nuffnang

Jumaat, 16 Disember 2011

Masterchef Malaysia Dr. Ezani - Medley Beri (Summer Puding Dan Laposan Filo Mascarpone Beri)

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Ish ayie tak pandai masak.. tapi kalau pandai makan tu ye..hihi.. tapi tgok resepi dr.ezani ni macam best je..hehe..cuba la try


    BAHAN-BAHAN PUDING MUSIM PANAS (SUMMER BERI):
  • Campuran Beri
  • Gula
  • Air
  • Jus Lemon
  • Roti Putih
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Panaskan kuali bersama campuran beri, gula, air dan jus lemon sehingga beri menjadi lembut dan berjus (menjadi seperti sirap).
  • Celupkan kepingan roti putih di dalam sirap beri dan katepikan.
  • Alaskan acuan kecil dengan plastik pembungkus makanan yang bersih dan susunkan roti yang telah dicelup sirap tadi di dalam acuan mengikut bentuk acuan.
  • Susun bersama sedikit beri yang telah dimasak tadi.
  • Lapiskan juga bersama sekeping lagi roti yang telah dicelup sirap beri.
  • Kemudian kemaskan plastik dan simpankannya di dalam peti sejuk selama 30 minit.
BAHAN-BAHAN TIMBUNAN FILO:
  • Pastri “filo”
  • Mentega Cair
  • Gula
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Lapiskan pastri “filo” dengan mentega cair dan taburkan gula. Buatkan ia sebanyak 5 lapisan.
  • Bakar ia di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celsius selama 10 minit.
BAHAN-BAHAN KRIM “MASCARPONE”:
  • “Mascarpone”
  • Gula Aising
  • Parutan Lemon
  • Jus Madu
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:
  • Gaulkan “mascarpone" bersama gula aising, parutan lemon dan jus lemon sehingga sebati.
SUSUNAN HIDANGAN LAPISAN “FILO MASCARPONE” BERI:
  • Lapiskan timbunan filo bersama krim “mascarpone” dan campuran beri.
  • Sedia untuk dihidangkan.
SUSUNAN KESELURUHAN HIDANGAN:
  • Susunkan pudding di atas pinggan hidangan bersama “filo mascarpone” beri.
  • Sedia untuk dihidangkan


Ayie sayang anda ♥♥♥salam jumaat semua :)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...