nuffnang

Ahad, 29 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar


Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar.

Malam sepuluh terakhir Ramadhan

1. Rasulullah s.a.w. memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam malam sebelumnya. Aisyah r.a. berkata:

“Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

• Pada malam inilah diturunkan al-Quran sebagaimana firman Allah S.W.T.:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al- Quran) pada malam Lailatul Qadar.” (Surah al-Qadar: 1)

Ibn Abbas berkata: Allah menurunkan al-Quran sekaligus dari Al-Luh Al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat
kepada Rasulullah s.a.w., selama 23 tahun.

• Lailatul Qadar disifatkan lebih baik dari seribu bulan, firman Allah S.W.T.:

“Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar: 3)

• Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah S.W.T.:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) itu pada malam yang berkat (Lailatul Qadar).” (Surah al-Dukhan: 3)

• Pada malam ini juga turunnya para Malaikat. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

• Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah S.W.T.:

“Kami menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar).” (Surah al-Dukhan: 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ ialah pada malam tersebut Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

• Allah S.W.T. mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan

Lailatul Qadar

Nabi s.a.w. bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.” (Riwayat al-Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun. Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan malam
sepuluh terakhir Ramadhan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam sebuah hadith riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah:

3. Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan di mana fadhilatnya lebih banyak dari hari-hari biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf
bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda wafat.

Syarat sah iktikaf:
1)Islam
2)berakal
3)tidak berjunub
4)bersih dari haid dan nifas bagi perempuan.

• Niat: Iktikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat.

• Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

• Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan.

• Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.

• Perkara yang membatalkan iktikaf:

(1) keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
(2) Murtad.
(3) hilang akal kerana gila atau mabuk,
(4) datang haid atau nifas
(5) jimak.

Firman Allah S.W.T.:-
“... dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.” (Surah al-Baqarah: 187)

• Perkara yang sunat dilakukan:

1)memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa.
2)menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

• Perkara yang harus dilakukan:

1)Keluar daripada masjid kerana hajat dan dharuriah seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara,
2)Menziarahi kematian atau orang sakit.
3) harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian

2 ulasan:

Peeka Syuhada berkata...

renungkan dan beramal . yaaa.. thanx for the info . (:

ayie berkata...

shafika..
sama-sama..hehe
bende yang baik hendak berkongsi bersama:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...