nuffnang

Khamis, 26 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Perkara Harus dan Makruh Puasa


Perkara yang harus ketika berpuasa:

1. Menjirus kepala:

Ini kerana terdapat hadith yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat Nabi s.a.w. menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:

“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menjirus air ke atas kepalanya dan baginda
berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan.” (Riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)

2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.

Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang
dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibn Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Ata’, Hassan, Al-Nakhaie serta Al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud Al-Zaahiri.

3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar.

Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifas, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.

4. Merasai makanan tanpa menelannya.

Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah. Kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari dari merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa.

Perkara yang makruh ketika berpuasa:

1. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudu’ secara berlebih-lebihan.

Imam Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhab telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika berwudu’ tetapi
makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhab Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadith:

“Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwudu’) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa.”

2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut.

Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie pula ialah hukumnya haram.

3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana ditakuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.

4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Imam Syafie dan Ahmad

2 ulasan:

Syazana berkata...

salam ramadan~
sama2 lah kita jalankan ibadah puasa thun ini dgn sbaik mungkin...

ayie berkata...

sya syazana..

salam ramadhan..semoga dapat melakukan amalan ibadah ini dengan baik..aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...