nuffnang

Khamis, 17 November 2011

MasterChef Malaysia Dr.Ezani: Kerapu Bersos Jingga Berhalia

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hmm nampak sedap je... nak masak tak pandai.. kalau Dr.Ezani masak lagi sedap.. tengok je la resepi dia



    BAHAN-BAHAN SOS:
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Lada Merah
  • Daun Bawang
  • Jus oren + kulit
  • Gula
  • Garam
  • Air
  • Tepung
CARA-CARA MEMASAK:
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumiskan halia, bawang putih, lada merah dan daun bawang sehingga naik bau.
  • Tuangkan jus oren ke dalam bahan tumisan.
  • Tambahkan gula dan garam secukup rasa bersama sedikit air.
  • Untuk memekatkan sos, letakkan tepung kedalam sos.
  • Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
    BAHAN-BAHAN SAYURAN JERUK:
    Masak dan didihkan
  • Air
  • Cuka
  • Gula
  • Halia
  • Lada merah

  • Tuangkan cuka dan biarkan
  • Timun
  • Lobak Merah
  • Daun Bawang
CARA-CARA MEMASAK:
  • Panaskan periuk dan masukkan air, cuka, gula, halia dan lada merah. Masak bahan-bahan tersebut sehinnga sebati.
  • Kemudian, masukkan timun, lobak merah dan daun bawang ke dalam campuran cuka dan biarkan.
    BAHAN-BAHAN IKAN GORENG:
  • 5 jenis rempah
  • Garam
  • ‘Filet’ ikan

  • Salutan ikan
  • Tepung
  • Garam
  • Lada putih
  • **Salutkan ikan dengan tepung, goreng sehingga keemasan.
CARA-CARA MEMASAK:
  • Lumurkan 5 jenis rempah bersama sedikit garam di atas ‘filet’ ikan.
  • Salutkan ikan dengan tepung beserta garam dam lada putih secukup rasa. Goreng sehingga keemasan.
HIASAN:
  • Bawang (dihiris halus)
  • Lada merah (dihiris halus)
HIDANGAN:
  • Tuangkan sos di atas pingan, susunkan ikan goreng, letakkan sayuran jeruk.
  • Hias dengan bawang dan lada merah yang telah dihiris halus.




Ayie sayang anda ♥♥♥ kalau ada sesiapa dah siap boleh la call ayie suruh datang makan :P

1 ulasan:

Afzainizam berkata...

kalau tengok tu filet ikan tu kena guna kerapu ajerr kerr ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
honda civik 1.6 vs mitsubishi evo 6

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...