nuffnang

Rabu, 31 Ogos 2011

Isnin, 29 Ogos 2011

Vlog Khas Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Esok Dah nak raya dah insyaallah.. kesempatan ini ayie nak ucapkan

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Dan Batin

Diharap korang bergembira di hari raya bersama keluarga yang tercinta :)





Ayie sayang anda ♥♥♥ "apa warna baju raya anda?"

Ahad, 28 Ogos 2011

Cartoon 3D Ayie-Fikri

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hari ini ayie nak kongsi kartun 3D yang sangat sama dengan muka ayie..kartun ini telah diilhamkan oleh seorang blogger yang sangat kreatif iaitu AAN HAMDANI...


ayie nak ucapkan terima kasih kepada cik AAN HAMDANI diatas kekreatifan anda..hehe..lain kali buat lagi.. kepada sesiapa nak minta kartun dari AAN HAMDANI jom terjah blog beliau :)


Pengertian Surah Al-Qariaah

1. (Malapetaka) yang mengetuk hati
2. Apakah malapetaka itu?
3. Tahukah engkau, apakah malapetaka itu? (Iaitu hari akhirat)
4. Pada suatu hari manusia seperti kupu-kupu yang bertebaran (karena ketakutan)
5. Dan gunung-gunung seperti bulu yang digubar (diputar)
6. Adapun orang yang berat timbangannya(banyak kebajikannya)
7. Maka ia dalam kehidupan yang diredhai
8. Adapun orang yang ringan timbangannya (sedikit kebajikannya, banyak dosanya)
9. Maka tempat diamnya dalam neraka
10. Tahukah engkau apakah ia?
11. Ialah api yang sangat panas


Ayie sayang anda ♥♥♥ boleh masuk upin-ipin tak??hehe

Sabtu, 27 Ogos 2011

Aidilfitri Limpah Kurnian Illahi Daripada Nubhan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Tinggal 3 hari lagi kita akan menghadapi ujian puasa.. lepas ini kita boleh meraikannya..hehe.. tahun ini baju melayu ayie recycle semula tahun lepas.. ayie tak jumpa baju melayu yang ayie suka..so baju tahun lepas pon ok juga..hehe..

Ayie sangat suka lagu baru Hari Raya daripada Nubhan.. pencipta lagu pun hebat iaitu Taja dari Meet Uncle Hussein.. so bila dengar friendly je..hehe jom layan lagu dia..



Bergema takbir di kala senja yang indah
Menyambut tiba shawal mulia
Sempurnalah sudah rukun ke tiga
Tiba masa untuk meraikan

Pulanglah Anak
Perantauan tinggalkan kota
Ayah serta bonda, Rai kepulangan
Si anak desa

Maaf di pinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat hari raya semua
Moga diberkati Allah

Maaf dipinta tulus ihlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat hari raya semua
Di aidilfitri limpah kuniaan Illahi

Bergema takbir dikala senja yang indah
Menyambut tiba shawal mulia
Sempurnalah sudah rukun ketiga
Tiba masa untuk meraikan

Pulanglah Anak
Perantauan tinggalkan kota
Ayah serta bonda, Rai kepulangan
Si anak desa

Maaf dipinta tulus ihklas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat hari raya semua
Moga diberkati Allah

Maaf dipinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat Hari Raya semua
Di aidilfitri kuniaan Illahi

Pulanglah Anak
Perantauan tinggalkan kota
Ayah serta bonda, Rai kepulangan
Si anak desa

Maaf dipinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat Hari Raya semua
Moga diberkati Allah

Maaf dipinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat hari raya semua
Di aidilfitri limpah kuniaan Illahi

Di aidilfitri limpah kuniaan Illahi


Sebelum ini ada juga lagu lama hari raya nubhan.. tapi mood sedih la..hehe.. jom layan jap..

Segaris Bulan Sabit


Sedih la tinggal 3 hari lagi nak puasa.. sebab ayie suka bulan puasa kali ini kerana dapat berbuka dengan keluarga.. awesome bak kata orang putih..hehe

Pengertian Surah At-Takaatsur

1. Kamu telah dilalaikan oleh perlombaan (memperbanyak hartabenda dan anak-anak)
2. Sehingga kamu masuk kubur
3. Sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui
4. Kemudian sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui
5. Sekali-kali jangan begitu, kalau kamu mengetahui dengan ilmu yang yakin
6. Sesungguhnya kamu akan melihat neraka
7. Kemudian sesungguhnya kamu akan melihatnya dengan mata keyakinan
8. Kemudian kamu akan diperiksa pada hari itu tentang segala nikmat (yang kamu peroleh dari Tuhanmu)


Ayie sayang anda ♥♥♥ "apa lagu feveret raya korang??"

Khamis, 25 Ogos 2011

Hadiah Dari Giveaway Hairie Cerulean

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Pada 24 Ogos yang damai (cewah damai la sangat).. sedang ayie membelek surat khabar Metro (baca bersungguh-sungguh bila bahagian sukan) abah ayie memanggil nama ayie dengan nama penuh.."Mohd Fikri, Mohd Fikri".. dalam hati ayie ingat abah saja panggil macam itu supaya dapat buka pintu depan.. yela pintu depankan berkunci.. tapi bila toleh.."nah surat siapa bagi ini".. ayie tengok eh kad raya lagi ke..(macam banyak lak kad raya ayie dapat yee..hehe).. sekali sampul tu macam ada barang yang comel je.. buka sampul.. yeee ini lah hadiah orang jauh dah dapat..hehe.. yup key-chain dari blogger bagi ayie blog entry dia sangat cantik..hehe.. jom telek sikit gambar bawah ini.. rajin woo blogger ini bagi kat ayie.. tq :)



haa.. apa dah tahukan siapa yang ayie maksudkan.. beliau adalah mohdkhairi.com hadiah sempena Giveaway 23tahunnya... ok itu sahaja ayie nak kongsi..thanks encik khairi...


entry WW#11 sebelum ini jawapannya adalah

kuih kelopong/buah melaka..

sekian..ramai yang jawab kuih arab/makmor.. ayoo raya lagi 5 hari lagi..hehe :P

Pengertian Surah Al-A'shr

1. Demi Masa
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (menasihat-nasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran

Ayie sayang anda ♥♥♥ next entry ayie nak tunjuk kartun ayie..hehe.. ada seorang blogger yang kreatif buat kartun ayie.. tunggu..hehe.. wassalam

Rabu, 24 Ogos 2011

Selasa, 23 Ogos 2011

Mood Kemas Hari Raya Bermula

Selamat hari-Hari Kepada Pembaca

Mood rajin ayie dah mai walaupon tanpa kedengaran lagu raya.. mood kemas raya tetap berjalan dengan lancar.. walaupun bermula lewat sikit..hehe.. yela ayie kan kuat tidur..

bermula mengelap kabinet yang mak cakap penuh dengan tahi cicak.. sorry kepada yang pembenci cicak... pelik rumah tak nampak sangat cicak tapi tahinya berlambak.. lepas tu ayie berusaha dengan gigih mengelap kipas.. seperti gambar diatas.. mood raya la katakan.. dapat juga la lap dalam 10 kipas.. tu tak termasuk kipas luar yang ada tiga.. ok la esok nak lap semua tingkap rumah.. semoga mood kemas raya ada lagi..hehe


ayie dah dapat kad raya nubhan sabtu lepas.. sangat cantik kad dia.. siap buat tandatangan besar gedabak lagi.. siapa boleh tiru signature dia..hehe..thanks kepada nubhan dan pihak pengurusan nubies.. setiap tahun dapat kad raya.. dan gambar kad raya semakin maju la..cayalah.. nah dengar sikit lagu raya nubhan.. bestkan.. encik taja meet uncle husein buat..hehe




petang tadi ayie sempat potong rambut.. brrr orang baru lagi kena potong.. so agak sopan dan tertib bila dia gunting..hehe..tapi tak dapat amoi la..lelaki pula offer gunting.. layankan aje.. dia nak ambil hati kata rambut bila dah potong macam justin bibir..eleh inagt aku hairan justin bibir tu..hehe..walaupon peminat lagu dia.. lagu je yee... bukan orangnya..huhu.. dan beli la wax kat kedai tu.. walaupon beli wax boleh pergi ulang alik KL tapi nak stylo katanya ayie try la..huhu



ok itu sahaja mood kemas raya..maybe esok sambung mood kemas raya.. sebelum balik pulang ke rumah tolong kawan hantar beli gas masak.. walaupon jauh ayie cuba tolong..katanya nak upah pizza..hehe..rezki jangan ditolak..musuh jangan dicari..hehe

Pengertian Surah Al-Humazah

1. Celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pendusta
2. Yang mengumpulkan harta benda dan menghitung-hitungnya
3. Ia mengira, bahawa hartanya itu akan mengekalkannya (buat hidup di dunia)
4. Tidak, sekali-kali tidak, sesungguhnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka (hutamah)
5. Tahukah engkau apakah neraka hatamah itu?
6. iaitu api yang bernyala-nyala
7. Yang membakar sampai ke hati (manusia)
8. Sesungguhnya api ditutupkan atas mereka
9. Sedang mereka itu (diikatkan) pada tiang yang panjang

Ayie sayang anda ♥♥♥eh nama anak buah ayie tu dah dapat.. abah dia letak nama Nur Syahira Huda.. bestkan nama dia..hehe

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kelahiran Bayi Baru Memeriahkan Hari Raya

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Tanggal 16 ogos 2011, satu kelahiran bayi dinantikan oleh 2 keluarga.. kelahiran itu membawa keberkatan di bulan ramadhan ini.. baby ramadhan la ni..hehe


inilah dia baby terbaru dalam keluarga ayie.. ayie dapat anak buah baru.. sangat comel dan panjang..hehe.. ini bermakna syifa' dah ada adik la..congratulation kepada bangah kerana mendapat bayi baru yang comel.. dan congratulation kepada syifa kerana dah naik pangkat kepada kakak..hehe.. so lepas ini kena la tolong umi dia buat susu adik..hehe..jom layan gambar-gambar yang ayie upload..


adik ini macam kakak dia la suka posing masa nak snap..haha.. macam tahu je nak ambil gambar dia.. baby girl macam ni ke??hehe



besarnya matanye..huhu.. baby baru meh posing kat kamera Pak Uda ye..hehe





wah ini gambar mahal.. ada gaya uncle yang mithali tak.. bertambahlah wonderbaby Pak Uda.. 4 girls dan 1 boy..



wan dia saja buat baby ni nangis..hehe

baby tengah menyusu..



so inilah keluarga bangah yang bertambah lagi seorang.. kenapa muka syifa ni lain macam je..hehe


uwan syifa mengajar syifa dukung adik..hehe..nampak macam ada sayang antara kakak dan adik..


tengok kakak yang comel berjaya mendukung adik yang comel..hehe

Bangah cerita yang syifa' merajuk sebab umi dia selalu berkepit dengan adik barunya.. dan pada malam 1st sampai rumah dan tidur, syifa macam gelisah sebab katil dia adik dia tidur..huhu.. sabar la syifa ye..hehe.. eh syifa dah pandai berjalan dengan agak lancar bila dah ada adik baru ini..bagus..hehe..nama adik baru syifa belum letak lagi.. bangah nak letak nama syadiah atau syafinaz.. wah sedap juga nama itu... so tunggu masa raya dapat tengok sijil lahir baby ni..hehe


Pengertian Surah Al-Fil

1. Tiada engkau tahu, bagaimana Tuhanmu memperbuat terhadap orang-orang yang mempunyai gajah?
2. Tidakkah ia menjadikan tipu daya mereka jadi sia-sia
3. Dan mengirim kepada mereka burung berbondong-bondong
4. Yang melempar mereka dengan batu dari tanah yang keras
5. Lalu Allah menjadikan mereka seperti daun yang dimakan (ulat)

Ayie sayang anda ♥♥♥Batuk emak menjadi-jadi semoga emak cepat sembuh..

Jumaat, 19 Ogos 2011

Gathering Portluck Bloggers: Berbuka Puasa Bersama Di Putrajaya

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Selamat Hari Ke-19 ramadhan esok nak masuk hari ke-20..dah lama tak update blog.. ni gara-gara terganggu internet kat rumah..haha..dan hasilnya ayie berasa sangat bosan sebab tak dapat online..tak dapat nak mengarut kat blog korang..hehe..lepas ini ayie datang blog korang yee..

Pada 13 ogos 2011 iaitu hari sabtu ayie di ajak oleh Qarl untuk join gathering.. rasa ayie masa itu pukul 11 malam kot..esok tu kene datang pukul 5.30 petang..pada 13 ogos pula abang ayie birthday..hmm..tapi bila Qarl cakap orang jauh datang iaitu Nabil Aizat blogger yang belajar di German..terus tak sabar nak pergi..yela Nabil ini selalu post pasal makanan dekat blog dia..mesti bawa makanan yang best masa portluck nanti..masalahnya ayie tak ada geng untuk teman pergi Putrajaya.. huhu.. ayie memang tak tahu jalan selain Negeri Sembilan atau Melaka..haha.. yela kalau bawa jalan-jalan KL ke mana..abah yang bawa..huhu.. ajak kawan ini sibuk, ajak yang ini ada kerja, ajak lagi sorang tu kata tak ada duit.. so memang tawar hati nak pergi.. last-last dapat la kawan tengah baik sekarang ini setuju teman, Sufian..

jemput dia dan alhamdulillah sampai Putrajaya tepat pukul 5.30 petang.. tapi Sufian ini pon malu-malu jugak sebab tak bawa apa-apa..ayie bawa home made mak ayie buat..kek kukus buah 3 biji.. so nak kasi Sufian ini join pergi la bazar kat Presint 2 Putrajaya..wah bestnya jalan-jalan kat Putrajaya ini..hehe beli la apa yang boleh di beli kat bazar putrajaya itu..ok dah setel beli jom terjah rumah diorang walaupon ayie ini sangat la pemalu.. sekali lalu je depan pintu.. wow ramainya..nak masuk tak ni..haha.. segan sangat bila semua orang duduk macam buat kenduri tahlil.. so ada suara-suara panggil suruh masuk..ha kau lari tema.. orang semua pakai baju melayu.. ayie dengan kawan ayie dah lari tema....haha.. sorry3... terima kasih tuan rumah iaitu Amir Rayyan..jom berkenalan ahli-ahli gathering bloggers..
Baris kedua tengah: Daniel, Izz Huzni, Syazwan, Qarl, Amir Rayyan, Acha, Poojie, Kak Heze
Baris pertama depan: Eazy, Khal, Nemo Leman, Hazzy, Kawan daniel, Atief, Sufian, Ayie dan Adam Arjuna..bayi comel itu namanya Medina (mama eazy dan papa atief)



inilah kek gathering..ayie tak rasa pon..hehe

muffin dari nabil aizat.. perghh superb..

tengok ayie dok terselit-selit..haha

ok masa ini nak balik awal, sufian nak balik cepat..layan kan ajee.. kalau tak boleh main game dengan blogger lain..

yeah inilah orang German, Nabil Aizat
nampak macam nabil ini abang ayie ni adik kan..hehe


ok tengok la sebahagian gambar bersama ayie dan diorang..banyak lagi gambar diorang ambil..ayie ini pemalu je lebih..hehe..dengan memasing bawa DSLR lagi kecil ayie rasa duduk situ..nasib baik my comel kamera tinggal dalam kereta..haha






cuba tengok Medina pandang ayie..haha..agaknya tak puas hati sebab ayie selalu buat dia sampai nanges..ampun kan abang..huhu

yeah perfect picture...

Thanks to

Adam Arjuna
Syazwan
Hizami Rahim
Izz Huznie

diatas gambar anda yang sangat cantik..

nah sesiapa nak tengok gambar yang lain-lain boleh terjah video yang ayie buat sesimple sesangat..huhu..layan...


Pengertian Surah Al-Quraisy

1. Untuk kesenangan hati orang-orang Quraisy
2. Kesenangan mereka (mengadakan) perjalanandimusim dingin dan dimusim panas (untuk mencari penghidupan)
3. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Ka'bah ini (Allah)
4. Yang telah memberi makan kepada mereka kerana kelaparan dan telah mengamankan mereka, kerana ketakutan

Ayie sayang anda ♥♥♥ Alhamdulillah ayie dapat terima anak buah yang ke-lima.. wah meriah la raya macam ini.. tunggu next entry nak share pic anak buah ayie..hehe

Rabu, 17 Ogos 2011

Ahad, 14 Ogos 2011

Selamat Hari Lahir Encik Abdul Shukor

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Pada hari sabtu yang lepas genap umur 33 tahun abang kedua ayie.. waa sudah tua ini olang..hehe.. ayie nak ucapkan selamat menyambut hari tua.. bangah ayie ini dilahirkan di hospital seremban pada 13 ogos 1978.. sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak yang sangat comel iaitu syifa.. sekarang ini tengah menunggu masa untuk kehadiran anak yang kedua dijangka dilahirkan pada hari raya ini..hehe..wah syifa nak dapat adik girl la.. masih mengajar di Sekolah Menengah Agama Klana Petra di Ampangan Negeri Sembilan..mengajar Kemahiran Hidup.. ayie ucapkan semoga panjang umur dan murah rezki..

Pengertian Surah Al-Maa'uun

1. Adakah engkauketahui orang, yang mendustakan pembalasan (agama)?
2. Maka demikian itu ialah orang yang mengusir anak yatim
3. Dan tiada menyuruh memberi makan orang miskin
4. Maka celakalah (azablah) bagi orang-orang yang sembahyang
5. Yang mereka itu lalai dari sembahyangnya
6. lagi mereka itu riya
7. Dan enggan membersihkan zakat (barang-barang rumah)


Ayie sayang anda ♥♥♥ Hari sabtu yang 13 ogos ayie dapat join gathering blogger secara kenalan je..best sesangat..dan terima kasih atas jemputan.. memang masing-masing bergambar tanpa henti..hehe

Khamis, 11 Ogos 2011

Model Kanak-Kanak Kiko Dan Kiki Lala


Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Semalam berakhirnya pencarian ayie dalam mencari gambar kanak-kanak model Kiki Lala dan Kiko..haha.. bila dah jumpa apa lagi gunakan scanner untuk scan gambar itu..

Ni namanya Harley Davidson.. lawa tak??


Yang ni kecil-kecil dah dapat ijazah.. pandai yee ketip bibir sebab tak nak kamera nampak gigi rosak..cuba kira berapa orang ketip bibir..??hehe


Ha nak kemana tu??hehe yang ini rasanya dekat Pulau Pinang..bersemangat nak bagi monyet makan kacang.. dan kasut popeye sangat dirindui..huhu..

Pengertian Surah Al-Kautsar

1. Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) kebaikan yang banyak
2. Sebab itu sembahyanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (kurbanmu)
3. Sesungguhnya orang yang membencimu akan musnah (punah)


Ayie sayang anda ♥♥♥ Korang punya baju kanak-kanak jenama apa?

Rabu, 10 Ogos 2011

Selasa, 9 Ogos 2011

Begedil Enak Dimakan Bersama Nasi

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Wah comel je begedil ayie bulat-bulatkan..haha.. mak pon cakap ok je.. layan.. nak tahu apa bahan-bahan begedil (ayie baru tahu) resepi my mother..

Kentang Goreng Tumbuk
Daging Lembu/Ayam cincang
Daun Bawang
Bawang Goreng..
Garam secukup rasa
Telur Sebagai pencelup

Letak kat tempat pembakar..ingatkan nak bakar..hehe..tapi nak goreng celup dengan telur je.. ok nanti ayie tinggal umah bujang nak buat la..huhu

Pengertian Surah Al-Kafirun

1. Katakanlah ya Muhammad; Hai orang-orang kafir
2. Aku tiada akan menyembah apa yang kamu sembah
3. Dan kamu tiada akan menyembah apa yang aku sembah
4. Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah
5. Dan kamu tak pernah pula menyembah apa yang kamu sembah
6. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku

Ayie sayang anda ♥♥♥ Seronok jumpa-jumpa dekat facebook kawan sekolah rendah di SK Batu Kikir..hehe

Popia Kebiasaannya Berinti Sayuran


Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dah masuk bulan ke-9 puasa.. popia masih lagi makanan kuih yang senang diperolehi kalau bulan puasa.. ayie minat pada popia goreng sambal..rangup..pedas..dan ada manis sikit.. tengok popia kat atas..mak buat macam nak jual je..hehe..bersiap sedia untuk menggoreng.. meh ambil sorang satu :)


Pengertian Surah Al-Lahab

1. Binasakanlah kedua belah tangan Abi Lahab dan dia telah binasa
2. Tiada bermanfaat baginya harta-bendanya dan apa-apa yang diusahakannya (buat mempertahankannya dirinya dari seksaan)
3. Dia akan memasuki neraka yang bernyala-nyala
4. Dan perempuannya (isterinya) yang mengangkutkayu api
5. Dilehernya (diikat) tali yang dipilin (teguh)

Ayie sayang anda ♥♥♥ Pernah tengok cerita "law ka na bainana"??

Ahad, 7 Ogos 2011

Sugarcane Juice Pilihan Jus Di Bulan Ramadhan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Minum air tebu boleh melegakan tekak ketika berbuka puasa di bulan ramadhan.. ok la banyak nak kena blend ni..eh banyak nak kena mesin ni.. jemput minum semua :)

Pengertian Surah An-Nashr

1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
2. Dan engkau lihat manusia masuk kedalam agama Allah dengan berbondong-bondong
3. Maka Tasbihlah engkau serta memuji Tuhanmu dan minta ampunlah engkau kepadaNya. Sesungguhnya Dia penerima taubat.


Ayie sayang anda ♥♥♥ Air pilihan korang bulan puasa ini apa??

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kedudukan Undian Kumpulan Piala Malaysia 2011 Bola Sepak Malaysia

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Petang tadi ayie sempat tengok undian kedudukan kumpulan pasukan negeri dan kelab bagi merebut piala keagungan Malaysia..Piala Malaysia.. chanel 801 astro arena..jom terjah kejap.. ayie sempat rakam dekat handset murah ayie je..hehe


Kumpulan A: Kedah (pasukan pilihan), Perak, Sabah dan Johor


Kumpulan B: Terengganu (pasukan pilihan dan juara Piala FA 2011), Negeri Sembilan, Selangor PKNS (juara liga Perdana) dan KL Sime Darby

Kumpulan C: Kelantan (pasukan pilihan dan juara liga super 2011), Johor FC, KL Felda United dan Sarawak

Kumpulan D: Selangor (pasukan pilihan), PBDKT T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM

dan perlawanan kumpulan Piala Malaysia akan bermula 12 September 2011.. melihat pada kumpulan..kumpulan B kumpulan mencabar sebab ada juara Piala FA dan juara Liga Perdana.. so my pasukan Negeri Sembilan..hobin jang bobin..hehe


Pengertian Surah Al-Falaq

1. Katakanlah (ya Muhammad): Aku berlindung kepada tuhan (yang mengatur) makhluk
2. Daripada kejahatan makhlukNya
3. Dan daripada kejahatan malam, bila ia telah gelap
4. Dan daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang meniup dengan air ludahnya pada buhul (simpul) tali
5. Dan daripada kejahatan orang yang dengki (iri hati), bila ia melahirkan dengkinya.



Ayie sayang anda ♥♥♥ Siapakah pasukan pilihan anda??hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...