nuffnang

Isnin, 29 Julai 2013

PENGERTIAN 5 AYAT ALQURAN: SURAH AL-MAA'IDAH

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan lagi maha Penyayang

1. Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu memakan binatang-binatang ternak dan sebagainya kecuali apa yang dibacakan tentang haramnya bagi kamu. Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukuman apa yang Ia kehendaki.

2. Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu ingat membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati dan binatang-binatang yang dihadiahkan ke Mekah untuk dikorbankan dan mengenai kalong kalong binatang itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari tuhan mereka dengan jalan perniagaan dan mencari keredhaanNya dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haram itu mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya bagi sesiapa melanggar perintah Allah.

3. Diharamkan kepada kamu memakan bangkai binatang yang tidak disembelih, dan darah yang keluar mengalirdan daging babi termasuk semuanya dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih sebelum habis nyawanya, dan yang disembelih atas nama berhala dan diharamkan juga kamu menengoknasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa daripada memesongkan kamu dari agama kamu setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya. Sebab itu kamu janganlah takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamuagama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerena kelaparan memakan benda yang diharamkan sedang ia cenderung hendak melakukan dosa maka ia boleh memakannya kerana sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.

4. Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad "Apakah makanan yang halal bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah "Dihalalkan bagi kamu memakan yang lazat-lazat serta baik-baik, dan buruan yang ditangkap oleh binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar untuk berburu mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya adab peraturan memburu sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya ketika kamu melepaskannya berburu dan bertaqwalah kepada Allah dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah. Sesungguhnya Allah maha cepat hitungan hisabnya.

5. Pada masa ini dihalakan bagi kamu memakan makanan yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan sembelihan orang-orang yang diberikan kitabitu adalah halal bagi kamu dan makanan sebelihankamu adalah halal bagi mereka tidak salah kamu memberi makan kepada mereka. Dan dihalalkan kepada kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan kitab dahulu daripada kamu apabila kamu memberi maskahwinnya, sedangkamu dengan cara demikian  bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkarakan syariat Islamssuadah ia beriman maka sesungguhnya gugurlah amalan yang baik dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


 





 Ayie sayang anda ♥♥♥

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...