nuffnang

Sabtu, 31 Disember 2011

Good Bye 2011

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Eh lagi sejam 2011 akan bertukar ke 2012..boleh tuju lagu???... conclusion ayie boleh cakap 2011 adalah bulan yang banyak cabaran suka dan duka...dan ayie nak minta maaf kalau ada entry ayie yang korang tak puas hati..memang kadang-kadang ada entry yang mengenai korang yang tak tersengaja ayie reka kan..kalau ada ayie nak minta maaf dan boleh tulis ketidakpuashati di comment entri ini..dan ayie akan terus edit entri itu..serius!!!..ok la itu sahaja..ayie tak ada nak buat review sangat la..korang boleh godek-godek kat Arkib Ayie.. tahu korang stalker terhebat!!!..hehe..ok la senyum sokmo la semuanyee..:)

Azam blogger Ayie-Fikri:
Nak share entri banyak-banyak melebihi entri 2011 (254).. :)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ enam haribulan start exam!!!

Dr.Safwan Bertemu Jodoh Dengan Gadis Kelantan

Selamat Hari-Hari Kepada


Entri Kahwin lagi..hehe.. sorry cerita yang dok bertangguh.. ini kawan ayie semasa sekolah SMKA SHAMS juga.. dia ni pelik sikit..masa jumpa reunion senyap je..ada orang cakap dia dah tunang.. tapi lepas itu terus tengok gambar dia dah nikah dengan gadis Kelantan.. doktor juga.. wah nampaknya kawan ayie yang gelar doktor cepat dapat jodoh..alhamdulillah.. semoga ayie ucapkan Dr.Muhammad Safwan dan pasangan cepat dapat anak dan kekal sehingga ke akhir hayat :)

Pembaca Ayie sayang anda ♥♥♥ Siapa kahwin hari ini??

Jumaat, 30 Disember 2011

Pengantin Doktor Gigi~~Dr. Nurul Ain Azmi Dan Pasangan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Entri kahwin lagi..haha..memang bulan kahwin ini asyik tayang gambar orang kahwin je.. kalau nak tanya ayie bila kahwin lagi..tunggu ayie umur 35 tahun..mampu tunggu??hehe..

Inilah classmate ayie masa start Form1-Form 2 kat SMKA SHAMS.. bermula kenal dia ini good3 je..tapi boleh tahan dia punya kene kan balik..hehe.. tak sangka dah kahwin.. ayie dulu kalau jumpa dia suka sebut nama penuh dia..Nurul Ain Azmi dok lenggeng.. tapi sekarang duduk kat Taman Tuanku Jaafar Senawang je..eh lama la tak jumpa dia ini dah hampir 8 tahun..tapi masa itu dengan beraninya dia tanya ayie..ada tak photographer yang murah..haha ayie suggestkan la ain dengan abang Adam Arjuna..dan dia puas hati ok la tu kan..hehe..


Ayie ucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga kekal hingga akhir hayat :)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Yesss!!!! ayie dah habis VIVA :)

Rabu, 28 Disember 2011

Selasa, 27 Disember 2011

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Cawan Timun Lautan Darat

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 

Pernah tengok timun laut.. ala bak kata melayu gamat laut tapi bak kata orang putih sea cucumber.. pakai minyak ayie pernah lah..kalau nak makan tu aduhai 1000x fikir nak makannya..hehe.. nak tahu klik kat timun laut nak tahu gambaran sebenar timun laut 

tapi  dr.ezani ada resepi timun laut atau gamat..selamat mencuba..:)



    BAHAN-BAHAN SALAD DAN TIMUN LAUT:
  • Timun Laut
  • Lada Benggala Merah, Kuning dan Hijau (dipotong dadu)
  • Lada Benggala Kuning (dipotong dadu)
  • Lada Benggala Hijau (dipotong dadu)
  • Cili Merah (dicincang)
  • Tembikai Susu (dipotong dadu)
  • Halia (diparut)
  • Jus Limau
  • Gula dan Garam
  • Bahan Cawan Timun: Timun

  • BAHAN-BAHAN SOS KARAMEL:
  • Halia (dipotong kasar)
  • Bawang Putih (dipotong kasar)
  • Serai (dipotong kasar)
  • Cili Hijau (dipotong kasar)
  • Gula
  • Kicap Cair

    CARA-CARA PENYEDIAAN SALAD DAN TIMUN LAUT:
  • Panaskan periuk bersama air dan rebuskan timun laut selama 2 minit.
  • Kemudian, toskan dan dipotong dadu.
  • Selepas itu, masukkan timun laut ke dalam mangkuk besar bersama lada benggala, tembikai susu, halia dan jus limau.
  • Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  • Cara penyediaan Cawan Timun: Potong timun kepada bentuk kon dan korek isi timun dengan sudu supaya ia menjadi seperti cawan. Ketepikan untuk hidangan.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS KARAMEL:
  • Tumiskan hal, bawang putih, serai dan cili hijau sehingga naik bau wangi.
  • Kemudn, masukkan kicap cair, gula dan sedikit air.
  • Masak sehingga menjadi sos yang pekat.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    SUSUNAN HIDANGAN:
  • Susunkan cawan timun bersama salad timun laut di atas pinggan hidangan.
  • Kemudian tuangkan sos di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan

Ayie sayang anda ♥♥♥ 2 hari lagi nak presentation projek final

Ahad, 25 Disember 2011

Puan Khairiyah Bertemu Jodoh

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Entry kali ini ayie nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pensyarah ayie..iaitu Puan Khairiyah binti Md. Shahid yang merangkap penasihat dalam matapelajaran..kalau ada apa masalah dalam pendaftaran boleh rujuk kat dia dan dia selalu melayan kerenah ayie yang selalu problem dalam mendaftar subjek..hehe



Puan Khairiyah yang berasal orang Perak telah berkahwin dengan jejaka dari Melaka..hmm..nampaknyee cinta Puan K ni ada di Melaka..hehe..untung laa...


Ayie ucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada Puan K dan pasangan..semoga kekal hingga ke akhir hayat..

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Dua hari sahaja berehat dirumah keluarga..huhu.. lagi empat hari nak presentation projek final (research)

Khamis, 22 Disember 2011

Hello Singapore!

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 

Update blog kali ini ayie nak kongsi trip kelas environment ayie di Singapore.. walaupun tak dapat nak shoping sebab duit habis banyak dekat sarawak (shoping bukan hobby) tapi happy jugak la sebab berjaya juga sampai di negara orang.. jom tengok gambar sikit..:)


Sampai je di bumi Singapore jumpa Park Royal..hehe ingatkan nak tidur sini..lupa UiTM tak bagi bajet penginapan..opss



inilah tempat lawatan kami pertama..hebat tak hebat..kitorang melawat shoping complex..saja je kan soh orang shoping..haha..tapi ada juga yang banyak duit beli baju kat cotton outlet.. kaya sehh..


inilah ahli trip kami..yang muka macam apek tu pakai baju kemeja..dia la kami punya penceramah..


ayie pon nak bergaya juga la kat bahagaian yang dikatakan sangat environment..huhu


yang ini kat bahagian luar shoping..diorang guna pikachu sebagai tema krismas.. dataran pahlawan guna smurfs kan?



Lawatan seterusnya ke tempat sampah..sampah!!..hebat lawatan ini..sampai nak tengok tempat sampah Singapore!!!..


ok ini encik penceramah!!! melayu singapore kot..ke melayu Malaysia..


tengok gambar sampah macam ini je la..tengok orang dah tutup hidung..


inilah lab dia..sangat teknologi tinggi..


seterusnya..dah habis lawatan..solat di Masjid Sultan


dan mengambil gambar di Marina Bay..bess wooo

okay itu cerita tenang singapore.. semoga jumpa next entry lagi :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ serius sibok nak buat laporan research..memang sukar nak berblog

Rabu, 21 Disember 2011

Selasa, 20 Disember 2011

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Puyuh Delima & Ravioli Puyuh

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

walaupon ezani masak mentah..cuba la korang masak..dapat tak buat sehebat ezani??


    BAHAN-BAHAN PUYUH DELIMA:
  • 1 ekor Burung Puyuh
  • 1 biji Jus Buah Delima
  • Garam

  • BAHAN-BAHAN RAVIOLI PUYUH:
  • Isi daging puyuh (dicincang)
  • Leek (dihiris halus dan ditumis hingga lembut)
  • Sengkuang (di potong dadu kecil)
  • Fucuk (direndam dengan air panas hingga lembut dan dihiris nipis)
  • Kulit Wantan

  • BAHAN-BAHAN SOS:
  • Tulang Burung Puyuh
  • Bawang Kuning
  • Bawang Putih
  • Lobak Merah
  • Jus Delima
  • Lengkuas

    CARA-CARA PENYEDIAAN PUYUH DELIMA:
  • Perap puyuh dengan jus delima dan perasakan dengan garam.
  • Masakkan di atas kuali sehingga keperangan dan masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 180c sehingga masak.

    CARA-CARA PENYEDIAAN RAVIOLI PUYUH:
  • Campur dan gaulkan kesemua bahan-bahan (ravioli).
  • Kemudian isikan dalam kulit wantan dan masakkan didalam air yang mendidih selama 4 minit.
  • Toskan dan ketepikan untuk hidangan.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS:
  • Gorengkan tulang burung puyuh bersama lengkuas dan jus delima sehingga keperangan.
  • Dengan menggunakan kuali yang lain, masakkan bawang dan lobak dan goreng hingga keperangan. Masukkan ke dalam sos dan reneh perlahan.
  • Tambahkan air jika terlalu kering dan akhir sekali, tapiskan sos apabila menjadi pekat sedikit.

    SUSUNAN HIDANGAN:
  • Susunkan puyuh delima dan ravioli puyuh di atas pinggan hidangan bersama sos.
  • Sedia untuk dihidangkan

 Ayie sayang anda ♥♥♥ serius ayie tengah lapar!!!

Sabtu, 17 Disember 2011

Pengantin Batu Kikir Jambatan Besi

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Entry kali ini ayie nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sepupu ayie yang lelaki itu Mohd Nasir Bin Zainal Abidin dengan pasangannya Nur Erziee.. Bersanding di kampung halaman ayie iaitu rumah atok di kampung simpang bahau..dekat je dengan jambatan besi batu kikir.. sangat meriah yee.. paling best dapat karok berjam-jam sebab karoke disponsor oleh Maklang..haha..so sampai ke malam pon boleh.. bertambah lagi la menantu Maklong..bagus..Ayie ucapkan semoga kekal ke akhir hayat.. :)..layan gambar bawah..ayie nak gambar ayie dengan pengantin tak ada pula..huhu

 ok gambar ini nampak macam lengkap je..
ada ayie..
yang tengah merenjis abang sulung ayie..
yang dekat rumah tu atok ayie..
baju belang adik last ayie..
pengapit perempuan sepupu yang sama tarikh lahir dengan ayie..
yang pengapit lelaki adik pengantin lelaki, sepupu juga laa..


haha gambar atas ini sangat candid..adik yang tangkap gambar..minta abah ayie tolong uploadkan gambar kat facebook..terus bagi gambar ini..haha..layan..
"adakah pengantin perempuan tengah rasa kemasaman?"

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Hari ini nak datang rumah pensyarah kesayangan kahwin dekat Melaka je

Jumaat, 16 Disember 2011

Masterchef Malaysia Dr. Ezani - Medley Beri (Summer Puding Dan Laposan Filo Mascarpone Beri)

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Ish ayie tak pandai masak.. tapi kalau pandai makan tu ye..hihi.. tapi tgok resepi dr.ezani ni macam best je..hehe..cuba la try


    BAHAN-BAHAN PUDING MUSIM PANAS (SUMMER BERI):
  • Campuran Beri
  • Gula
  • Air
  • Jus Lemon
  • Roti Putih
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Panaskan kuali bersama campuran beri, gula, air dan jus lemon sehingga beri menjadi lembut dan berjus (menjadi seperti sirap).
  • Celupkan kepingan roti putih di dalam sirap beri dan katepikan.
  • Alaskan acuan kecil dengan plastik pembungkus makanan yang bersih dan susunkan roti yang telah dicelup sirap tadi di dalam acuan mengikut bentuk acuan.
  • Susun bersama sedikit beri yang telah dimasak tadi.
  • Lapiskan juga bersama sekeping lagi roti yang telah dicelup sirap beri.
  • Kemudian kemaskan plastik dan simpankannya di dalam peti sejuk selama 30 minit.
BAHAN-BAHAN TIMBUNAN FILO:
  • Pastri “filo”
  • Mentega Cair
  • Gula
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Lapiskan pastri “filo” dengan mentega cair dan taburkan gula. Buatkan ia sebanyak 5 lapisan.
  • Bakar ia di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celsius selama 10 minit.
BAHAN-BAHAN KRIM “MASCARPONE”:
  • “Mascarpone”
  • Gula Aising
  • Parutan Lemon
  • Jus Madu
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Gaulkan “mascarpone" bersama gula aising, parutan lemon dan jus lemon sehingga sebati.
SUSUNAN HIDANGAN LAPISAN “FILO MASCARPONE” BERI:
  • Lapiskan timbunan filo bersama krim “mascarpone” dan campuran beri.
  • Sedia untuk dihidangkan.
SUSUNAN KESELURUHAN HIDANGAN:
  • Susunkan pudding di atas pinggan hidangan bersama “filo mascarpone” beri.
  • Sedia untuk dihidangkan


Ayie sayang anda ♥♥♥salam jumaat semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...