nuffnang

Isnin, 12 Ogos 2013

Masterchef Malaysia - Ragout Lidah Dan Cendawan Campuran

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



    BAHAN-BAHAN RAGOUT:
  • 100gm Lidah Lembu (dibuang kulit, dipotong dadu)
  • Tepung Gandum
  • ½ cawan Cendawan Butang (dihiris)
  • ½ cawan Cendawan Shitake (dihiris)
  • ½ cawan Cendawan Shineji (dibuang akar)
  • 1 biji Bawang Kuning (dihiris panjang)
  • 3 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 sudu besar Daun ‘Thyme’
  • 100gm Lidah
  • Garam dan Lada Hitam
  • Tepung Gandum
    BAHAN-BAHAN PASTA DAN GREMOLATU:
  • ½ sudu kecil Kulit Lemon
  • ¼ sudu kecil Bawang Putih
  • 200gm Pasta ‘Spiral’

    CARA-CARA PENYEDIAAN RAGOUT:
  • Salutkan lidah dengan tepung, garam dan lada hitam.
  • Panaskan kuali leper dahulu, kemudian masukkan minyak dan gorengkan lidah lembu sehingga keperangan. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan minyak dan bawang kuning, bawang putih dan herba ‘thyme’.
  • Kemudian, masukkan lidah yang telah digoreng tadi dan cendawan butang, cendawan ‘shitake’ dan cendawan ‘shineji’.
  • Masukkan sedikit air supaya tidak melekat dan didihkan sebentar.
  • Campurkan 1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air. Kemudian, masukkan kedalam kuali tadi dan masak sehingga pekat.
  • Perasakan bersama lada hitam dan garam.

    CARA-CARA PENYEDIAAN PASTA DAN GREMOLATU:
  • Masak pasta didalam air yang mendidih. Toskan pasta dan gaul dengan minyak.
  • Hidangkan pasta di atas pinggan hidangan dengan ‘regout’ dan taburkan sedikit ‘gramolata’.
  • Sedia untuk dihidangkan


 Ayie sayang anda ♥♥♥ :)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...