro prima dapat dengar lagu hafiz..hehe..nanonanonanonanonanonano..

Pilihan Ayie Yang Pertama:

NABIL

haha.. paling lawak sekali kat kuantan.. memang nabil sesuai buat lawak jurusale..hehe.. kisah tentang seorang pengurut kaki yang berasal dari Thailand..hehe.. uluik kakai..haha.. sleng Thaland nabil terbaik la..hehe

Pilihan Prop Terbaik Pilihan Ayie:

SEPAH

hanya menggunakan raket badminton dan beg besar sepah berjaya menjadikan prop ceritanyee sangat menarik..hehe.. dari laptop, sudip, cermin, meja, sudu, oven, alat muzik, peti ais, kereta, keranda, pemetik bom..huhu..sungguh mengharukkan..haha

Minggu Keduabelas di Johor Bahru

Pilihan Ayie Yang Ketiga:

JAMBU

Lawak tentang saka..haha.. teruk dan ganas saka orang tu..nama nak baby je..hehe.. senang-senang je saka bertukar tangan..haha..gila la..

Pilihan Ayie Yang Kedua:

JOZAN

lawak tentang kisah rancangan kanak-kanak ong ong bak..haha.. suka kat zizan ..'umah kita ada anjing je' 'kaki perempuan' dan yang part berpeluk tu..haha.. linda onn muka dah ceria dah..haha.. johan lak kacau.. yela tak boleh kacau johan sebab dah kahwin..hehe

Pilihan Ayie Yang Pertama:

SEPAH

lawak sepah kali ini mendapat stand up dari penonton..haha.. kisah tentang bual bicara islam..'manisnyaa kurma itu'..hehe.. watak ustazah bakyah yang sangat berkesan.. boleh pulak datang semput..haha.. dan paling ayie tak tahu maksud..boboy tanjat..haaaaaaaaaaaaaa...hahaha

ok jumaat ni final.. NABIL, JAMBU, JOZAN dan SEPAH.. berjaya masuk final..

Ayie sayang anda ♥♥♥ susahnyee kalau pinjam wireless tempat blaja ni..

Selasa, 21 Jun 2011

Selamat Hari Lahir Encik Mohd Noralimi

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dah dua tiga hari ayie cuti dari blog.. bukan apa tak ada mood nak mencarut kat blog... ok entry sebelum ni ramai yang dok komen.."banyaknyee sampah".. actually tu sampah untuk 2 tahun yee.. diingat sekali lagi 2 tahun dimana kebanyakkan sampah adalah kertas-kertas exam yang disimpan untuk 4 semester..hehehe.. jangan marah haa..

Hari ini entry khas untuk abang pertama ayie..iaitu Mohd Noralimi bin Mohd Ali.. birthday dia semalam.. 20 jun.. sekarang dia sudah menjangkau umur 34 tahun.. beza ayie dengan abang pertama sebanyak 11 tahun.. dah tuo dah.. anak dia dah 2..tak tahu bila nak menambah lagi..hehe.. masih lagi mengajar di Politeknik Pord Dickson.. so sesapa orang poli yang blaja jabatan elektrik kompem korang kenal encik ni.. dia suka cerita kat ayie kalau student dia masuk kelas dia..rambut kene pendek kalau tak keluar kelas..haha..habis la korang dapat lecture yang sangat panas baran ni..hehe

Ayie ucapkan Selamat Hari Lahir semoga panjang umur dan murah rezki.. dan sila la tambah anak lagi yee.. sebelum anda tua..hehe.. challenge la abah dapat zuriat sebanyak 7 anak-anak yang comel..hehe..

Ayie sayang anda ♥♥♥baru nak start study..exam hari jumaat..

Jumaat, 17 Jun 2011

Dari Rumah Pangsapuri ke Banglow

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Pada hari Selasa yang lepas ayie menerima satu sms dari housemate ayie..

kawan:woii.. datang rumah sekarang.. nak kemas rumah

ayie: alaa ada kelas la..

kawan: cepat la bilik kau bersepah dengan sampah..

ayie: ala malam kang ayie sampai..

kawan: banyak la malam kau..owner rumah nak datang pukul 3 petang..

ayie #tengok jam dah pukul 1.30 ptg.. omg.. jom bersiap
dengan baju kemeja siap-siap sebab lepas ini kene buat presentation kelas.. solat zohor kejap.. ambik kunci bawa beg turun.. terus ke kereta.. dan menuju ke rumah sewa...huhu

park kat luar rumah dan naik atas.. tengok diorang berjaya mengumpul sampah dalam 5 guni sampah..haha terbaik.. hmm tengok bilik..ala sampah bilik ayie tak ada la banyak..hehe..


ok korang dapat agak kan suasana pemindahan rumah.. kelam kabut sikit.. dengan pukul 2.30 ada kelas nak buat presentation.. boleh pula diorang ajak kemas..tapi tak apa la.. ini baru dinamakan tolong menolong.. huhu.. untuk pengetahuan semua sem depan adalah sem terakhir so kami berenam akan berpindah dan tidak akan duduk lagi dirumah yang kononnyee macam hotel..banyak pengalaman yang ayie dapat dirumah ini.. yang paling diingati dan disakiti adalah motorsikal yang baru beli dalam 7 bulan hilang semasa tinggal dirumah ini.. dan satu lagi adalah dimana ayie kene denggi kat sini.. adoi demam yang rasa nak mampus je bila denggi ni..huhu..

dah 4 semester dok sini.. semester 1 dok kolej..walaupon ada kolam renang.. ayie rajin mandi kat kolam masa 4 bulan pertama dok situ.. lepas itu malas pula nak mandi.. sebab kolam itu asyik tutup je.. dan tempat beriadah yang simple boleh jogging kat situ dan main pingpong.. main pingpong pon dekat-dekat last semester sebab kononnyee training nak masuk wakil fakulti..haha.. dan kawasan rumah ayie selalu jadi pilihan kalau kitorang nak buat video bahasa ketiga iaitu france sebab kawasan rumah ini cantik so save budget nak cari view...

tapi disebabkan harga sewa yang agak mahal serta 4 bulan cuti yang panjang..kami memilih untuk berpindah dan semester baru akan cari rumah yang lain pula.. goodbye Pangsapuri Kenanga Seksyen III.... kami takkan lupa kenangan disana terutama oleh pak guard rumah kami iaitu pakcik BB(haha tak tahu nama betul pak guard ni).. ayie harap sewa rumah tahun depan adalah banglow.. banglow??? kau mampu..haha.. tak ada la nak cari rumah teres yang selesa untuk 6 orang sahaja..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥ lupa pula esok ada majlis akad nikah sepupu.. nak pergi sungai udang Melaka.. Siapa orang sana.. jumpa kat sana yee nanti :)

Khamis, 16 Jun 2011

Wonder Baby: Happy Birthday Nur Syifa Huda yang ke-1

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Nur Syifa Huda
Allah Selamatkan Kamu

Pada hari ahad lepas abah dan umi syifa buat majlis hari jadi untuk anak kesayangan mereka pada usia satu tahun... wow wonderbaby pak uda dah besar la..hehe.. Sangat happening party birthday.. ramai juga la sepupu syifa datang.. dan yang best abah dia belikan kek aiskrim.. sedap sangat.. laju je kek tu kena makan.. tarikh birthday syifa pada 7.6.2010.. dah setahun seminggu la tarikh dia.. inilah wajah abah dan umi Nur Syifa Huda binti Abdul Shukor...


Jadi masa hari jadi Syifa uwan dia masak special pada majlis itu.. Tengok la mak ayie ini masak banyak juga la..tapi mee kari cepat habislah.. hehe sedap sangat sampai licin semua orang makan.. uwan syifa buat kuih muih.. mak ayie start buat kuih dari pagi sampai la petang..tapi apa pun makanan uwan syifa terbaik..
So my lovely niece yang bakal ada adik dalam bulan lapan ni.. Pak uda ucapkan semoga panjang umur dan murah rezeki.. dan sentiasa comel serta jadi anak yang soleh.. dan kalau tinggal dengan pak uda..masa pak uda jadi baby brother.. jangan lasak sangat..ok..hehe

SELAMAT HARI JADI NUR SYIFA HUDA

nak tgok pic lain klik FACEBOOK

Ayie sayang anda ♥♥♥ minggu depan nak pergi kenduri rumah maklong dekat seri iskandar... bestnyee jenjalan

Selasa, 14 Jun 2011

High Tea Bersama Produk Litchin

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Sabtu lepas mak ajak pergi High Tea.. dalam high tea ni ada artis Aishah dengan M. Daud Kilau.. high tea dekat hotel Royal Bintang Seremban..sangat-sangat fun.. dengan mak sporting naik atas pentas bersama penyanyi pujaan mak iaitu Aishah..hehe..I LIKE.. tapi gambar kat pentas tu ada kat iphone4 abah.. so ayie tak ada simpanan..


ok ni makanan dia la.. banyak gak choice tapi ayie tak makan sangat sebab terlalu kenyang makan kat 2 kenduri kahwin..huhu.. tapi boleh la..menu yang terakhir adalah nasi goreng dengan ayam goreng.. adoii sedap tu.. tapi dah kenyang la..huhu
ok ini kitorang satu meja mengambil gambar dengan boss produk litchin.. yang kiri sekali adalah ex-guru ayie sebagai penasihat persatuan semasa ayie jadi pengerusi kelab dekat SMK Seri Ampangan sebelah cikgu tu boss.. and 2 my beloved parent.. makcik Natrah dengan my niece EFFA dan jiran sebelah rumah kanan ayie..
And lastly we show u M.Daud Kilau.. my brother beria-ria suruh ambil gambar..nah kau bro mu tepek muka kau dengan Datuk M.Daud Kilau..hehe


Ayie sayang anda ♥♥♥ hari ini ada presentation.. semoga berjalan lancar

Ahad, 12 Jun 2011

Mangga Road Beriani ~~ Di Translet Kedalam Bahasa Blog Adalah Nasi Beriani Jalan Pokok Mangga, Melaka

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca..

Serius sesangat sebab dah lama tak update blog.. selalu miss sehari nak update.. bukan apa..banyak perkara lagho yang datang..haha.. tak de la.. cuma kelembapan internet tak dapat nafsu blog..haha..nafsu???..makan ada nafsu.. internet pon ada nafsu ok..hehe

Seperti yang korang saksikan tajuk blog yang panjang berjela ni..dah tahu kan entry ni banyak bercerita Jalan-Jalan Cari Makan..hehe.. memang sangat jalan-jalan.. dengan habis satu takuk minyak..hahaha..

Ceritanye bermula selepas habis kelas intersesi..kawan intersesi ajak ayie pergi makan nasi beriyani kat pokok mangga.. dia kata ayie bawa je kereta..dia tahu jalan.. ok fine nice.. tapi hampeh.. yang dua orang tunjuk jalan ni ingat flyover je..hello flyover dekat melaka ni banyak kot.. setelah dicongak dibahagi didarab dikali dan dicampur ayie telah kira flyover ayie jumpa 4.. sebenarnyee salah satu flyover adalah jawapan tempat destinasi.. haha.. ala melaka je kot.. negeri paling kecil kat Malaysia.. tapi ya allah sesatnye mencari kedai ni dalam masa sejam setengah kot..haha.. so sesambil mencari kedai makan yang kononnya special dulu moh ambil gambar..haha.. layan gambar sat..
























adoi macam-macam pesen gambar diambil.. sesambil jalan mencari kedai tu..berbagai-bagai ragam manusia diorang.. ayie rasa dah macam fan fair pon ado.. dengan gosipnye dengan manusia yang..tuuutt.. eh ayie setiap kali nak lalu flyover mesti dihon orang belakang..hampeh..lek la bro.. nombor plat negeri sembilan la.. hormat la pelancong..haha.. so dengan perasaan bangganye maka jumpa la kedai yang dicari.. haha.. ada 3 jenis nasi beriyani yang offer..nasi beriyani gam ayam masak merah, nasi beriyani gam daging lembu, nasi beriyani gam daging kambing... ok semua order ayam tu.. kecuali sorang tu suka makan daging..nak diet kot.. diet???..haha.. jom tengok kitorang makan dengan sopan..hehe

















ok apa macam sedap tak.. sedap la..dan harga pon ok la sedap..haha.. kenyang sudah.. tapi terasa mengantok pulak..hehe.. tengok la meja kitorang dah macam makan kat kenduri kahwin dah..haha.. wajib memasing licin makan.. kalau tak dapat habis pon bagi la kat yang dah habis makan sedekah kat dia.. dia lapar lagi tu..hehe..


ok ini la kedai dia.. kawan ayie cakap..trademark kedai tu segitiga.. tapi trademark segitiga bila dah makan kedai tu..baru nampak segitiga tu..hahaha.. nice kedai ni.. siap tulis omputih tu..hehe.. ok la sedap juga ..kepada korang nak rasa nasi beriani buatan Melaka.. korang boleh pergi tempat ni.. nice tempat dia.. selesa.. tepi jalan je kot...


korang tengok diorang ni.. dah la passenger ..ditinggalkan saja driver kat belakang.. tahu la memasing dah kenyang dan mengantuk..hahaha.. walau apa pon enjoy jalan-jalan dengan korang.. lepas ni jalan jalan cari makan yang special lagi..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥Ayie dah jumpa MrBlogger iaitu Qarl.. Nice jumpa dia cerita pasal pengalaman menjadi host kat hari belia buat ayie minat nak dengar..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...