nuffnang

Jumaat, 19 November 2010

Syifa masuk hospital


Sangat terkejut bila sampai rumah sebelum raya haji.. anak buah yang terbaru masuk hospital..huhu.. dinyatakan sakit jangkitan peparu..hmm.. kesiannyee.. tapi syifa sentiasa cute..hehe..senyum je dia ni..;p

Ayie sayang anda ♥♥♥ ok esok da bermula title sukarelawan sukan paralimpiad melaka;)

Selamat Hari Raya Aidiladha

Ayie nak ucapkan salam zulhijjah kepada seluruh umat islam.. hari raya haji yang jatuh pada 17 november di malaysi.. hmm..raya ni mak masak lontong ngan rendang..besh sangat..hehe
Ayie sayang anda ♥♥♥raya ni terkejut sebab anak buah baru masuk hospital..huhu

Talimat Sukarelawan untuk Sukan Paralimpiad Melaka

Pada hari isnin 15 november 2010.. ayie telah menjoinkan diri untuk mendengar taklimat sukarelawan bagi sukan OKU iaitu sukan paralimpiad di uitm alor gajah melaka.. di taklimat ni banyak dia terang pada tugas-tugas bagi sukarelawan.. sukan paralimpiad bermula pada 21-26 november..so moh kita tengok sukan ni kat stadium hang jebat melaka..ayie bertugas kat perkampungan sukan kat tun mutakhir melaka..
Salah seorang ahli OKU yang berkelulusan fakulti undang-undang UM..
Memberi sedikit pengalaman tentang kejayaan ..
Nama dia encik Tuah asal Melaka
Memberi kata perangsang kat sukarelawan yang majoriti student IPTA
hanya sebelah tangan sahaja yang sempurna
banyak bercerita tentang pelajaran semasa di universiti
salah seorangpeserta OKU
Beliau yang cacat penglihatan bersemangat menerangkan tentang cara nak bergaul atlet sukan paralimpiad
peserta sukarelawan dipanggil untuk demonstrasi
dia ni kalau gelak mesti tak henti hehe
ni seorang lagi atlet yang istimewa
banyak cerita tentang kemahalan kerusi roda tu..
dia atlet sukan bola keranjang dari Melaka
salah seorang peserta sukarelwan farah menerangkan cara nak mengangkat atlet OKU dengan cara yang betul.. dia dari lepasan fisiologi
huhu..kekadang tengok menyampah gak kat farah ni..hehe..jangan marah..
eh eh..maskot la
maskot ni binatang apa yee??
peace no war.. yang biru tu ketua makanan untuk penginapan kat Tun Mutakhir
ha jawapan dia..kancil..nama pon Jantan
view yang besh kat UiTM Alor Gajah
ngan bibi.. akhirnyee bibi menolak untuk datang ke sukarelawan
peace no war
Ayie sayang anda ♥♥♥ esok 19 november bermula menjadi sukarelawan.. huhu.. xdpt nak tengok asian games..hmmm

Ahad, 14 November 2010

Goodbye Semester 4



Alhamdulillah title semester 4 dah berlalu..huhu..
so summary untuk semester ni ayie rasa best la juga..walaupon keluaran duit semester ini paling banyak..huhu.. agaknyee sebab ayie dah guna kereta sekarang so duit minyak selalu keluar..hmmm.. ok la tu jele nak tulis.. selamat bercuti semester..horraayyy
Ayie sayang anda ♥♥♥ esok ada taklimat tentang sukarelawan paralimpiad..kene bangun awal..huhu

Jumaat, 12 November 2010

Kalau Berpacaran - Suhaimi Mior Hassan, Anna Raffali, Altimet



Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)









Ayie sayang anda ♥♥♥ tinggal satu paper lg nak final..doakan ayie buat terbaik..

Rabu, 10 November 2010

Telur Mata Kerbau Bertemankan Bawang Bermandikan Kicap

Hari ini dengan solonyee ayie masak untuk makan tengah hari..haha.. walaupon masak nasi dengan payah sekali sebab beras banyak kutu beras..ek.. ayie bersih kaw kaw tau nak ilangkan kutu beras..setengah jam..huhu.. so tak tahu nak masak menu apa.. ayie masak la telur kicap..sampaikan ada orang tergoda la telur goreng ayie bermandikan kicap..haha..yang beshnyee ada orang cakap bawang yang begitu banyak adalah sayur..ekk..nampak sangat kau lapar..haha..ok ayie nak kongsi bahan2 masak ni..hehe..komen la bahan tu kalau memang xbtol..sebab main buat je..ok siap sedia tuan-tuan dan puan-puan..chef ayie nak tujuk resipi..haha..gilo

Bahan-Bahan..

Telur Ayam...(kalau ade orang nak try telur puyuh ke..telur itik ke sukati la..haha)
Bawang Besar...(Ayie beli bawang besar sebesar bola tenis..haha..jimatkan..haha)
Cili Api...(More power sekurang-kurangnyee 5 biji kot..haha..berasap la korang)
Kicap... (feveret kicap ayie adalah kicap cap kipas udang..ada ISO tu..hehe)
Sos Tiram..(ya jangan tak caya ayie letak sos tiram..baru nampak hitam..haha)
Minyak masak..(guna la alif yee..hehe)
gula..(nak rasa manis gak dalam masakan..hehe..btol ke??)
garam...(memang kene tabur banyak sikit..ayie suka yang masin..haha)

Cara-cara masak..(perlu ke nak bagitahu..lantak la korang yang nak baca..)

1)panaskan kuali
2)masukkan minyak
3)pecahkan telur dan goreng telur..jangan sampai telur kuning masak betol..janji ada cair sikit
4)angkat telor
5)masukkan bawang besar dan cili kedalam kuali yang panas
6) tunggu sehingga bawang layu ckit
7) masukkan kicap
8)masukkan sos tiram
9) tambah gula
10) tambah garam
11) tgu masak sehingga naik bau..(ceh ceh..ayie masak xde nak bau2..takut bersin..haha)
12) lepas tu tutup api
13) tuangkan kuah tersebut kedalam telur goreng
14) dah sedia dimakan dengan nasi panas

so ni la hasil dia;]


haha camno..leh jadi chef tak..haha.. jangan bagitahu kat mak ayie yee.. sebab kalau kat rumah..selalu masak nasi je.. mak selalu suruh masak lauk..tapi ayie tak nak..sebab ayie takut minyak.. opss jangan bagitahu orang lain tau..hehe ok la selamat beramal.. renung-renungkan lauk tu..heheh..


Ayie sayang anda ♥♥♥huhu memalam buta buat post blog.. kemalasan dah berlaku.."ayie baca note hr la"..ok2 saya nak try baca la ni..doakan ayie dapat jawab dengan cemerlang yee..;}

Selasa, 9 November 2010

Pasukan Bola Sepak Kita Langkah Kanan!!

Keputusan perlawanan kumpulan A antara Malaysia dan Kyrgyzstan dalam Sukan Asia 2010 dimenangi Malaysia 2-1.. gol pertama dijaringkan oleh Malaysia pada minit ke 27 iaitu Norshahrul Idlan Talaha.. gol pertama Kyrgyzstan pada minit ke 37 oleh Sydykov.. sambung babak kedua Malaysia mendapat gol kedua oleh S.Chanturu.. menjadikan Malaysia kedudukan nom 2 dalam kumpulan selepas Jepun yang mengalahkan China 3-0..
Malaysia Boleh!!

Klik laman web Sukan Asia

Shahrul Idlan Talaha
Sydykov

S.Chanturu


Ayie sayang anda ♥♥♥ Ada 2 paper lagi nak exam.. doakan Ayie yee:)

Selasa, 2 November 2010

Juara Piala Malaysia 2010

Tahniah ayie ucapkan kepada kelantan sebab menang Piala Malaysia..
2-1 mengalahkan Negeri Sembilan..
walaupon ayie rasa sedih sangat.. tapi bagi la peluang kat diorang..
"nak merasa"..hehe
kesimpulannya disini..
ni pendapat ayie la..
team kelantan terutama shahrul idlan talaha sengaja buat
kasar kat adil zafuan..
perghh ayie tak boleh terima..
sampaikan negeri sembilan terpaksa main
10 orang sebab aidil injurt kat luar padang..
memang sangat ketara bila aidil xde..
tengah sakit tu.. kelantan dapat satu gol..
xbole terima langsung..
dah la buat sampai injurt..lps tu xkene kad..hisshh
lagi satu patut terima kad keeper dia jatuhkan kunalan..
ref tu takut ke?..
hmm kalau ayie tulis banyak kang lebih ramai yang tak puas hati kang..
walau apa pon ayie nak ucapkan tahniah kat kelantan..
sebab tak merosakkan stadium..
klu tak pepasal negeri sembilan kene bayar denda..huhu..
shahrul ain gol pertama menerusi penalti

badhri radzi gol pertama kelantan


hairuddin omar gol kedua kelantan

Ayie sayang anda ♥♥♥ tinggal 4 paper lg nak jawab exam.. doakan ayie yee:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...