nuffnang

Jumaat, 25 November 2011

Masterchef Malaysia Dr. Ezani - French Toast Dengan Pic Rendidih & Curd Lemon Ubi Bit

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Ini masakan perancis ke? ayie belajar bahasa perancis tapi tak pernah makan masakan perancis..hehe..Ada sesiapa nak cuba?

    BAHAN-BAHAN PIC RENDIDIH:
  • 1 biji Buah Pic (belah separuh dan keluarkan biji)
  • 3 cawan Air
  • 3/4 cawan Gula
  • 2 batang Kulit Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 1 biji Lemon (parut kulit)

  • BAHAN-BAHAN CURD LEMON UBI BIT:
  • 1 biji Ubi Bit
  • 3 biji Kuning Telur
  • 4 sudu besar Gula
  • 2 biji lemon (ambil jusnya)
    BAHAN-BAHAN FRENCH TOAST:
  • 1 buku Roti Ciabatta (dipotong kiub)
  • 2 cawan Krim
  • 2 biji Telur
  • 2 sudu besar Gula Icing
    CARA-CARA PENYEDIAAN PIC RENDIDIH:
  • Didihkan semua bahan kecuali buah pic untuk membuat sirap.
  • Perlahankan api dan masukkan buah pic. Masak perlahan-lahan sehingga lembut tapi tidak hancur.
  • Apabila sudah masak, keluarkan pic, kupas kulitnya.
  • Didihkan sirap rebusan sehingga pekat.

    CARA-CARA PENYEDIAAN CURD LEMON UBI BIT:
  • Kupaskan dan parutkan ubi bit.
  • Masak dengan sedikit air hingga lembut.
  • Masukkan gula. Kisarkan dengan sedikit air sehingga halus.
  • Pukulkan kuning telur, gula dan jus lemon hingga sebati.
  • Masukkan ubi bit yang dikisar dan masak perlahan-lahan hingga pekat.
  • Tapiskan.

    CARA-CARA PENYEDIAAN FRENCH TOAST:
  • Pukul hingga sebati.
  • Celup kiub roti, masak dalam sedikit mentega cair sehingga keperangan.
  • Hidangkan


senyum manis untuk gigi yang cantik :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ Bersiap hendak pergi ke Mulu, Sarawak

2 ulasan:

norie berkata...

sikit je, kenyang tak? :)

Afzainizam berkata...

Ohhhh ubi bit tu aku tak tahu lah macam mana bentuknya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
doa akhir tahun dan awal tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...