nuffnang

Selasa, 31 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Zakat Fitrah


Zakat Fitrah:

Zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap muslim tidak kira sama ada lelaki, perempuan, kanak=kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba. Abdullah bin Umar r.a. berkata:

“Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanakkanak atau dewasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Siapa yang wajib membayar zakat fitrah:

1. Menurut Mazhab Jadid (baru) Imam Syafie dan pendapat Imam Ahmad berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas setiap muslim yang dilahirkan sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.” Pendapat ini yang dipakai dalam Mazhab Syafie.”

2. Manakala Mazhab Qadim (lama) Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum terbit fajar Hari Raya Pertama.”

Waktu membayar zakat fitrah:

Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadhan. Sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Makruh membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak dikira sebagai zakat sebaliknya sedekah. Dan hukumnya haram membayar zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Pertama.
Sabda Rasulullah s.a.w.:-

“Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima dan
sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia adalah sedekah daripada sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu biasa).” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)


Kadarnya:

Secupak daripada makanan rasmi sesebuah negara. Sesetengah ulama seperti Imam Abu Hanifah berpendapat, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai secupak makanan tersebut
sekiranya ia lebih bermanfaat kepada fakir miskin seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...