nuffnang

Ahad, 11 Disember 2011

Curi Kenderaan (Stolen Vehicle)

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Korang pernah jadi mangsa curi kenderaan atau pernah dengar mangsa curi kenderaan.. Ayie pernah kene dua kali (pengakuan jujur ni..huhu)..ish masa jadi 'mangsa' curi kenderaan itu terasa macam dunia ini nak kiamat..huhu.. so sebagai 'mangsa' kecurian, ayie nak kongsi sedikit tips bagi mengelak mangsa kecurian..semoga pembaca sekalian tak jadi macam ayie... :)

Di mana kecurian kerap berlaku?

1. Tempat letak kenderaan awam
2. Di hadapan rumah
3. Kompleks membeli belah
4. Tepi jalan raya
5. Tempat letak kereta di hotel


Faktor berlaku kecurian

1. Tidak dikunci
2. Tiada kunci tambahan
3. Meletakkan kenderaan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
4. Meninggalkan barang berharga di motosikal


Cara mencegah kecurian kereta..

1. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
2. Memasang kunci tambahan untuk stereng, gear, roda atau kelac. Pastikan juga kenderaan sentiasa dikunci
3. Sentiasa meletakkan kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam ditempat yang terang/ berlampu
4. Jangan serahkan kunci pada jokey kereta
5. Adalah lebih baik mendaftar nombor pendaftaran di cermin kereta (sandblasting)



Kajian Forbes  menyatakan kereta Honda Civic adalah kereta yang selalu dicuri di USA

Cara mencegah kecurian motosikal..

1. Letak motosikal di tempat yang dikhaskan. Pastikan mengunci motosikal ketika meninggalkannya
2. Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/ berlampu
3. Rantai dan kunci tambahan adalah penting mengelakkan motosikal dari dicuri


Kajian Forbes menyatakan motorsikal Honda  adalah kereta yang selalu dicuri di USA


nampaknye semua honda amat bernilai di mata pencuri.. so berhati-hatilah kepada jenama yang lain..takut pencuri dah boring dengan honda pergi jenama lain plak..hehe :P

Ayie sayang anda ♥♥♥ nak buat entry pasal sepupu kahwin xde gambar menarik plak..huhu

6 ulasan:

Mra Mastura berkata...

mangga kreta tu xleh besar lagi ek?
O_O

syazwani 'atiqah berkata...

ritue tetingl kunci kereta dkat kereta..naseb ade junior perasan,,n tlng kuncikn then tnglkn notes..rase nk nangis gak bile cr kunci xjmpe,,tp kete ade

afzainizam berkata...

uihhhh Sesapa yang ada Honda ni kena jaga-jaga lahhhh..

Sentiasa jadi tarikan sang pencuri...


kenalah kita ambil langkah tambahan kunci motor kereta jangan lalai...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
pemasangan ladam kuda

Lyaa Suriany berkata...

kalau malaysia pulak
gti , putra, evo yg selalu jd mangsa..

pncuri mmg bangsat hbs
my bf baru smalam kena rembat.

Khairul Rahman berkata...

kereta or moto kene curi takde pengalaman..tapi kalau helmet kene rembat ade! hehe...

Rtp Farra Arisha berkata...

strangers are being everywhere..harus sentiasa berwaspada atau berhati2 untuk mengelakkan ia daripada terus berlaku..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...