nuffnang

Ahad, 15 April 2012

Tip Dan Panduan Temuduga

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Sempena tawaran kerja yang banyak kalau tengok di jobstreet atau jobsmalaysia, ayie nak kongsikan sedikit langkah-langkah sebelum interview dan semasa interview.. ilmu mesti dikongsi :)

OBJEKTIF TEMUDUGA
  • Membolehkan majikan mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon
  • Mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan
  • Melihat tahap kematangan dan kejujuran calon
SEBELUM TEMUDUGA
  • Selidik profil syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon
  • Kenalpasti etika pakaian di tempat kerja
  • Ulangkaji hardskill
  • Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya
  • Kenalpasti lokasi temuduga
  • Sediakan sijil-sijil yang berkaitan
SEMASA TEMUDUGA
  • Beri ucapan selamat kepada panel
  • Mendengar dan menjawab dengan betul
  • Mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi
  • Bersikap tenang dan tidak gementar
  • Jangan menguasai temuduga
  • Jangan cerita masalah peribadi
  • Jangan bertengkar dengan ahli panel
  • Jangan mengkritik bekas majikan
  • Jangan makan atau mengunyah
  • Jangan bersikap protes sekiranya lambat dipanggil temuduga
AKHIR TEMUDUGA
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
  • Beri ucapan terima kasih kepada panel
  • Tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun
  • Pastikan barang-barang milik kita tidak tertinggal
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA TEMUDUGA
  • Jawapan secara bersahaja A'ah dan sebagainya
  • Bercakap terlalu perlahan atau lemah
  • Melakukan perbuatan yang mengganggu tumpuan panel temuduga
  • Mengunyah gula-gula getah atau makan gula 
  • Menggoyangkan kaki dan bersilang kaki
  • Menjegilkan mata
  • Menggunakan "slang" ketika menjawab soalan
  • Menyebut atau memanggil nama panel temuduga tanpa penggunaan gelaran yang sepatutnya\
  • Memotong percakapan panel temuduga
ADAB BERPAKAIAN DAN KETRAMPILAN DIRI

LELAKI
  • Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher
  • Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap
  • Berambut pendek dan kemas serta janggut di potong rapi
  • Tali pinggang yang dipakai mesti sama dengan kasut yang dipakai
  • Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan "cuff-link"
WANITA
  • Memakai pakaian yang sepadan
  • Tidak memakai pakaian warna terang atau striking
  • Tidak memakai pakaian seperti lelaki
  • Tidak memakai pakaian menjolok mata
  • Memakai kasut bertumit
  • Rambut disisir rapi atau diikat bagi yang tidak bertudung
  • Tidak dibenarkan mewarnakan rambut berwarna merah, biru, ungu dan berwarna warni
  • Jangan memakai aksesori yang berlebihan
  • Tidak menggunakan solekan dan wangian yang berlebihan


 Ayie sayang anda ♥♥♥ dah baca tip ni baru semangat nak pergi interview :)

6 ulasan:

mieza berkata...

waaaa.. tips yg sgt2 berguna..
tq ayie

Mra Mastura berkata...

waa abes kalau mmg nervous nak g temuduga cmne? aku smpy skang smua yg ade, x pi.. hehe

Iaruz berkata...

sanggat berguna..terima kasih..

YattAkasah berkata...

lambt lgi ni nk pi temuduga..hehe

norinaomar berkata...

kalau saya pulak..setiap kali ada interview saya akan pakai baju baru..akan ada aura dan semangat yang semacam..
tapi kalau interview tu 5,6 kali dlm sebulan takdela nak berbaju barunya

Afzainizam berkata...

eeemmmm bagus tip ni... yang lain aku nak tambah... sebelum pergi mintak ibu restui temuduga kerja tu... dan doa ibu selalunya makbul...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
sport rim rs watanabe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...