nuffnang

Memaparkan catatan dengan label timun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label timun. Papar semua catatan

Selasa, 27 Disember 2011

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Cawan Timun Lautan Darat

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 

Pernah tengok timun laut.. ala bak kata melayu gamat laut tapi bak kata orang putih sea cucumber.. pakai minyak ayie pernah lah..kalau nak makan tu aduhai 1000x fikir nak makannya..hehe.. nak tahu klik kat timun laut nak tahu gambaran sebenar timun laut 

tapi  dr.ezani ada resepi timun laut atau gamat..selamat mencuba..:)



    BAHAN-BAHAN SALAD DAN TIMUN LAUT:
  • Timun Laut
  • Lada Benggala Merah, Kuning dan Hijau (dipotong dadu)
  • Lada Benggala Kuning (dipotong dadu)
  • Lada Benggala Hijau (dipotong dadu)
  • Cili Merah (dicincang)
  • Tembikai Susu (dipotong dadu)
  • Halia (diparut)
  • Jus Limau
  • Gula dan Garam
  • Bahan Cawan Timun: Timun

  • BAHAN-BAHAN SOS KARAMEL:
  • Halia (dipotong kasar)
  • Bawang Putih (dipotong kasar)
  • Serai (dipotong kasar)
  • Cili Hijau (dipotong kasar)
  • Gula
  • Kicap Cair

    CARA-CARA PENYEDIAAN SALAD DAN TIMUN LAUT:
  • Panaskan periuk bersama air dan rebuskan timun laut selama 2 minit.
  • Kemudian, toskan dan dipotong dadu.
  • Selepas itu, masukkan timun laut ke dalam mangkuk besar bersama lada benggala, tembikai susu, halia dan jus limau.
  • Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga rata dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.
  • Cara penyediaan Cawan Timun: Potong timun kepada bentuk kon dan korek isi timun dengan sudu supaya ia menjadi seperti cawan. Ketepikan untuk hidangan.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SOS KARAMEL:
  • Tumiskan hal, bawang putih, serai dan cili hijau sehingga naik bau wangi.
  • Kemudn, masukkan kicap cair, gula dan sedikit air.
  • Masak sehingga menjadi sos yang pekat.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    SUSUNAN HIDANGAN:
  • Susunkan cawan timun bersama salad timun laut di atas pinggan hidangan.
  • Kemudian tuangkan sos di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan

Ayie sayang anda ♥♥♥ 2 hari lagi nak presentation projek final

Selasa, 10 Mei 2011

Bila: Timun + Kentang Rebus + Telur Dadar + Belacan = Bersatu

Selamat Hari Hari Kepada Pembaca

Yeah Yeah dah sampai rumah... seronok bangat dah sampai rumah.. boleh berehat bebanyak dan dapat layan astro.. dah lama tak layan astro.. wajib tonton chanel 801.. my feveret and family.. Balik petang selepas berjaya membungkus barang sebanyak 50%..lagi 50% akan dibawa hari khamis ni.. yang tinggal perkakas belajar sahaja.. balik je rumah rasa agak lapar.. sebab tak makan tengahari..sarapan pon termiss.. bila buka je tudung saji.. ayie nampak gambar kat atas ni.. apa lagi kalau bukan timun, telur dadar, kentang rebus dan belacan.. sedap sangat.. yela dah lama tak makan masakan emak terutama belacan dia yang ada campur kundang.. so akan bertambah pedas dan masam..hehe..terbaik.. tak sangka pula kentang cecah belacan sedap..hehe.. so rasa kenyang sampai ke malam ni..hehe..

ok ayie dah tengok fast and furios 5.. apa trademark dia?? garang dan pantas..haha..hebat sungguh.. boleh la layan f5 ni.. bila dah nak pertengahan cerita je.. cerita ni pasal rompakan peti besi.. peti besi milik orang kenamaan brazil yang suka mengambil kesempatan..huhu.. bayangkan dua kereta je boleh ngangkut peti besi yang entah berapa kilo..huhu.. sampai habis la bangunan bank..hahaha.. ada satu dua je tunjuk lumba kereta.. memang terbaik la time lumba tu...hehe

ok itu sahaja nak kongsi hari ini.. so jom berjimba kat seremban pula :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ berat badan dah kurang 2 kilo la setelah berjaya tak makan nasi seminggu..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...