nuffnang

Rabu, 29 Februari 2012

Wordless Wednesday 37~~ Rabu Kedu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Baa, Baa Black Sheep

 Ayie sayang anda ♥♥♥ww#37

Ahad, 26 Februari 2012

MasterChef Malaysia Dr.Ezani Bersama Ayie

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Pada minggu lepas Ayie datang ke majlis doa selamat di rumah Dr. Ezani di Taman Bukit Mahkota di Kajang.. Ayie pergi bersama adik last ayie serta atok ayie.. Ayie sampai di rumah Dr. Ezani pada pukul 3 petang.. sampai sana mak Dr.Ezani yang ayie panggil wan teh jemput kitorang masuk dan tanya kenapa lambat..ayie bagi alasan atok siap lambat.. sampai kat kenduri itu macam biasa MasterChef Malaysia sibuk dengan sesi bergambar dengan kawan-kawannya..ayie masuk rumah Dr.Ezani sebab ahli keluarga boleh masuk dalam rumah makan..


dalam rumah sempat jumpa Hui Ting, Imelda dan Brian.. diorang pon macam nak balik je.. ayie tak sempat nak ambil gambar diorang..sebab diorang kalah..haha.. tak adalah sebenarnya ayie segan nak bergambar dengan diorang.. tengok dalam rumah ramai keluarga tengah makan siap nak balik lagi.. semua tanya kenapa lambat sampai..huhu..ayie hanya senyum je.. makan best nasi beriani.. tapi bukan Dr.Ezani masak kot..dan bila Dr. Ezani masuk je dalam rumah ayie ajak bergambar.. dan ucap tahniah kepada mak ngah.. ok dah siap makan atok ajak balik.. 


Ada gaya MasterChef World x??hehe

sebenarnya atok ayie ni ada penyakit nyanyok.. so dia tak kenal rumah siapa dia datang walaupun rumah adik dia sendiri..iaitu wan teh.. balik wan teh siap kasi bekal lagi..thanks wan teh.. dan tahniah kepada keluarga Tok Hamid iaitu monyang ayie yang dapat cucu bertitle Masterchef Malaysia.. Tahniah !!!



 Ayie sayang anda ♥♥♥ Tahniah kepada Anuar Manan menang tempat ke-3 Le tour de Langkawi petang tadi!!

Rabu, 22 Februari 2012

Wordless Wednesday 36~~Rabu Kedu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


"MasterChef World"

 Ayie sayang anda ♥♥♥ww#36

Selasa, 21 Februari 2012

Happy Birthday Alham, Alani Dan Effa

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 

Ayie nak ucap selamat hari lahir kepada 3 orang anak buah ayie yang lahir 17 Februari iaitu Mohd Noralham yang berumur 4 tahun, serta yang lahir 18 Februari iaitu Nurul Isfaliyana 7 tahun dan Noralani Fathini yang berumur 5 tahun.. dah besar wonderbaby Pak Uda..  dah besar nanti tolong Pak Uda bantu kenduri kahwin Pak Uda yee :P.. Pak Uda doakan effa, am dan alani semoga panjang umur dan murah rezki :)



Ayie sayang anda ♥♥♥ Al-Fatihah untuk pemergian kaklang ku yang tercinta yang telah pergi pada tarikh 19 Februari 2006 yang lalu :"(

Khamis, 16 Februari 2012

Menghantar Wan Ke Hospital Kuala Pilah

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 




Selasa lepas ayie menghantar wan pergi hospital kuala pilah.. wan nak cek kaki dia.. alhamdulillah bengkak di kaki wan semakin pulih.. wan ayie telah kene strok sejak ayie darjah satu..sejak itu macam-macam masalah timbul..tapi wan tetap kuatkan diri walaupon tak boleh berjalan..ayie hantar ke klinik pakar dalam kawasan hospital kuala pilah juga..


belah kiri itu wan ayie dan kanan maklang ayie..Puan Rozita..haha maklang bila jumpa orang mesti nak promote sabun dia..dapatlah maklang jual dalam 3 ketul dalam hospital tu..

dan tengah-tengah menunggu wan selesai siap jumpa doktor..ayie dapat tawaran kerja cikgu ganti bersalin..hehe..dan ayie sudah mula bertugas hari ini..alhamdulillah..rezeki cucu yang menghantar wan ke hosptal :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ perjalanan ke sekolah ayie dari rumah mengambil masa setengah jam..huhu..so kene gerak dari rumah pukul 7 pagi

Rabu, 15 Februari 2012

Wordless Wednesday 35~~ Rabu Kedu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


" Kira berapa buah ciku ada digambar??"

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Esok nak mula tugas jadi cikgu ganti..wow!!!

Selasa, 14 Februari 2012

Adele Menang Besar Grammy Awards

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Tahniah diucapkan kepada Adele kerana menang besar anugerah grammy award... Ayie akui semua lagu dari album Adele ini sangat kuat dan best.. so sememang layak Adele menang besar semalam :).. ok bawah adalah sebahagian kemenangan lain-lain kategori anugerah...









































 Ayie sayang anda ♥♥♥ menunggu Yuna masuk grammy award!!!

Isnin, 13 Februari 2012

Lirik Lagu: Terungkir Bintang Dihati Maya Karin Dan Ayie

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Ayie hari-hari dengar lagu Yuna terungkir bintang nyanyian dan lagu oleh Yuna..best best best.. rasa macam nak couple je.. tapi bila terfikir nak couple mesti terbayang maya karin...ouh dunia semakin adil jika dapat couple macam maya karin yang sopan bertudung.. lepas tu terus propose nak tunang terus..huhu.. memang berhantu lagu Yuna ni.. jom hayati lirik lagu yang ayie rasa melodi dia sangat sangat sangat best.. kalau Yuna nyanyikan ke English pun sedap juga dengar...terungkir bintang dihati Maya Karin dan Ayie..

Lirik Lagu Terukir Di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu




 Ayie sayang anda ♥♥♥  Balik kampung dapat makan buah ciku..sedap :)

Sabtu, 11 Februari 2012

Perkahwinan Kamal Hijaz Dan Siti Nurul Farhana

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Entry kali ini ayie nak berkongsi satu gambar dimana sepupu ayie iaitu Abang Kamal Hijaz telah tamat zaman solonya pada umur 29 tahun dengan pasangan yang berasal dari labuan.. wow labuan tu jauh.. resepsi majlis di pihak lelaki telah diadakan di Dewan Bunga Kertas di TTDI Shah Alam Selangor.. majlis yang cukup sempurna dengan semua ahli keluarga pihak lelaki datang dengan ramai.. Ayie ucapkan selamat pengantin baru kepada sepupu ayie ni.. abang kamal hijaz dan pasangan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat :)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ sekarang ini jaga atok dan wan kat rumah..tak sempat nak update share cerita baru kat blog :)

Rabu, 8 Februari 2012

Selasa, 7 Februari 2012

Pagar Antik@Cantik

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 


Dua hari ayie, abah dan adik membuat pagar dikebun getah..cantik tak??..haha..abah kata ini kerja orang yang baru ada lesen L..maksudnya baru nak belajar menukang..ayie bukan biasa pon buat kerja menukang ini..lepas ini pagar yang antik ini dapat menerima kereta yang besar-besar sebab pagar dia dah panjang 2 inchi dari pagar lama.. pokok getah pun insyaallah tahun depan boleh menoreh.. wah siap sedia la ayie nak jadi penoreh getah berjaya..tak sabar pulak rasanya..ada pengalaman dan pekerjaan baru

Ayie sayang anda ♥♥♥ SALAM MAULIDUR RASUL :)

Jumaat, 3 Februari 2012

Mood Mencari Kerja

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 


Salam jumaat semua :).. ayie sekarang ini tengah mood mencari kerja..walaupon result last semester belum keluar..tapi apa salahnya kan mencari kerja.. untung-untung lekat satu..ayie lebih suka kerja admin di kolej kolej swasta..kerana ayie sangat suka kerja bahagian admin.. dah nama pon belajar bachelor of administrative science..

mak ayie suruh join bisnes..ala mak..anak mu sorang ni kurang mahir dengan bisnes..huhu.. tunggu la kalau kerja gaji kumpul banyak baru le fikri nak mula bisnes..so masa mencari kerja ini ayie adalah tolong emak buat kek kukus..haha.. mak sampai menyumpah-nyumpah tengok ayie tak sesuai kerja dengan mak..haha.. yela ayie ni suka buat kerja laju-laju..tapi mak selalu pesan..nak buat kuih ni kene hati-hati..ayooo..not my way la nak slow slow..huhu.. tapi alhamdulillah ayie berjaya juga menolong emak buat kuih untuk 2 hari..hehe..baru kerja okay..

Semalam karok dengan member SPM..haha..bapak la karok dengan diorang sampai habis suara.. yang penting semua gila-gila.. so kalau ada sesiapa nak tawarkan kerja..bak datang la tawaran tu.. ayie terima je..nanti ayie bagi resume hantar ke email..okay.. itu sahaja entry kali ini..thanks sebab membaca :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ malu tengok muka sendiri sebab makin lama makin tembam..huhu

Rabu, 1 Februari 2012

Wordless Wednesday 33~~ Rabu Kedu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Thanks :)



 Ayie sayang anda ♥♥♥ ww#33


#iklan: cuba korang vote ayie-fikri.blogspot.com di socialmediaweek.com..ok cuba ikot cara-cara nak vote dibawah...


klik sini untuk sign up
http://socialmediaweek.com.my/awards/signup.php


dah siap sign up
check email untuk confirmation
lepas tu klik kat bawah ni pulak
http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=37
dan cari url www.ayie-fikri.blogspot.com
dah jumpa?
tekan VOTE
hehe


ok senang je.. kalau korang nak ayie votekan untuk korang boleh je tulis komen kat bawah.. macam win win situation bak kata omputih..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...