nuffnang

Ahad, 30 Oktober 2011

Jalan-Jalan Deepavali

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hari Deepavali Malaysia jatuh pada tarikh 26/10/2011..kalau deepavali negara lain ayie tak pasti la.. pada hari cuti tu family ayie datang Melaka.. Mak nak cari bisnes kek kukus dia.. tapi famili ayie ada kat Melaka kejap je sampai pukul 2.. so nak memenuhi masa cuti itu ayie nak jenjalan Kuala Lumpur dengan Ijat Asni.. best pergi sana.. tapi ijat bawa kereta..sebab nak suruh ayie bawa.. memang dok cari signboard je le..lepas itu sesat!!.. jom layan gambar saja kat bawah ini..


ni masa ini dengan famili di Hatten Square Melaka.. tak sangka halowen ngan deepavali sama tarikh yee

Destinasi seterusnya..SUNWAY PIRAMID..

patung ni sexy la dengan kalungan bunga..hehe

muka berkerut..agaknya masa itu tengah tengok awek cun kot..hehe

kalau pergi sunway piramid takkan tak nak singgah boling international kot.. jom la main!!


bersiap sedia untuk baling.. ayie tak puas hati la dengan cara balingan ayie yang sangat slow..arghh..macam tak cukup makan..hmmm

okay ijat lak nak baling..semangek strike mesti ada..hehe


haha muka ceria sebab apa.. tengok result la..hehe

yeah berjaya mengalahkan ijat walaupon tak banyak strike dan spare pon satu je..

akuarium boling.. dah besar ikan ni..buat ikan bakar pon sodap ni..hehe

ayie sangat teruja sebab jumpa patung domo yang besar..perghhh sangat la gigi raksasa ni..macam nak gosok je..

pintu depan sunway piramid.. ala2 mesirkan..hehe.. ok ini kali kedua ayie pernah pergi sunway piramid..siankan!!!

cuba tengok telinga patung belakang tu.. dah boleh buat arial astro dah..haha

berehat dulu yee..masa ni sakit punggung dok berjalan..haha


Destinasi seterusnya kita makan malam dekat IKEA!!!

muka sangat teruja sebab dapat makan meatball IKEA.. ingat Cik Epal je mampu makan.. ayie pon mampu makan ok..hehe..

ijat dah lapar la tu sampai sudu pon jadi..hehe

tengok itu.. 10 meatball telah selamat dimasukkan kedalam perut ayie.. sedap!!!..

Cuci mata dekat the Curve dan karaoke...

wah ijat nampak belon gayut-gayut ini terus nak bergambar..hehe

nice memalam dekat curve.. cuci mata tu penting walaupon duit pokai!!..huhu

time ini bergerak ke karaoke tapi ayie nak kongsi sikit gambar air yang ayie pegang..

ini lah kedai yang ayie minum tu.. sedap!!!!!!!!!!!!!! sangat.. rasa macam dalam syurga.. aisblended dengan coklat yang mantap...

korang nak tahu ais blended sahaja Rm17.. perghh macam boleh makan malam 2 kali...

okay jom balik.. sebelum itu bergambor kat parking IKEA..

Dan malam itu ayie hantar Ijat balik trolak.. tidur kat rumah warden Maktab Rendah Sains Mara Trolak...cantik sekolah ini...

ruang tamu rumah warden.. besau!!..

dapur warden.. yang dok sini orang bujang.. kalau keluarga.. puas hati la kalau tinggal sini..

dan Ijat Asni bergerak nak pergi ke kelas mengajar..haha.. lawa sekolah ini.. sesiapa yang berhajat nak masuk MRSM pilih lah MRSM trolak sebab tak ada la pendalaman sangat.. tepi highway je kot..

Seronok jalan-jalan deepavali kali ini.. lepas ni nak jalan kemana pulak yee?? jom ikot ayie!!


Ayie sayang anda ♥♥♥ Seronok sangat sebab Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia 2011..hobin jang hobin!!!

Sabtu, 29 Oktober 2011

eqbalzack.com MONTHLY CONTEST!

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hari ini ayie nak join buat karangan di blog dr.eqbal.. sesiapa nak join dan tengok syarat-syarat boleh pergi di blog beliau. klik dr.eqbalzack

THIS MONTH'S TITLE:"Rich Blogger: Fact or Fiction?"



Blogger Kaya: Fakta atau Rekaan


Seringkali kita mendengar blogger meraih kekayaan melalui blog. Itu memang saya akui kerana dengan bantuan daripada pembaca yang sudi klik iklan di blog maka blogger itu berjaya meraih kekayaan hasil daripada iklan blog. Ramai blogger menunjukkan hasil akaun iklan mereka yang diterima. Dengan membuat tajuk entry mereka di blog seterusnya pembaca akan rasa teruja melihat sumber akaun daripada blogger tersebut dan mereka juga merasa mahu membuat blog juga. Blogger yang menunjukkan hasil wang mereka peroleh akan mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi klik iklan di blog mereka. Hal ini dapat membuat pembaca akan terus klik iklan di blog kerana suka akan blog mereka. Dengan itu iklan di blog dapat membantu menambah sumber akun di iklan tersebut.

Selain itu blogger kaya bukan sahaja melalui iklan di blog malahan mereka juga mendapat sumber daripada hasil jualan blogger online. Jualan online zaman sekarang amat diterima oleh masyarakat Malaysia. Suatu ketika dulu jualan online sangat asing oleh rakyat Malaysia. Ini menyukarkan kepada usahawan jualan online yang ingin memasarkan barangan mereka melalui blog. Tetapi dengan usaha kerajaan menyediakan komputer kepada rakyat Malaysia seperti memberi peluang kepada pemilik KWSP mengeluarkan duit untuk membeli komputer. Hal ini menyebabkan semua rakyat Malaysia dapat menikmati komputer serta internet. Maka dengan itu dapat memudahkan usahawan blog yang membuat jualan dengan mudah. Usahawan blog juga dapat mencari pelanggan bukan sahaja dari Malaysia malah dari seluruh dunia. Kerana internet adalah bahan global yang mana dapat merentasi keseluruh dunia.

Kesimpulannya blogger kaya bukan lagi satu rekaan lagi dizaman ini. Ianya adalah satu fakta. Lihat sahaja syarikat-syarikat yang berasaskan jualan blog. Banyak lagi blogger diluar sana menggunakan pendekatan blog untuk menambah pendapatan mereka. Blogger Malaysia mestilah menggunakan pendekatan satu peluang untuk menambah pendapatan mereka.

281 patah perkataan

Ayie sayang anda ♥♥♥ Dah lama tak buat karangan...

Rabu, 26 Oktober 2011

Wordless Wednesday #19~~ Rabu Kedu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

"Hari ini kita belajar Facebook!!!"

Ayie sayang anda ♥♥♥ hari rabu anda terkedu melihat gambar!!

Selasa, 25 Oktober 2011

Tom Yam Anak Dara Tun Perak

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Pernah kenal Tun Perak?? dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka, Tun Perak ini adalah Bendahara yang taat kepada Sultan Melaka.. kiranya dia ini orang hebat la.. pernah dengar Tun Perak ada anak dara?? Anak dara dia cute-cute dan pandai masak..ok yang ini ayie tambah-tambah je..

Pernah dengar Pangsapuri Tun Perak kat Melaka?? ok kat sini memang tak ada kubur Tun Perak atau kaum kerabatnya kat sini.. tapi ada anak-anak dara yang pandai masak Tom Yam.. orang Melaka selalu makan Tom Yam ke? ayie tengok kedai restoran kat Melaka ini asyik masak asam pedas je.. ayie ini 'kureng' dengan asam pedas..kecuali kalau asam pedas tu campur dengan belacan dan pekat.. perghh meleleh je rasa.. sekali sekala nak makan Tom Yam pon sodap ini..haha.. jom kenal anak-anak dara Tun Perak ini...


Okay inilah anak-anak dara yang duduk kat Pangsapuri Tun Perak.. diorang ini ajak ayie makan Tom Yam kat rumah diorang.. tengok mangkuk itu..walaupon comel jangan risau kat dapur ada lagi besar PERIUK... jemput makan semua!!!

Ketua Chef bagi masakan Tom Yam hari ini adalah nuri yang bertudung ungu.. walaupon kecil dan tua dari kami tapi dia pandai masak..haha jangan marah kak nurios!!!

best kan makan-ramai-ramai dan buat sendiri.. isi pon banyak.. memang cepat kenyang camni..hehe

ready to eat!!!

korang sila ambil bau ye!!! eh ada bau Tom Yam tak???

anak dara Tun Perak posing selepas berkali-kali menambah lauk.. gemok la anak dara Tun Perak ini..haha

dan owner blog pon nak bergambar dengan anak-anak dara Tun Perak

dah selesai..jom hirup pula... memang best Tom Yam Anak Dara Tun Perak!!

Lepas makan 'Tom Yam Anak Dara Tun Perak' boleh la tengok semi-final Piala Malaysia dengan kekenyangan..haha.. nasib baik rumah diorang ada tv.. kalau tak melepas nak tengok PM...

Ayie sayang anda ♥♥♥ korang pandai masak Tom Yam?? ayie tau masak air je..hehe

Ahad, 23 Oktober 2011

Final Piala Malaysia 2011 Sah Milik Negeri Sembilan Dan Terengganu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 sah milik Negeri Sembilan dan Terengganu.. selepas Negeri Sembilan berjaya mengalahkan pasukan kelab dari Terengganu iaitu T-Team aggregat 6-3 dan Terengganu berjaya merobek keangkuhan Selangor yang mahu kemenangan Piala Malaysia ke-33 dengan aggregat 4-1.. pertembungan yang menarik antara naib juara Piala Malaysia 2010 iaitu Negeri Sembilan dan Juara Piala FA 2011 iaitu Terengganu..yang penting seminggu ini laungan hobin jang hobin dan peteh ganu peteh akan berkumandang selama seminggu dimana final Piala Malaysia akan beraksi pada 29 oktober 2011..dikhabarkan venue utama di Stadium Shah Alam.. tapi diharapkan stadium tersebut di lakukan dengan sekemas yang mungkin kerana tidak mahu keadaan permainan yang tidak menarik disaksikan..

Eh ayie kompem la sokong n9..takkan nak sokong pasukan lain kot.. semangek totap ado!!!.. semalam nasib baik dapat tengok semi-final kat rumah kawan.. almaklumlah rumah sewa tak ada tv..kesian kat rumah kawan ayie.. sebab ayie dok jerit je depan tv..hehe.. sorry.. yang penting hobin jang hobin!!!

Ayie sayang anda ♥♥♥ nasib baik suara tak hilang!!!

Sabtu, 22 Oktober 2011

Contest DANIEL ADIE : SISPA

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hari ini ayie rasa nak join contest dari daniel adie a.k.a cikgu hamdi.. contest pon menarik.. suruh cari gambar senyum ikhlas dan senyum palsu.. ayie mana la banyak senyum ikhlas.. kalau ikhlas dia tak pandang kat kamera..haha.. kantoi ramai yang join semua senyum depan kamera..opss.. itu pandangan ayie je.. eh yang join contest tu semua senyum menawan..arghh tergoda ayie!! nak nombor??hehe.. ok sesiapa nak tahu peraturan pertandingan senyum ikhlas dan palsu serta hadiah yang sangat comel, boleh klik nama kat bawah ni..



So ini lah gambar yang ayie ada.. gambar semasa kawan-kawan sekolah datang beraya kat rumah.. serius best masa itu.. borak sakan cerita pasal sekolah 4 tahun lepas.. dah borak muncul pulak usik-mengusik.. itu la bermula senyuman meleret sampai ke telinga.. mengilai pon ada..haha.. dan akan senyum tak ikhlas bila time kita pula kene perli..oemmgee..tahan jele!!

Jom lengkapkan slogan...eh kalau korang baca senyum je la ek..tak payah nak perli sangat !! :P

"terkadang, senyuman palsu terukir apabila menghadapi sesuatu dugaan dengan penuh berliku tapi dengan senyuman walaupun palsu akan menghilangkan segala duka"

ayie nak tag gadis yang senyum menawan selalu.. diorang ini kalau senyum ceria je..tapi tak tahu la senyum palsu ke senyum ikhlas..:P



Ayie sayang anda ♥♥♥ sorry daniel adie lambat nak join.. sebab sangat sibuk masa belajar ini :) ..bila nak dating lagi??hehe

Khamis, 20 Oktober 2011

Real Steel: Robot Tinju Yang Hebat

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Semalam ayie dan rakan kelas tengok mid-night wayang Real Steel.. Cerita pada zaman 2020 dimana zaman itu nak tengok wrestling hanya reka robot sahaja.. cerita sangat best..rugi kalau korang tak tengok.. ayie rasa nak tengok sekali lagi..haha.. cerita ini banyak cerita kasih sayang antara ayah CHARLIE KENTON dan anak MAX KENTON.. kesan bunyi yang sangat best.. kalau korang tengok cerita ini macam korang duduk dalam dewan wrestling sampai tahap korang pon nak jerit sama..

ini lah anak dia MAX.. sangat bongkak dan berwawasan haha.. anak dia nak ambil alih gusti robot selepas robot ATOM selamatkan nyawa dari jatuh gaung besar.. walaupon hanya belajar kendalikan robot melalui game..tapi dia tak tahu ayah dia CHARLIE bekas gusti hebat..


eh dah la.. ayie pon tak pandai nak buat sinopsis..korang tengokla sendiri.. best wo!!!

Ayie sayang anda ♥♥♥ ayie bagi 4.2 bintang dari 5 bintang

Rabu, 19 Oktober 2011

Wordless Wednesday #18 ~~ Rabu Kedu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Ayie sayang anda ♥♥♥semoga anda terkedu membaca entry ini!!!

Isnin, 17 Oktober 2011

Malam Istimewa Malam Jalinan Kasih

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Pada hari rabu lepas ayie ada perjumpaan group fakulti ayie iaitu Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi, Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran..hari yang sangat special kerana inilah yang terakhir kami yang super duper senior dapat berkumpul kenal-kenal dengan adik-adik junior..dan malam itu juga ada junior yang tegur pasal blog..ada juga nak tengok blog yang kurang manfaat ini.. ayie rasa majlis ini ok la macam biasa seperti 5 semester yang lepas.. 6 semester join majlis jalinan kasih..


sebahagian yang hadir..kalau korang cekap ayie duduk dekat mana??

antara lecture yang hadir

persembahan part 1 kali ini seperti biasa..tapi part 1 semester lepas sangat best..

persembahan yang sangat dipaksa oleh part 3 baru... trademark yang paling tak lupa "jangan"..haha..so ayie nak namakan kumpulan "jangan"..

persembahan dari part 6.. banyak sangat lagunya..dan salute kat abang gitar.. terbaik wok!!

dan malam yang istimewa adalah dimana ayie dipanggil untuk menerima hadiah..alah sijil je kot.. tapi "market" la kejap.. so inilah hari yang paling special..hehe

next event fakulti katanya dinner bersama junior..makan free jangan dilepaskan..makan dekat hotel pula.. memang bawa perut je la..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥ tengah nak saving duit.. trip kelas nak pergi Gua Mulu, Sarawak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...