nuffnang

Selasa, 31 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kemedekaan Malaysia Yang ke-53


Ayie nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Alhamdulillah Malaysia masih kekal di bumi Allah ini. Rakyat Malaysia wajib mengingati dan menghargai kepada pejuang-pejuang yang mempertahankan Malaysia dari penjajah..

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Ilmu Ramadhan 2010: Zakat Fitrah


Zakat Fitrah:

Zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap muslim tidak kira sama ada lelaki, perempuan, kanak=kanak, dewasa, merdeka ataupun hamba. Abdullah bin Umar r.a. berkata:

“Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah di dalam Ramadhan ke atas umat Islam secupak tamar atau secupak gandum sama ada yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kanakkanak atau dewasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Siapa yang wajib membayar zakat fitrah:

1. Menurut Mazhab Jadid (baru) Imam Syafie dan pendapat Imam Ahmad berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas setiap muslim yang dilahirkan sebelum terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.” Pendapat ini yang dipakai dalam Mazhab Syafie.”

2. Manakala Mazhab Qadim (lama) Imam Syafie dan pendapat Imam Abu Hanifah pula berdasarkan riwayat dari Imam Malik: “Wajib ke atas muslim yang dilahirkan sebelum terbit fajar Hari Raya Pertama.”

Waktu membayar zakat fitrah:

Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal Ramadhan. Sunat hukumnya membayar selepas fajar Hari Raya Pertama hingga waktu solat Hari Raya. Makruh membayarnya selepas solat Hari Raya dan ia tidak dikira sebagai zakat sebaliknya sedekah. Dan hukumnya haram membayar zakat fitrah selepas berakhirnya Hari Raya Pertama.
Sabda Rasulullah s.a.w.:-

“Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah sebelum solat maka ia adalah zakat yang diterima dan
sesiapa yang membayarnya selepas solat maka ia adalah sedekah daripada sedekah-sedekah (yang dibuat pada waktu-waktu biasa).” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)


Kadarnya:

Secupak daripada makanan rasmi sesebuah negara. Sesetengah ulama seperti Imam Abu Hanifah berpendapat, harus mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai secupak makanan tersebut
sekiranya ia lebih bermanfaat kepada fakir miskin seperti dengan nilai ringgit dan sebagainya.

Ahad, 29 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar


Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar.

Malam sepuluh terakhir Ramadhan

1. Rasulullah s.a.w. memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam malam sebelumnya. Aisyah r.a. berkata:

“Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

• Pada malam inilah diturunkan al-Quran sebagaimana firman Allah S.W.T.:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al- Quran) pada malam Lailatul Qadar.” (Surah al-Qadar: 1)

Ibn Abbas berkata: Allah menurunkan al-Quran sekaligus dari Al-Luh Al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat
kepada Rasulullah s.a.w., selama 23 tahun.

• Lailatul Qadar disifatkan lebih baik dari seribu bulan, firman Allah S.W.T.:

“Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar: 3)

• Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah S.W.T.:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) itu pada malam yang berkat (Lailatul Qadar).” (Surah al-Dukhan: 3)

• Pada malam ini juga turunnya para Malaikat. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

• Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah S.W.T.:

“Kami menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar).” (Surah al-Dukhan: 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ ialah pada malam tersebut Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

• Allah S.W.T. mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan

Lailatul Qadar

Nabi s.a.w. bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.” (Riwayat al-Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun. Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan malam
sepuluh terakhir Ramadhan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam sebuah hadith riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah:

3. Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan di mana fadhilatnya lebih banyak dari hari-hari biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf
bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda wafat.

Syarat sah iktikaf:
1)Islam
2)berakal
3)tidak berjunub
4)bersih dari haid dan nifas bagi perempuan.

• Niat: Iktikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat.

• Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

• Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan.

• Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.

• Perkara yang membatalkan iktikaf:

(1) keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
(2) Murtad.
(3) hilang akal kerana gila atau mabuk,
(4) datang haid atau nifas
(5) jimak.

Firman Allah S.W.T.:-
“... dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.” (Surah al-Baqarah: 187)

• Perkara yang sunat dilakukan:

1)memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa.
2)menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

• Perkara yang harus dilakukan:

1)Keluar daripada masjid kerana hajat dan dharuriah seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara,
2)Menziarahi kematian atau orang sakit.
3) harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian

Ilmu Ramadhan 2010: Solat Tarawih


Rakaat Solat Tarawih:

Ulama berselisih pandangan dalam menentukan rakaat solat Tarawih. Ada yang berpendapat 41 rakaat, 39 rakaat, 23 rakaat, 13 rakaat dan ada yang berpendapat 11 rakaat di samping beberapa pendapat yang lain.

Daripada Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. tidak mengerjakan (solat sunat) pada bulan Ramadhan dan bukan Ramadhan melebihi sebelas rakaat di mana (mulanya) baginda solat empat rakaat dan jangan engkau tanya akan keelokan dan panjangnya. Kemudian baginda mengerjakan empat rakaat lagi dan jangan engkau tanya akan keelokan dan panjangnya. Kemudian baginda solat pula tiga rakaat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripadaIbn Abbas r.a. dan Zaid bin Khalid r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih sebanyak 13 rakaat.

Daripada Al-Saaib bin Yazib r.a. berkata: Umar bin Khattab memerintahkan Ubai bin Kaab dan Tamim Al-Daari mengimamkan (solat Tarawih) sebanyak 11 rakaat. Riwayat ini menyerupai bilangan rakaat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Dalam riwayat yang lain yang juga datang daripada Al-Saaib bin Yazib menyebut: “Mereka mengerjakan solat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab r.a. dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat.” Beliau juga menyebut: “Umar menghimpunkan manusia berimamkan Ubai bin Kaab dan Tamim Al-Daari dengan 21 rakaat.”

Begitu juga diriwayatkan bahawa umat Islam mengerjakan solat Tarawih semasa zaman Umar sebanyak 23 rakaat.

Memandangkan begitu banyak pendapat dalam masalah rakaat Tarawih dan setiap pandangan diperkuatkan dengan dalil yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan Khalifah selepasnya iaitu Umar Al-Khattab, maka Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah telah menyimpulkan kesemua pandangan tersebut dengan katanya:

“Sesiapa yang menyangka bahawa Qiam (Tarawih) dalam bulan Ramadhan telah ditetapkan rakaatnya oleh Rasulullah s.a.w. dengan tidak boleh ditambah atau dikurang maka adalah
(sangkaan) yang silap.”

Beliau berkata lagi: “Maka hendaklah memperbanyak dan mengurangkan rakaat berdasarkan panjang dan pendeknya solat.”

Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda dan para sahabatnya mengerjakan solat Tarawih dengan memanjangkan rakaat solat sehingga diriwayatkan bahawa Baginda membaca dalam satu
rakaat keseluruhan surah Al-Baqarah, Al-Nisa’ dan Ali-Imran. lantaran panjangnya bacaan, menyebabkan mereka mengurangkan bilangan rakaat.

Apabila umat Islam pada zaman Saidina Umar tidak mampu untuk berdiri lama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabatnya, maka Umar r.a. mengarahkan Ubai bin Kaab
agar memperbanyakkan rakaat dengan bacaan yang pendek sebagai ganti. Berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih, menunjukkan umat Islam pada zaman Umar melakukan solat
Tarawih sebanyak 11 rakaat, 13 rakaat, 23 rakat hingga 39 rakaat.

Maka mereka yang solat sebanyak 11 rakaat atau 123 rakaat dengan niat mencontohi Rasulullah s.a.w., maka ianya adalah baik.Sesiapa yang mengerjakannya sebanyak 23 rakaat dengan berdasarkan amalan umat Islam pada zaman Umar r.a., juga adalah baik. Kesemuanya akan mendapat pahala berdasarkan niat masing-masing.

Manakala dalam Mazhab Syafie’, pendapat yang dipakai ialah 20 rakaat dengan melakukan salam selepas setiap 2 rakaat. Imam Nawawi mengingatkan kepada para imam dan orang yang
menunaikan solat Tarawih supaya menyempurnakan kesemua tuntutan solat kerana didapati sebahagian mereka mengabaikan beberapa zikir dan bacaan solat (dengan niat mempercepatkan solat). Imam Nawawi juga menyebut, seelok-eloknya dikhatamkan keseluruhan al-Quran dalam solat Tarawih sepanjang bulan Ramadhan dengan menghabiskan 1 juzuk semalam. Begitu juga para imam hendaklah mempastikan bacaan mereka tidak terlalu panjang seperti melebihi 1 juzuk semalam.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Solat Sunat Ramadhan


Qiamullail dan Solat Tarawih:

Memakmurkan malam-malam sepanjang bulan Ramadhan adalah sunat dan amat dituntut oleh Rasulullah s.a.w.. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang bangun (Qiamullail) pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara ibadat-ibadat yang dituntut sepanjang Ramadhan ialah solat Tahajjud, membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya sekerap yang mungkin. Qiamullail dalam bulan Ramadhan juga diberi maksud sebagai mengerjakan solat Tarawih secara berjemaah.

Daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. menunaikan solat Tarawih di masjid lalu diikuti beberapa orang bersamanya. Kemudian baginda solat lagi dan orang yang solat bersamanya semakin bertambah ramai. Seterusnya orang ramai berhimpun pada malam ketiga dan keempat tetapi Rasulullah s.a.w. tidak keluar untuk solat Tarawih bersama mereka. Apabila tiba waktu
subuh, Rasulullah s.a.w. bersabda dengan mereka:

“Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu lakukan. Tiada yang menghalang aku keluar kepada kamu selain kerana aku takut ianya difardhukan ke atas kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar bin Al- Khattab r.a., umat Islam pada peringkat awal mengerjakan solat Tarawih secara bersendirian. Kemudian Umar memerintahkan mereka mengerjakannya secara berjemaah dan beliau melantik Ubai bin Kaab sebagai imam. Sekalipun solat Tarawih boleh dilakukan secara bersendirian namun kelebihan adalah secara berjemaah. Nabi s.a.w. telah bersabda:

“Seseorang lelaki yang bersolat (tarawih) bersama imam sehingga imam itu pulang (selesai mengerjakan solat), ia dikira telah bangun (beribadat) keseluruhan malam.” (Riwayat Ashabussunan)

Khamis, 26 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Perkara Harus dan Makruh Puasa


Perkara yang harus ketika berpuasa:

1. Menjirus kepala:

Ini kerana terdapat hadith yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat Nabi s.a.w. menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:

“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menjirus air ke atas kepalanya dan baginda
berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan.” (Riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)

2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.

Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang
dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibn Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Ata’, Hassan, Al-Nakhaie serta Al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud Al-Zaahiri.

3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar.

Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifas, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.

4. Merasai makanan tanpa menelannya.

Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah. Kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari dari merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa.

Perkara yang makruh ketika berpuasa:

1. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudu’ secara berlebih-lebihan.

Imam Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhab telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika berwudu’ tetapi
makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhab Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadith:

“Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwudu’) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa.”

2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut.

Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie pula ialah hukumnya haram.

3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana ditakuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.

4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Imam Syafie dan Ahmad

Ilmu Ramadhan 2010: Adab-adab dan sunat puasa


Adab-adab dan sunat puasa
1. Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur. Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau
berkata:

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian kami bangkit untuk solat (subuh). Dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan
minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w.:
“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air.” (Riwayat Ahmad)
2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Kekallah umatku dengan kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka.

3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.
4. Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa.
Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang ia tinggalkan dari makanan dan minumannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah ia sabar dan berkata: “Aku berpuasa.”

5. Tadarus Al-Quran. Jibrail a.s. bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah s.a.w. pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan.

Selasa, 24 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Rukun Puasa dan Kadar Denda


Rukun puasa ada tiga iaitu:

1. Orang yang berpuasa:

Seseorang yang berpuasa itu hendaklah seorang muslim, baligh,
berakal, berkeupayaan dan bersih dari haid dan nifas.


• Tidak sah puasa orang yang kafir kerana puasa
adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli

ibadah.

• Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang
belum baligh tetapi hendaklah dididik dan

dibiasakan semenjak kecil,

• Orang yang tidak mampu untuk berpuasa
di mana jikaia berpuasa boleh mengakibatkan

mudharat seperti orang yang terlalu tua atau sakit
yang tiada harapan untuk sembuh, maka

tidak wajib berpuasa. Akan tetapi wajib diganti
dengan secupak makanan bagi setiap sehari

puasa yang ditinggalkan.

• Bagi perempuan yang datang haid atau nifas
maka tidak sah puasa mereka pada hari

datangnya haid dan nifas. Sekiranya haid dan
nifas datang pada siang hari, maka batallah

puasanya pada hari itu. Sekiranya ia bersih
dari haid pada malam hari, wajib ke atasnya

puasa keesokan harinya sekalipun belum
sempat mandi wajib. Mereka hendaklah

mengganti puasa tersebut mengikut bilangan
hari-hari yang mereka tinggalkan selepas

bulan Ramadhan.

• Harus berbuka bagi orang yang bermusafir
jauh sekiranya ia takut ditimpa mudharat.

Sekiranya musafirnya tidak mendatangkan mudharat
maka lebih afdhal ia berpuasa. Dia

wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan
selepas bulan Ramadhan.


• Harus berbuka bagi orang yang sakit,
mengandung dan menyusukan anak sekiranya ia

bimbang puasa boleh mendatangkan mudharat
ke atas dirinya atau anaknya. Dan dia wajib

menggantikannya semula selepas bulan
Ramadhan. Bagi sakit yang biasa maka tidak boleh

meninggalkan puasa.

2. Niat:

• Puasa Ramadhan tidak sah tanpa niat. Niat itu
di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana
tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ (menyebut niat dengan lisan).


• Ketika berniat, wajib menentukan jenis
puasa seperti Ramadhan bagi puasa bulan

Ramadhan.

• Bagi puasa-puasa yang wajib, niat disyaratkan
hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas
terbenam matahari hingga sebelum
subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab

Syafie ialah tidak sah niat yang serentak
dengan ketibaan waktu fajar.9 Bagi puasa sunat

pula, dibolehkan berniat pada siang hari
selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu

zohor).

• Niat hendaklah diakukan pada setiap malam
untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini

berdasarkan pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah
dan riwayat paling sahih dari Imam

Ahmad.10 Mengikut pendapat Imam Malik
dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup

sekali niat sahaja untuk satu bulan Ramadhan
dan hendaklah niat itu dilakukan pada

malam pertama Ramadhan.

3. Meninggalkan dari melakukan
perkara-perkara yang
boleh membatalkan puasa iaitu:


(i) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan
sengaja dan tidak ada beza sama ada yang

boleh dimakan atau tidak, termasuklah merokok.

• Ijma’ ulama mengatakan terbatal puasa dengan makan dan minum.

• Suntikan melalui kemaluan atau dubur adalah
membatalkan puasa. Manakala suntikan

melalui kulit pula ulama’ dalam Mazhab Syafie
berselisih pendapat. Menurut pendapat

Dr. Yusuf al- Qaradhawi, ia tidak membatalkan puasa.

• Perkara-perkara yang tidak dapat
dihindarkan seperti habuk jalan dan air liur adalah

tidak membatalkan puasa. Puasa terbatal
dengan menelan kahak yang keluar dari

kepala atau dada dengan sengaja.

• Batal puasa dengan memasukkan jari
atau sebagainya ke dalam dubur atau faraj.


• Puasa adalah terbatal dengan memasukkan
sesuatu ke dalam telinga dengan sengaja.


• Kesemua perkara tadi jika dilakukan dengan
tidak sengaja, tersilap atau terlupa maka

ia tidak membatalkan puasa.

(ii) Muntah dengan sengaja (seperti kerana
memasukkan jari ke dalam mulut) adalah

membatalkan puasa dan wajib diganti.
Bagi muntah yang tidak sengaja atau menjadi

kebiasaannya muntah maka itu tidak
membatalkan puasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Sesiapa yang biasa muntah dan dia berpuasa maka tidak wajib ke atasnya qadha’ puasa. Dan sesiapa yang sengaja muntah, maka hendaklah mengqadhakannya.” (Riwayat Ashabul Sunan)

(iii) Keluar darah haid dan Nifas walaupun di
penghujung waktu puasa adalah dikira

membatalkan puasa dan wajib diganti.

(iv) Keluar air mani dengan sengaja sama ada
kerana bercumbuan atau memeluk isteri, atau

dengan tangan maka ianya membatalkan
puasa dan wajib diganti.


• Sekiranya air mani itu keluar kerana
mimpi atau berangan-angan maka tidaklah

membatalkan puasa.

• Keluar air Mazi tidak membatalkan puasa.

(v) Jimak (bersetubuh):

• haram berjimak bagi orang yang
berpuasa pada siang harinya dan ia membatalkan

puasa tidak kira sama ada ia
dilakukan di faraj atau
dubur, keluar air mani ataupun

tidak. Liwat yang dilakukan pada lelaki,
kanak-kanak atau binatang juga adalah

membatalkan puasa.

• Suami dan isteri yang melakukan
jimak maka wajib ke atas kedua-duanya

mengqadha’kan semula
puasa mereka yang terbatal.


Kaffarah (denda) hanya wajib
ke atas lelaki (suami) dan tidak wajib ke atas

perempuan.

Kadar Kaffarah ialah membebaskan
seorang hamba. Bagi yang tidak ada hamba maka

hendaklah berpuasa selama dua bulan
berturut-turut. Sekiranya tidak mampu,

dikehendaki memberi makan 60 orang fakir miskin.

• Sesiapa yang menjimak isteri sebanyak
2 hari berpuasa atau lebih, maka kaffarahnya

juga ialah 2 kali kaffarah atau lebih.

(vi) Murtad:

Ulama’ bersepakat bahawa sesiapa yang
murtad maka batallah puasanya dan
wajib qadha’ hari yang ia murtad,
sekiranya ia kembali memeluk Islam.


(vii) Gila atau pengsan, sekiranya berlaku
sepanjang hari dan dia
tidak sedar walaupun satu

saat maka batal puasanya.



(viii) Menukar niat:


Sesiapa yang berniat buruk untuk berbuka
puasa maka batal puasanya. Pendapat ini

dipegang oleh Imam Syafie, Abu Thaur,
Abu Hanifah dan pendapat yang paling jelas dalam

Mazhab Hanbali

Isnin, 23 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Hukum Puasa


Hukum mengerjakan puasa:

Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini dithabitkan dengan Al-Quran, Al-Sunnah dan
Ijma’ Ulama: Al-Quran: Firman Allah S.W.T.:-

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 183)

“Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari)

Ijma’: Puasa merupakan perkara dharuriah dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah dipenjarakan dan ditegah dari makan agar terhasil gambaran puasa pada
dirinya.

Amaran kepada orang yang meninggalkan berpuasa:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun, walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmizi)

Test... tast..tust...tist...


Minggu ni banyak test..huhu..
Rasa malas nak baca buku lee..huhu..
macam mana nak datang mood belajar..huhu.. bila tak ada mood mula la nak luah perasaan kat blog ni..ado den kesah..huhu

ada 3 test..mana satu nak dahulukan dulu..hmm

Ahad, 22 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Tahap puasa

Terdapat 3 tahap puasa

1. Puasa al-umum
menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat

2. Puasa al-khusus
menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari
melakukan dosa

3. Puasa khusus al-khusus

menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara
total

Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al- Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”

Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.

2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran

3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” (Surah al-Maidah: 42)


4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.

6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Kebaikan Berpuasa


Kebaikan Berpuasa Antaranya:

Sifat ikhlas:

Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukanya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

Mujadalah dan kekentalan jiwa:

Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

Sabar:

Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.

Memelihara fizikal:


Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Prihatin dan belas kasihan:

Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

Membuka hijab antara diri dengan Allah:


Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

Mengenali erti kejayaan sebenar:

Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

Rasa belas dan lemah lembut:


Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

Memperkukuhkan Kesatuan Ummah:

Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adaah perkara dharuriah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

Merapatkan hubungan dengan alam:

Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

Menjaga Masa:


Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

Kesihatan Tubuh Badan:

Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Pengertian puasa dan Fadhilat puasa

Pengertian:
Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah
meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat

Fadhilat Puasa dan Bulan Ramadhan


Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan,
berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru
itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan). (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)


Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan
pula akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. Dalam sebuah hadith,dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan2, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara keistimewaan puasa juga, Allah S.W.T. akan mengandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalanamalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Sabda
Rasulullah s.a.w.:

Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya
hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua ke-gembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah s.a.w.
bersabda:


“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat Al-Nasa’i dan Ibn Huzaimah pula disambung lagi: “Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya.”

Jumaat, 13 Ogos 2010

Karaoke di bulan Puasa??

Hari Khamis..second day puasa..Penny minta tolong hantar pergi ke Mahkota Parade kejap.. so ayie tolong la bawak 4 lagi kawan dia..so sekarang ni dah lengkap geng power rangers..hehe.. ida, nuri, bibi, dan nad.. ayie sebenarnyee tak tahu tujuan diorang nak pergi Mahkota Parade.. dah sampai kaunter Parkson..masing-masing nak cuba dapatkan gambar untuk tempat counter service.. rupanya ni projek Quality Management untuk penny dan nuri.. sebab dia nak tukar tajuk Quality Management dari quality assurance kepada Quality counter service..hmm.. tapi akhirnya diorang tak berani nak ambil gambar.. sebab ada cctv??huhu..ok la

Rasanye masa lambat lagi nak buka.. so memasing cari idea untuk melengahkan masa.. mulanya nak pergi main boling..tapi takut stress lak main boling..akhirnyaa pergi tempat karoeke..nad ngan nuri keluar duit.. so dalam masa sejam dok dengar diorang nyanyi je.. ayie xnak join sebab perut ni dah bebunyi dah..boleh kalah band kumpulan hujan..huhu.. nyanyi lagu raya yang penting sekali..hehe..bila masa dah dekat 7.30 so karaoke pula tak berhenti stop..mintak nad dengan bibi tolong belikan air kat kaunter karaoke tu.. so teguk la dulu air untuk buka puasa..


dah habis karaoke pergi buka puasa dekat KFC..hmm ayam seketul seorang.. dengan wadges.. seronok makan KFC secara berjemaah ni..hehe.. seorang bayar RM10.. so bila pembahagian ayam tu.. aku dapat ayam kecil jee..mintak tolong nad tukar ayam besar ssikit..huhu.. kedekut pulak orang ni..dah la makan sorang seketul..ayam kecil je..huhu

yang gambar kat atas tu la ayam ngan nasi..besh la juga..walaupun rasa tak keenyang pun..huhu.. air minta air milo..errkk air milo bagi ayie tak sedap..sangat pahit..baik minum kopi je..hmmm.. dah setel makan..kononnya nak balik la..huhu..tapi memasing hilang pula..peni ngan nuri hilangkan diri naik atas untuk pergi naik kerusi pengurut rm1..huhu..pelik la power rangers ni..huhu.. dah urut rm1..penny ajak main bola jaring..haha.. bola keranjang rupanya.. penny dengan nury ajak lawan..ok..nad dengan bibi..penny dengan nuri dan ayie dengan ida..lawan siapa dapat skor tinggi..
akhirnya team ayie ngan ida menang..yeaahh..haha..lawan 2 set..team ayie menang lagi..hehe.. sian dekat nury ngan penny..hehe.. lain kali cuba lagi yee..huhu

sebelum balik kerumah masing-masing.. ida minta tolong hantar pergi MYDIN.. beli barang dapur..hmm.. itu je la nak cerita second day puasa ni..


Third puasa beli nasi kerabu..huhu sudah lama kawe dok mkn nasi kerabu..huhu..ok la..kerabu style melaka..hehe..ok tu je la nak cerita..esok ada kelas..dan lepas kelas nak balik seremban....adiouss

Khamis, 12 Ogos 2010

Ramadhan datang !!!!



Ramadhan datang lagi.. setelah setahun menunggu..kini bulan baik muncul lagi.. Ayie sambut satu ramadhan kat bandaraya Melaka je..huhu.. tak sempat nak balik rumah Seremban.. tapi parent datang sebelum puasa bagi rendang dengan kek..besh..hehe.. bersahur dengan nasi goreng dibuat oleh norida kecik hehe,, dia datang rumah sebab nak buat group presentation..besh..

1 ramadhan ayie ada kelas Quality Management..orang lain cuti..kami ada kelas.. kene wat presentation dengan the zul jambu dan fizi raju..hehe..(sukati je nama diorang).. alhamdulillah semuanya selesai walaupun banyak komen dari cik yatt.. present pasal wijaya hospital tu.. ingat lagi x?? dah habis present balik.. layan facebook jap..dah solat tidur..hehe..

dalam pukul 615 petang pergi bazar ramadhan kat taman cempaka..depan tesco ngan melaka sentral.. ramainyee orang..sampai tak boleh gerak.. mula-mula round dulu.. lepas tu patah balik.. pergi gerai nasi kerabu..habis la pulak.. akhirnyaa beli nasi beriani je..rm5.50..hmm besh.. buka dengan jayanya dengan kordial jus rosel HPA..hihi.. terawikh belum buat lagi..huhu

malam tu tetibe sakit belakang.. lepas tu sakit dada..nape ek??

Isnin, 9 Ogos 2010

Jom Heboh ke Sure Heboh???

Hari minggu Melaka traffic jam..masyaallah.. ayie tak pernah hadapi jam macam ni..huhu.. rupanya ada jom heboh kat stadium hang jebat..hmm..

mula-mla pergi ngan azmil the panjang dan fizi the raju.. seronoknyee drive beratur mencari parking.. akhirnyaa dapat gak parking dekat dengan khemah jom heboh.. memasing perut dah lapar.. cari makan dulu baru nak merayap ke jom heboh.. huhu susahnyee nak cari kedai makan..akhirnyaa makan gerai nasi beriani gam sahajo dengan teh ais.. wow boleh tahan mahal harganyee..rm8 tok..huhu bantai jela.. tapi azmil the panjang kene bayar rm2.20 kat teh ais die tu..tapi aku hanya 1.50 je..hmm konfius btol..

dah kenyang time to ronda-ronda..hari sabtu tak gitu ramai orang..walaupun parking kereta susah nak cari.. macam-macam la booth ada.. semuanya booth TV3.. dan ade booth maggie..mr potato..jackle.. perodua..berita harian..hotlink..dan banyak lagi la..tapi rasa mcm sikit je booth die.. dan akhirnyee ayie beli je kat gerai mr. potato.. bole tahan besh isi die..hmm..dah sejam..xtahan.. balik la..huhu..tapikan cari parking rasa lebih lama dari ronda jom heboh..huhu

second time ayie pergi ngan ros...yusma..dan ani..haha..memacam la bawa diorang ni.. pergi dalam kol5..waduh2 ramainyee orang.. ayie try parking kat tempat squash tu..sebab masa ari sabtu macam tak ada orang jaga parking..tengok-tengok ada..makcik tu macam tak bagi masuk..walhal ramai je orang keluar parking..ceh..dan masuk la bayar rm1 kat makcik tu..
macam biasa kitorang jenjalan la kat jom heboh..wow sangat berbeza kalau bawa lelaki atau perempuan shoping..hehe.. memasing dah siap beli sekurang-kurangnye 2 beg goddie yang besar..haha..ayie..tak beli pape..sebab semalam dah beli..hehe.dah ronda sampai 7.30 malam..time to balik.. tengok time nak balik tu traffic jam teruk sangat..kene tunggu sejam baru lepas..huhu.. dan ayie telah masuk salah jalan..hmm sosek acik..hehe.. ikut jalan jauh pulak..hmm dalam pukul 9 lebih baru ladapat temu jalan keluar..huhu.. tapi dalam sesat tu..yusma tetibe lak rasa nak muntah..katanyee dia tak rasa nak muntah kalau naik kereta baru..huhu

hmm tu je la nak cerita pasal jom heboh.. so kita tunggu next jom heboh lak..bye3

Jumaat, 6 Ogos 2010

Sakit di kepala nampak..sakit dihati siapa yang tahu??


Hari ini Ayie sakit kepala..huhu.. baru lepas bangun dari tidur pukul 8 malam..mungkin tak cukup tidur kot.. Sakit kepala masa kelas Cik Yatt.. Kepala rasa dah ngiong2..huhu.. Bila kelas en.Wan pukul 4.30 petang kepala ini sudah berat dah..Mata ni macam tak boleh buka.. Balik kelas minta tolong the zul jambu bawa kereta..huhu.. pergi isi minyak. lepas tu pergi bank kejap.dan terus balik.sebelum balik aku masak maggie goreng kejap..maybe perut lapar kot. kurang la sakit kepala tu. lepas tu main facebook jap lepas makan ubat panadol. baru la mata yang berat tu datang ngan rasa fenin2. Dalam pukul 12 baru la terbangun dikejutkan oleh the panjang mil nak pendrive.. so sekarang layan blog..huhu..harap2 lepas nie tak sakit lepas minum kopi radix :)

Tadi pemilihan organisasi trip..dan aku xde jawatan..bole la aku meroyan ambil gambar nanti..hehe..lantak la korang ajak ke x..aku nak interframe gak..yeaahh..think positive:)

Khamis, 5 Ogos 2010

cabut gigi!!!


Hari Selasa lalu..Ayie pergi klinik gigi jumpa doktor.. Lepas je kelas CSC pergi makan dulu kat kedai asam pedas kampung kat banda hilir..lepas dah makan pergi la klinik.. sampai je bangunan Mara yang ada klinik gigi tu..tutup pula..yela baru pukul 1.30 rupanya..huhu..lunch hour.. so lepak jap..dan decide jenjalan kat uitm.. tengah ontheway pergi libary..jumpa haneesah..kwn skul shams dulu.. best borak ngan dia..boleh dikatakan sangat ustazah..hehe..kat kelas selalu gak kacau die ni..yelaa penolong ketua kelas ayie la katakan..hehe

dah borak sampai pukul 2..pergi balik kat klinik gigi persona..sampai je..orang dah ramai tunggu..huhu..tapi tak apa..sebab ayie nombor 3 kene tunggu..huhu.. mengantuk tunggu untuk time ayie..huhu..yela pukul 4.30 ada kelas lagi..

Akhirnya dipanggil juga..doktor lelaki.. dia cakap..gigi belakang belah kiri tak susun betul..sebab itu gusi melecet..pergh..padankan la..dah tiga minggu tak boleh makan laju..huhu..sangat bersopan..hehe.. dia suruh cabut..ayie ok jee..

mula-mula kumur dulu..lepas tu dia ijection 3 kali kat gusi..injection bius..huhu..bole tahan sakit dia..hmm.. lepas tu kumur lagi..so lepas 2 minit..sesi mencabut gigi pula..bila dia tarik tu..adala rasa sakit lagi..huhu..bunyi tap je..so dah setel..pergh..kumur lepas tu letak kapas..setel.. doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik..bayar la..rm40..huhu..

lepas tu balik rumah dan bersiap nak pergi kelas..time kelas..ya allah..gigi yang cabut tu berdenyut..ulangalik tandas..dah la kapas tinggal..huhu..pakai tisu je laa..huhu..

so kesimpulannya..jangan takut jumpa doktor gigi:)

Rabu, 4 Ogos 2010

Tahniah Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2010

Tahniah Qari dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmed dan Qariah dari Pakistan, Samia Khanan kerana berjaya menjadi johan tilawah Al-Quran..hehe.. Qari dan Qariah membawa pulang hadiah bernilai RM33,000 serta trofi dan sijil..

Hmm sikit je jumlah hadiah daripada rancangan realiti yang lain..patut nilai hadiah di naikkan..

jom layan video Qari dan Qariah serta nasyid dari pelbagai negara..ayie suka bahagian Pakistan nyanyi





Isnin, 2 Ogos 2010

Become A Doctor at Wijaya International Medical Centre...

Pada Sabtu yang lepas.. Team Quality Management aku, fizi the raju and the zul manja pegi Petaling Jaya kat WIMC.. Kami jumpa seorang pegawai yang menjalan atau memastikan Quality dalam hospital ni..hmm.. Kami menjalankan temuduga dengan encik Quality dari India(huhu lupa la nama dia..hehe)

Ini pintu depan WIMC ..tu kelabu tu The Zul Jambu..hehe


Ini la aku maksudkan ecik Quality..mak zul bole la cakap muka dia macam bangla..hehe (tapi mmg betul pon)..huhu.. tapi temuduga agak terhad la..sebab sepatah kita tanya..sepatah gak dia jawab..adoii.. tolong la bagi kami kerjasama..anggap kami ni tak tahu apa-apa(tapi memang zero knowledge kat WIMC..huhu) Tapi ok gak la..walaupon hanya 10 minit je..

Ini tingkat lima tempat WIMC tu..department Quality..pengurusan..yang sorang tu Fizi the raju..hehe

Ini akak the zul jambu..hehe..akak shila..hai kak ashila..dia banyak menerangkan tentang WIMC...huhu..besh la kak shila bg la melawat groundfloor..dimana tempat ubat2 disimpan..hmm..apa yang aku ingat akak shila cakap.. WIMC khusus untuk pesakit kanser..xkira apa kanser sekali pon.. dengan ubat yang mempunyai xray atau radiasi bole mengesan penyakit..dan mematikan sel yang banyak tenaga..huhu..takut pulak aku dengar..hehe
ha ni pulak tempat scan penyakit individu..ala yang korang tengok kat tv tu..yang masuk je banyak laser keluar.. ni la dia..huhu..1st time tengok depan mata..sangat teruja hehe


nie dia punya ambulan kot..huhu.. cantik gak ambulan dia..macam teksi kat landon pun nampak cam sama..tapi teksi london warna kuning..huhu

selesai jumpa orang Quality..lepas tu makan tengahari kat umah the zul jambu..so skang kita cuci mata..aku pilih cuci mata kat time square..memandangkan zul adalah orang kl.. dia kene la bawa orang yang xreti dunia kl nie..hehe..layan kan saya zul..hehe.. aku siap tukar baju lagi..yela nak jalan kan..mesti la nampak santai ckit..hehe


Tadi aku pergi PC Fair kat MITC Melaka..huhu..aku beli MP3, gadjet MP3 kereta..pendrive 8G, and mouse..habis duit aku seratus setengah..huhu..xpe layan je..so skang aku bole la dengar selalu lagu korea..iaitu TVXQ..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...