nuffnang

Memaparkan catatan dengan label paralimpiad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label paralimpiad. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mac 2011

Perlawanan Persahabatan Bersama Atlet OKU Melaka di MIBC, Ayer Keroh

Selamat Hari-Hari Kepada Semua Pembaca



Hujung minggu ni pergi mana?? Apa tidur?? good aktiviti..hehe.. yelaa kata hujung minggu masa ni la kita nak berehat panjang..haha..boleh??..Jangan baca entry ayie sambil air liur meleleh sudah..hehe.. ni dah makan ke belum ni?? jangan dok blogwalking je keje..hehe..


hari ini ayie nak cerita pasal semalam ayie join boling dengan atlet OKU.. OKU bermaksud orang kurang upaya.. diorang ni wakil Melaka..dan ada yang wakil Malaysia.. diorang ni terel main boling.. seorang atlet OKU dapat markah paling tinggi antara peserta yang join..huhu..hebatkan.. ada 3 kategori perlawanan ini..kategori weelchair, kategori standing OKU dan student iaitu perempuan dan lelaki UiTM..

Ayie tak menang apa-apa pon..kalah teruk la..1st game dah ok.. bila dah 2nd dan 3rd game..dah teruk, tak nampak strike langsung..huhu.. tapi enjoy la lawan kat MIBC ni.. tempat international ni.. dapat berkenalan dengan atlet OKU.. sebahagian atlet OKU ayie dah kenal..sebab ayie dulukan pernah jadi sukarelawan sukan Malaysia paralimpik.. dan ada seorang atlet ni boleh kenal lak ayie..haha.. ayie sebenarnyee nak nyuruk.. tetibe hulur tangan..alamak kantoi..hehe



ok inilah peserta yang join main boling semalam.. lecture ayie pon orang OKU gak.. yang belah depan nombor dua belah kiri..dia ni ajar subjek komputer.. garang juga la dia ngajar.. suka menakutkan student dengan final exam..hehe.. tapi dia ok la..baik hati..

ok tu je ayie nak kongsi.. ayie harap kejohanan ni dapat diteruskan lagi..dan lebih banyak lagi program untuk bersama dengan orang OKU..:)

Ayie sayang anda ♥♥♥baru tengok cerita merong mahawangsa.. banyak part yang ayie tak puas hati..tapi supportkan filem Malaysia:)

Rabu, 1 Disember 2010

Malaysia Boleh..Paralimpik Boleh!!!

Pada 19 november hingga 27 november ayie join sukarelawan paralimpiad dekat Melaka. sangat2 besh. walaupon penat pengalaman ni tak boleh digambarkan..hehe.. byk jumpe kwn baru..jumpa atlet.. ayie bertugas bahagian penginapan kat tun mutakhir..kolej uitm perempuan.. yang penatnyee mengangkat atlet OKU masuk blik.. kolej ni khas untuk atlet yg berkerusi roda.. seluruh negeri di Malaysia join paralimpiad.. nak tahu detail pasal paralimpiad klik sini..

bangun pepagi bersiap..bantu diorang ambik makanan.. kesian kot diorang ni.. tapi mentaliti diorang nak berdikari sangat di puji.. diorang lebih rela buat sendiri dari bantuan orang lain..walaupun dia memang tak boleh buat.. contohnyee sorang atlet sarawak yang jatuh kerusi roda sebab nak naik bilik.. masa nak naik bilik mungkin tayar depan sangkut so kebelakang kerusi diorang.. atlet tu ckp dia segan nak mintak bantuan sukarelawan..huhu..

kebanyakan atlet bukan sejak azali diorang OKU tapi 90 % yang berkerusi roda adalah mangsa kemalangan.. ada abang tu kemalangan dengan lori.. dia cakap bawa motor 80kmj je..yeletu..haha muka dah iras2 mat rempit..hehe..sorryy.. tapi atlet ni suka datang melaka.. sebab melaka ni cantik..tu ayie akui..tapi melaka ni mati la..sebab xde kedai yang nak buka tengah malam..so susah la atlet ni nak keluar beli barangan.. ayie ade teman atlet naik river cruise..dan jenjalan pagi pusing2 bandar melaka yang mati tu.. bandar melaka dengan bandar hilir sangat beza tau..huhu..banyak la pengalaman yg banyak nak cerita..cukup la tu..hehe

hmm siapakah atlet sukarelawan penginapan:
ayie
farid
alam
prof
shah
qayum
ridwan
syazone
nuek
azam
ja'a
edy
hafez
ardy
---
ara
afi
diba
awen
iyen
ayu
dydy
zati
ina
ana
fara
zarina
aisyah
erna
sera
marina
amalina
suzi
adah
yana
Ayie sayang anda ♥♥♥argghhh sakit hati tol tgok malaysia kalah lwn indon piala sukan suzuki.. tlg tkr coach la camni..

Jumaat, 19 November 2010

Talimat Sukarelawan untuk Sukan Paralimpiad Melaka

Pada hari isnin 15 november 2010.. ayie telah menjoinkan diri untuk mendengar taklimat sukarelawan bagi sukan OKU iaitu sukan paralimpiad di uitm alor gajah melaka.. di taklimat ni banyak dia terang pada tugas-tugas bagi sukarelawan.. sukan paralimpiad bermula pada 21-26 november..so moh kita tengok sukan ni kat stadium hang jebat melaka..ayie bertugas kat perkampungan sukan kat tun mutakhir melaka..
Salah seorang ahli OKU yang berkelulusan fakulti undang-undang UM..
Memberi sedikit pengalaman tentang kejayaan ..
Nama dia encik Tuah asal Melaka
Memberi kata perangsang kat sukarelawan yang majoriti student IPTA
hanya sebelah tangan sahaja yang sempurna
banyak bercerita tentang pelajaran semasa di universiti
salah seorangpeserta OKU
Beliau yang cacat penglihatan bersemangat menerangkan tentang cara nak bergaul atlet sukan paralimpiad
peserta sukarelawan dipanggil untuk demonstrasi
dia ni kalau gelak mesti tak henti hehe
ni seorang lagi atlet yang istimewa
banyak cerita tentang kemahalan kerusi roda tu..
dia atlet sukan bola keranjang dari Melaka
salah seorang peserta sukarelwan farah menerangkan cara nak mengangkat atlet OKU dengan cara yang betul.. dia dari lepasan fisiologi
huhu..kekadang tengok menyampah gak kat farah ni..hehe..jangan marah..
eh eh..maskot la
maskot ni binatang apa yee??
peace no war.. yang biru tu ketua makanan untuk penginapan kat Tun Mutakhir
ha jawapan dia..kancil..nama pon Jantan
view yang besh kat UiTM Alor Gajah
ngan bibi.. akhirnyee bibi menolak untuk datang ke sukarelawan
peace no war
Ayie sayang anda ♥♥♥ esok 19 november bermula menjadi sukarelawan.. huhu.. xdpt nak tengok asian games..hmmm

Ahad, 14 November 2010

Goodbye Semester 4



Alhamdulillah title semester 4 dah berlalu..huhu..
so summary untuk semester ni ayie rasa best la juga..walaupon keluaran duit semester ini paling banyak..huhu.. agaknyee sebab ayie dah guna kereta sekarang so duit minyak selalu keluar..hmmm.. ok la tu jele nak tulis.. selamat bercuti semester..horraayyy
Ayie sayang anda ♥♥♥ esok ada taklimat tentang sukarelawan paralimpiad..kene bangun awal..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...