nuffnang

Rabu, 30 November 2011

Ahad, 27 November 2011

Masterchef Malaysia Dr.Ezani: Kari Hijau Thai Ikan Haruan

Selamat Hari Hari Kepada Pembaca

Hari ini hari ahad.. so apa kata kita rasa-rasa ikan haruan pula.. bukan selalu pon nak rasa ikan patin kan..hehe..resepi dari Dr.Ezani sentiasa cool...



    BAHAN-BAHAN:
  • Pes kari hijau
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 biji limau nipis - untuk diparut kulitnya dan diambil isinya
  • 3 cm belacan
  • 3 batang daun bawang
  • Segenggam daun selasih
  • 3 batang cili hijau
  • 14 biji cili padi hijau
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1/2 cawan santan
  • 1/4 cawan minyak
  • 2 cawan air
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 ekor ikan haruan - dipotong fillet
  • Gula
  • Garam
  • Jus limau
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Masak bahan pes kari hijau dalam minyak dan santan hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air, daun limau purut dan cili padi.
  • Biar mendidih.
  • Tambah gula, garam dan jus limau secukup rasa.
  • Masukkan ikan dan reneh hingga masak.
  • Hidangkan dengan halia dan bawang putih goreng





Ayie sayang anda ♥♥♥hari ini berangkat ke LCCT Sepang

Sabtu, 26 November 2011

Immortals

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Filem epik hebat ini sangat menerujakan..sangat best.. konflik antara dewa dan syaitan yang banyak..huhu..dengan bantuan manusia pergaduhan telah bermula..jalan cerita yang mudah difahami.. memang tak rugi korang tengok..tidak ada unsur 18 sx yang melampau so sesuai kepada kanak-kanak bawah 18 tahun tonton.. eh bawah 18 kanak-kanak ye..heee

Ayie sayang anda ♥♥♥Ayie bagi 4.1 bintang dari 5.0 bintang :))

Jumaat, 25 November 2011

Masterchef Malaysia Dr. Ezani - French Toast Dengan Pic Rendidih & Curd Lemon Ubi Bit

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Ini masakan perancis ke? ayie belajar bahasa perancis tapi tak pernah makan masakan perancis..hehe..Ada sesiapa nak cuba?

    BAHAN-BAHAN PIC RENDIDIH:
  • 1 biji Buah Pic (belah separuh dan keluarkan biji)
  • 3 cawan Air
  • 3/4 cawan Gula
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 1 biji Lemon (parut kulit)

  • BAHAN-BAHAN CURD LEMON UBI BIT:
  • 1 biji Ubi Bit
  • 3 biji Kuning Telur
  • 4 sudu besar Gula
  • 2 biji lemon (ambil jusnya)
    BAHAN-BAHAN FRENCH TOAST:
  • 1 buku Roti Ciabatta (dipotong kiub)
  • 2 cawan Krim
  • 2 biji Telur
  • 2 sudu besar Gula Icing
    CARA-CARA PENYEDIAAN PIC RENDIDIH:
  • Didihkan semua bahan kecuali buah pic untuk membuat sirap.
  • Perlahankan api dan masukkan buah pic. Masak perlahan-lahan sehingga lembut tapi tidak hancur.
  • Apabila sudah masak, keluarkan pic, kupas kulitnya.
  • Didihkan sirap rebusan sehingga pekat.

    CARA-CARA PENYEDIAAN CURD LEMON UBI BIT:
  • Kupaskan dan parutkan ubi bit.
  • Masak dengan sedikit air hingga lembut.
  • Masukkan gula. Kisarkan dengan sedikit air sehingga halus.
  • Pukulkan kuning telur, gula dan jus lemon hingga sebati.
  • Masukkan ubi bit yang dikisar dan masak perlahan-lahan hingga pekat.
  • Tapiskan.

    CARA-CARA PENYEDIAAN FRENCH TOAST:
  • Pukul hingga sebati.
  • Celup kiub roti, masak dalam sedikit mentega cair sehingga keperangan.
  • Hidangkan


senyum manis untuk gigi yang cantik :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ Bersiap hendak pergi ke Mulu, Sarawak

Khamis, 24 November 2011

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Gulungan Kus Kus Dan Sos Kastard Durian

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Resepi ini yang membawa kejayaan kepada Dr. Ezani untuk menentang chef selebriti.. Kus Kus..Apa tu??


    BAHAN-BAHAN GULUNGAN DURIAN:
  • 3 helai filo pastri
  • 100gm mentega dicairkan
  • 1 cawan kus kus
  • 3 ulas durian - ambil isinya
  • Sebiji kuning telur
  • 2 sudu besar krim
  • 3 sudu besar gula
CARA-CARA MEMASAK:
  • Tuangkan air mendidih di dalam bekas mengandungi kus kus, tutup dan biar masak.
  • Gaulkan kus kus, isi durian, kuning telur, krim dan gula.
  • Sapukan mentega cair pada lapisan filo, lipat dua.
  • Letakkan kus kus atas filo dan gulung filo pastri kepada bentuk jejari.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180’c selama 10-15 minit.
    BAHAN-BAHAN KASTARD DURIAN:
  • 5 biji telur kuning
  • Gula
  • Krim
  • Durian (isi dan biji)
CARA-CARA MEMASAK:
  • Panaskan krim dan isi durian sehingga rasa durian meresap.
  • Pukul kuning telur bersama gula sehingga sebati.
  • Tuangkan krim panas ke dalam campuran telur dan kacau.
  • Masak di atas air mendidih (daun marie/ double boiler).
  • Kacau sehingga pekat.
  • Tapiskan dan hidang dengan gulungan kus kus.



Happy Birthday sesiapa yang sambut birthday hari ini..:)

Ayie sayang anda ♥♥♥ Miri Here I come!!

Rabu, 23 November 2011

Wordless Wednesday #23~~ Rabu Kedu

Selamat Hari-hari kepada Pembaca


MALAYSIA BOLEH!!!


CUBA TEKA?

Ayie sayang anda ♥♥♥ WW#23

Selasa, 22 November 2011

Sukan Sea 2011: Final Malaysia Versus Indonesia

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Keputusan Final Malaysia versus Indonesia

Malaysia 1 (4) - Indonesia 1 (3)

Malaysia Menang

Gol Malaysia dijaringkan oleh Mohd Asraruddin Omar minit ke-35
Mohd Asraruddin Omar

Gol Indonesia dijaringkan oleh Gunawan minit ke-5

Penjaring penalti emas sukan sea:

Mahali Jasuli

Mohammad Fandi Othman

Mohamad Fadhli Mohd Shas

Baddrol Bakhtiar

Keeper Terbaik Sukan Sea 2011:
Khairul Fahmi Che Mat





Ayie sayang anda ♥♥♥ Tahniah Harimau Muda!!!!!!!!!!!

Isnin, 21 November 2011

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Udang dan Cakar Ayam Garing Dengan Lasad Jagung

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Macam mana rasanya yee kalau kita makan kaki ayam..kat bahagian cakar tu..hehe.. tapi Dr. Ezani berjaya membuat tranformasi dimana menjadikan kaki di bahagian cakar itu amat sedap..waaa.. jom buat nak..


    BAHAN-BAHAN UDANG DAN CAKAR AYAM:
  • Halia (diparut)
  • Cili (dihiris)
  • Serai
  • Jus Lemon
  • Minyak Gula
  • Buah Pala
  • Garam

  • BAHAN-BAHAN SALAD:
  • Jagung (dibakar)
  • Bawang Kecil (dihiris)
  • Serai (dihiris)
  • Lada Merah (dihiris)
  • Halia (diparut)
  • Jus Lemon
  • Daun Ketumbar
  • Gula
  • Garam
  • Minyak
  • *campurkan semua baha-bahan di atas.
    CARA-CARA PENYEDIAAN UDANG DAN CAKAR AYAM:
  • Campurkan semua dengan udang, buah pala yang diparut kulitnya dan cakarayam.
  • Perapkan beberapa minit, goreng sehingga masak.

    CARA-CARA PENYEDIAAN MEE SUHUN GARING:
  • Celur mee suhun dengan air panas sehingga lembut, dan tapiskan.
  • Gaulkan dengan telur, goreng sehingga garing keemasan.
senyum tetap maintain :))

Ayie sayang anda ♥♥♥ Lepas ni nak cekau ayam kat reban atok..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...