nuffnang

Memaparkan catatan dengan label masterchef. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masterchef. Papar semua catatan

Selasa, 13 Ogos 2013

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Manisan Labu Dan Badam Ala Gulab Jamun

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Wah tahniah angah ezani dapat masuk final.. jom buat labu resepi finalist masterchef..kalau dah siap panggil ayie yee..



    BAHAN-BAHAN DUMPLING:
  • Labu (direbus hingga masak dan dilenyek serta ditapis, ambil purinya)
  • Badam (dipanggang dan dikisar)
  • Tepung Gandum
  • Telur
  • Mentega cair
  • Air
  • Gula
  • Garam

    CARA-CARA PENYEDIAAN DUMPLING:
  • Gaulkan semua bahan hingga sebati hingga menjadi dough.
  • Bulat-bulatkan dengan sudu dan goreng dalam minyak hingga keemasan.
    BAHAN-BAHAN SIRAP DAN KRIM:
  • Gula
  • Air
  • Buah Pelaga
  • Air Mawar
  • Krim
  • Icing Segar

    CARA-CARA PENYEDIAAN SIRAP DAN KRIM:
  • Masak sehingga warna keemasan (caramelised).
  • Tambahkan sedikit air untuk cairkan caramel.
  • Letakkan buah pelaga yang dipecahkan dan masak sirap hingga kepekatan. Tambahkan sedikit air mawar.
  • Masukkan dumpling ke dalam sirap dan biarkan.
  • Untuk krim air mawar, putar krim hingga soft peak, tambahkan icing segar sedikit, titiskan sedikit air mawar


 Ayie sayang anda ♥♥♥ agaknye tak dapat tengok final..rumah sewa tak ada astro

Isnin, 12 Ogos 2013

Masterchef Malaysia - Ragout Lidah Dan Cendawan Campuran

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



    BAHAN-BAHAN RAGOUT:
  • 100gm Lidah Lembu (dibuang kulit, dipotong dadu)
  • Tepung Gandum
  • ½ cawan Cendawan Butang (dihiris)
  • ½ cawan Cendawan Shitake (dihiris)
  • ½ cawan Cendawan Shineji (dibuang akar)
  • 1 biji Bawang Kuning (dihiris panjang)
  • 3 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 sudu besar Daun ‘Thyme’
  • 100gm Lidah
  • Garam dan Lada Hitam
  • Tepung Gandum
    BAHAN-BAHAN PASTA DAN GREMOLATU:
  • ½ sudu kecil Kulit Lemon
  • ¼ sudu kecil Bawang Putih
  • 200gm Pasta ‘Spiral’

    CARA-CARA PENYEDIAAN RAGOUT:
  • Salutkan lidah dengan tepung, garam dan lada hitam.
  • Panaskan kuali leper dahulu, kemudian masukkan minyak dan gorengkan lidah lembu sehingga keperangan. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan minyak dan bawang kuning, bawang putih dan herba ‘thyme’.
  • Kemudian, masukkan lidah yang telah digoreng tadi dan cendawan butang, cendawan ‘shitake’ dan cendawan ‘shineji’.
  • Masukkan sedikit air supaya tidak melekat dan didihkan sebentar.
  • Campurkan 1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air. Kemudian, masukkan kedalam kuali tadi dan masak sehingga pekat.
  • Perasakan bersama lada hitam dan garam.

    CARA-CARA PENYEDIAAN PASTA DAN GREMOLATU:
  • Masak pasta didalam air yang mendidih. Toskan pasta dan gaul dengan minyak.
  • Hidangkan pasta di atas pinggan hidangan dengan ‘regout’ dan taburkan sedikit ‘gramolata’.
  • Sedia untuk dihidangkan


 Ayie sayang anda ♥♥♥ :)

Ahad, 26 Februari 2012

MasterChef Malaysia Dr.Ezani Bersama Ayie

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Pada minggu lepas Ayie datang ke majlis doa selamat di rumah Dr. Ezani di Taman Bukit Mahkota di Kajang.. Ayie pergi bersama adik last ayie serta atok ayie.. Ayie sampai di rumah Dr. Ezani pada pukul 3 petang.. sampai sana mak Dr.Ezani yang ayie panggil wan teh jemput kitorang masuk dan tanya kenapa lambat..ayie bagi alasan atok siap lambat.. sampai kat kenduri itu macam biasa MasterChef Malaysia sibuk dengan sesi bergambar dengan kawan-kawannya..ayie masuk rumah Dr.Ezani sebab ahli keluarga boleh masuk dalam rumah makan..


dalam rumah sempat jumpa Hui Ting, Imelda dan Brian.. diorang pon macam nak balik je.. ayie tak sempat nak ambil gambar diorang..sebab diorang kalah..haha.. tak adalah sebenarnya ayie segan nak bergambar dengan diorang.. tengok dalam rumah ramai keluarga tengah makan siap nak balik lagi.. semua tanya kenapa lambat sampai..huhu..ayie hanya senyum je.. makan best nasi beriani.. tapi bukan Dr.Ezani masak kot..dan bila Dr. Ezani masuk je dalam rumah ayie ajak bergambar.. dan ucap tahniah kepada mak ngah.. ok dah siap makan atok ajak balik.. 


Ada gaya MasterChef World x??hehe

sebenarnya atok ayie ni ada penyakit nyanyok.. so dia tak kenal rumah siapa dia datang walaupun rumah adik dia sendiri..iaitu wan teh.. balik wan teh siap kasi bekal lagi..thanks wan teh.. dan tahniah kepada keluarga Tok Hamid iaitu monyang ayie yang dapat cucu bertitle Masterchef Malaysia.. Tahniah !!!



 Ayie sayang anda ♥♥♥ Tahniah kepada Anuar Manan menang tempat ke-3 Le tour de Langkawi petang tadi!!

Ahad, 8 Januari 2012

Pilihan Juara Masterchef Malaysia : Dr. Ezani Farhana

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 


Final Masterchef Malaysia hari ini.. dan ayie semestinya pilihan adalah makngah ayie iaitu Dr. Ezani.. kenapa ayie pilih Dr.Ezani sebagai Masterchef Malaysia pertama kerana...

  • Ayie terpikat masakan pertama yang dimenangi Dr. Ezani iaitu  Salad Itik Keemasan
  • Sesungguhnya Dr.Ezani suka memasak..lebih-lebih lagi bila dia upload gambar dia masak dekat facebook
  • Sentiasa mencari idea yang bagus setiap kali dia buat masakan..
Tak kesah la kalau Dr.Ezani menang ke tidak janji dia telah berjaya mencapai pencapaian yang bagus.. eh seorang Doktor Gigi yang hanya belajar memasak daripada parent meraka tanpa ada kelulusan masakan boleh mencapai kelayakan sebagai chef.. nanti ada dua gelaran la ye.. Dr. Chef Ezani..kalah Chef Wan..hehe..


eh nanti final ada  wan teh masuk tv la..ruginyee tak tengok sebab esok ada exam ..tahniah wan teh..glamor la nanti..(dr.ezani adalah suku batu hampar..salah satu suku di Negeri Sembilan)


Prank...
eh kalau angah ezani tegur suruh delete..ayie delete la gambar ini..(banyak kali  tegur gambar dia di upload kat blog..nak ucap terima kasih kat angah ezani sebab jenguk-jenguk blog ayie yang xseberapa..hehe)

Ayie sayang anda ♥♥♥ Siapa pilihan Masterchef korang???

Rabu, 4 Januari 2012

Masterchef Malaysia Dr. Ezani - Simfoni Udang Getak

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Wah udang simfoni..nampak macam best je.. eh Dr.Ezani dapat masuk final yee.. tahniah..


    BAHAN-BAHAN MOUSSE UDANG DAN UDANG GETAK:
  • Krim
  • Putih Telur
  • Garam
  • Kulit Limau Nipis
  • Isi Udang Ketak (dipotong kasar)
  • Cili Merah (dicincang halus)

    CARA-CARA PENYEDIAAN MOUSSE UDANG DAN UDANG GETAK:
  • Kisar sehingga halus kesemua bahan.
  • Gulungkan membentuk sosej dengan plastik, ikat hujungnya, didihkan selama 10 minit.
  • Apabila sudah masak, keluarkan dari plastik dan trim menjadi bentuk silinder.
    BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAAN MINYAK UDANG GETAK:
  • Kulit dan Kepala Udang Getak
  • Minyak
  • Halia (dipotong kasar)
  • Kulit Limau Nipis
  • Bawang Kecil (dipotong kasar)
  • Cara penyediaan Minyak Udang Getak: Masak dengan perlahan sehingga minyak menyerap rasa bahan-bahan lain.

    BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAAN CELERIAC MENTEGA:
  • Caleriac
  • Mentega
  • Air
  • Thyme
  • Cara penyediaan Celeriac Mentega:Masakkan celeriac di dalam mentega yang banyak, thyme dan sedikit air hingga lembut.

    BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAAN JERUK LOBAK PUTIH:
  • Lobak Putih (potong jejari halus)
  • Jus Limau Nipis
  • Gula
  • Garam
  • Cara penyediaan Jeruk Lobak Putih: Gaulkan sebati.

    BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAAN UDANG GETAK:
  • Isi Udang Getak
  • Minyak Udang Getak
  • Limau Nipis (disegment)
  • Cara penyediaan: Masak udang getak di dalam minyak udang getak dangan api perlahan. Letakkan segment limau nipis



 Ayie sayang anda ♥♥♥ hari ini dapat makan ayam kari kawan bawak..sedaapp :)

Selasa, 27 Disember 2011

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Cawan Timun Lautan Darat

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 

Pernah tengok timun laut.. ala bak kata melayu gamat laut tapi bak kata orang putih sea cucumber.. pakai minyak ayie pernah lah..kalau nak makan tu aduhai 1000x fikir nak makannya..hehe.. nak tahu klik kat timun laut nak tahu gambaran sebenar timun laut 

tapi  dr.ezani ada resepi timun laut atau gamat..selamat mencuba..:)



    BAHAN-BAHAN SALAD DAN TIMUN LAUT:
  • Timun Laut
  • Lada Benggala Merah, Kuning dan Hijau (dipotong dadu)
  • Lada Benggala Kuning (dipotong dadu)
  • Lada Benggala Hijau (dipotong dadu)
  • Cili Merah (dicincang)
  • Tembikai Susu (dipotong dadu)
  • Halia (diparut)
  • Jus Limau
  • Gula dan Garam
  • Bahan Cawan Timun: Timun

  • BAHAN-BAHAN SOS KARAMEL:
  • Halia (dipotong kasar)
  • Bawang Putih (dipotong kasar)
  • Serai (dipotong kasar)
  • Cili Hijau (dipotong kasar)
  • Gula
  • Kicap Cair

    CARA-CARA PENYEDIAAN SALAD DAN TIMUN LAUT:
  • Panaskan periuk bersama air dan rebuskan timun laut selama 2 minit.
  • Kemudian, toskan dan dipotong dadu.
  • Selepas itu, masukkan timun laut ke dalam mangkuk besar bersama lada benggala, tembikai susu, halia dan jus limau.
  • Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  • Cara penyediaan Cawan Timun: Potong timun kepada bentuk kon dan korek isi timun dengan sudu supaya ia menjadi seperti cawan. Ketepikan untuk hidangan.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS KARAMEL:
  • Tumiskan hal, bawang putih, serai dan cili hijau sehingga naik bau wangi.
  • Kemudn, masukkan kicap cair, gula dan sedikit air.
  • Masak sehingga menjadi sos yang pekat.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    SUSUNAN HIDANGAN:
  • Susunkan cawan timun bersama salad timun laut di atas pinggan hidangan.
  • Kemudian tuangkan sos di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan

Ayie sayang anda ♥♥♥ 2 hari lagi nak presentation projek final
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...