nuffnang

Memaparkan catatan dengan label tahniah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahniah. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mac 2012

Tahniah Pelajar SK Mendum Lenggeng

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Entry kali ini ayie nak ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar SK Mendum yang berjaya menjawab kertas soalan ujian 1.. ada yang markah rendah.. ada juga markah tinggi.. tahniah kepada SK Mendum tahun 5 yang mendapat markah paling tinggi 61% untuk subjek Bahasa Inggeris dan paling cemerlang untuk tahun 4 yang berjaya mencapai markah paling tinggi 74% juga subjek Bahasa Inggeris..lagi 6% nak mencapai A.. tak apa..ini baru ujian 1.. korang kene berusaha sehingga  peperiksaan UPSR terutama tahun 5 yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2013.. dan ayie nak nasihatkan buang alasan bahawa korang anak kampung tak boleh berjaya.. selagi usaha lebih insyaallah Allah membantu dengan mencapai A dalam usaha tersebut.. jangan ada lagi mentaliti yang macam ini..bak kata dafi...TAK BAIK PUNYAA!!!..

 Ayie sayang anda ♥♥♥ nanti sir FIKRI bagi hadiah yee :)

Selasa, 19 Julai 2011

Tahniah Pemenang Teka-Teki Ayie

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Shing-shing kebabom..(bunyi mercun).. haha.. ramai yang dok tunggu siapakah pemenang yang berjaya menjawab dengan betul.... ada orang cakap.."apo sonang bonar soalan tu ayie?"... ala rileks la.. bagi je soalan simple-simple kat pembaca yang berani jawab ni.. kang bagi soalan "siapakah timbalan menteri kebudayaan zimbabwe??" kang terkontang kanting dok search siapa nama dia..haha.. gurau je la...klik sini


dan apakah jawapan sebenar teka-teki ayie.. "benda" ni memang buatan orang kampung.. sangat popular di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.. kalau dah masuk mulut rasa nak lagi dan lagi la..

Jawapan:
Kuih Apam Johol/ Kuih Apam Daun Rambai

ok dah bagi jawapan.. so siapa yang dapat?? hehe.. mesti siapa yang dapat jawab senyum je.. so berikan thumbs up kepada 2 pemenang yang berjaya jawab dengan berani dan berjaya jawab dengan tepat sekali.. ayie agak terkejut mula-mulanya sebab jawapan dia sangat tepat sebab ayie ingat kuih ni tak la ramai orang tahu..sedangkan ayie pon tak tahu..haha.. itu pon sedara ayie yang dok johol bagi kuih kat keluarga ayie suruh makan..kalau nak tempah boleh la order kat angah ly azhan...

Sekarang jom blog review kepada pemenang...

Pemenang Pertama:



Sangat unik nama blogger ini..menggelar diri sebagai kasut karipap..blog kasut karipap banyak berunsur isu semasa.. the latest entry pasal seorang wanita mengidam penggilap perabot..huhu
info tentang beliau.. ayie copy paste dari about me..

About Me

Seorang insan yang berpegang pada agama dan sunnah. Mencintai Dia yang satu dan kekasihnya, Rasulullah. Menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang ustazah kaFa namun kini berada dalam bidang sains & teknologi. Hingga kini, masih berusaha dan meraih peluang menambah ilmu pengetahuan dalam apa juga bidang terutama fardhu ain..sebab nak jadi ustazah kafa..=)

ayie harap kasut dan karipap berjaya mencapai cita-cita apa yang dimpikan..amin..
jom terjah blog beliau dan follow blog dia laju-laju..hehe

Pemenang Kedua:

Dalam tengah dok mencari pemenang lagi.. ayie terkejut sebab dia menang..haha.. hebat la saudara Mohd Khairi Khadzir.. blogger dari johor ni sangat hebat...thumbs up ayie bagi kat dia.. ayie adalah peminat blog dia sebab blog dia lawa.. maybe dia ni sangat kreatif kot.. yela orang dari landskap ni.. tangan dan otak mesti berseni masa nak fikir sesuatu yang sangat cantik.. sejak akhir-akhir ini entriy dia banyak sertai segmen-segmen blogger lain.. wow rajinnyee..hehe
jom tengok apa dia tulis kat bahagian about me..

About Me

Pelajar UiTM Malaysia Shah Alam | Sarjana Muda Seni Bina Landskap (Kepujian) | Lahir pada 25 Jun 1988 | Berasal dari sebuah pekan kecil Parit Sulong

so sesiapa belum memfollow blogger ini... moh le lelaju follow blogger yang sentiasa awet muda ni..hehe

Ayie nak ucap bebanyak terima kasih kepada semua yang berani menjawab soalan teka-teki yang just mengambil masa sehari jew... lain kali join lagi ye :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ seronok sesangat sebab minggu ni keje shift pagi..:)

Sabtu, 16 Julai 2011

Maharaja Lawak Akhir - Tahniah Sepah

Selamat Hari-Hari

Ayie tahu dah lewat sangat ayie nak buat entry ini.. tapi ayie nak buat juga sebab banyak sangat tangguh.. so ayie rasa inilah entri terakhir ayie buat mengenai Maharaja Lawak.. kalau nak tengok review MaharajaLawak ayie sebelum ni boleh singgah sat je.. kalau tak singgah pun takpo..hehe..


so dalam final.. ayie suka persembahan diorang.. tengok je la pic mengikut ranking ayie sendiri..

Pilihan Ayie Yang Ketiga:


Pilihan Ayie Yang Kedua:


Pilihan Ayie Yang Pertama:


Dalam persembahan seterusnya diorang kene buat lawak muzikal.. so pilihan lawak terbaik adalah..

Pilihan Ayie Yang Ketiga:


Pilihan Ayie Yang Kedua:


Pilihan Ayie Yang Pertama:


so dah terang lagi bersuluh.. Sepah menjuarai Maharaja Lawak.. ayie rasa Sepah layak sebab dalam senarai pilihan setiap minggu Sepah sentiasa menjadi pilihan ranking ayie...

Sepah membawa pulang hadiah bernilai RM350,000 dan trofi..Tahniah Sepah..


Ayie sayang anda ♥♥♥ lepas satu-satu tension tempat kerja datang.. ayie ni tak boleh layan kalau orang banyak sangat arahan..macam dia boss plak..ciit

Rabu, 1 Jun 2011

Tahniah Kepada Juara Iaitu Barcelona Dan Salma

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Entry kali ini ayie nak bagi ucapan tahniah.. congratulations.. kepada juara..iaitu Barcelona dan Salma.. Barcelona menang liga juara-juara.. salma menang mentor 5..

Ayie tengok full game diorang.. agak menarik la bila Barcelona kawal permainan.. Manchester United tak dapat nak halang kepantasan Barcelona.. Yela team Barcelona nampak lebih cergas dan mantop.. dengan pasing yang berkesan dan hantaran pendek antara pemain..
superb sesangat..
lawan kat Stadium Wembley
Gol pertama Barcelona dijaringkan oleh Pedro Rodriguez minit ke-27
Gol saguhati Manchester United dijaringkan oleh Wayne Rooney minit ke-34
Gol kedua Barcelona dijaringkan oleh Lionel Messi minit ke-54
Gol ketiga Barcelona dijaringkan oleh David Villa minit ke-69

So resultnyee 3-1.. Barcaleno menang...


Pada keesokan hari punya lak malam tu pertandingan Mentor 5
Tahniah kepada Salma yang menjuarai Mentor ke-5 ini
Salma membawa pulang wang tunai RM 100,000 dan
kereta Chevrolet Cruze bernilai
RM 97,800
dan lagu baru- Aku Permata

Ayie sayang anda ♥♥♥kene siapkan assignment movie review..huhu.. nak balik ke tak minggu ni..hmmm

Jumaat, 29 April 2011

Tahniah Kawan Politeknik Tamat Pengajian

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca
entry kali khas untuk kawan ayie yang berada di politeknik sultan azlan shah.. ayie pernah masuk poli satu semester je.. ambik diploma retail management..walaupon satu semester.. tapi kenangan dengan diorang tak boleh dilupakan.. sekarang diorang dah habis final exam untuk third year semester keenam.. tahniah.. ayie doakan korang berjaya.. tak kisah lah sambung belajar ke atau terus kerja.. ayie harap korang mencapai cita-cita korang.. :)

kat bawah ni semua video sepanjang satu semester dengan diorang.. banyakkan..hehe.. guna kamera henpon tak canggih.. kenangan semasa semester jun 2008 hingga disember 2008

ni semasa malam orientasi semester pertama..haha.. rajin ayie ambik gambar


ini pulak masa hari membersih kolej.. kolej ayie nama V3


yang ini tak boleh lupa bila kawan ajar kitorang buat akaun.. ramai dalam kelas ini tak ada basic akaun..termasuk la ayie


ok ini kali pertama masuk pasukan polibriged.. pasukan kokorikulum.. belajar pasal cpr


haha ini semasa nak berkenalan dengan rakan kelas


ini masa presentation cpr oleh group kitorang


haha yang ni sangat tak boleh lupa sebab ayie yang conduct choral speaking..hehe.. abaikan suara ayie macam itik..haha


ayooo.. ini masa persembahan koko.. kene lak menari


haha ada lagi..hehe..layan


ni pulak masa makan beradap.. time koko juga


okay yang ini ayie merajinkan diri buat video slide presentation


ini masa lagu puspa..haha.. ayie kameraman
(sorry senget)


ini masa lagu hujan.. ayie sebagai kameraman..haha
(sorry senget)


lagi sekali..lagu siti haida..ayie kameraman lagi..
(sorry senget)


haha ni masa belakon..ayie kameraman lagi..hehe


dan yang ini masa belajar koko nak buat khemah


ok ini adalah video terbaik yang dibuat oleh kawan ayie.. kalau rindu tengok video ni..sebab complete geng drm


ayie ucapkan semoga korang berjaya tak kira la sambung belajar ke atau apa sekali :)

Ayie sayang anda ♥♥♥esok start exam :)

Rabu, 4 Ogos 2010

Tahniah Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2010

Tahniah Qari dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmed dan Qariah dari Pakistan, Samia Khanan kerana berjaya menjadi johan tilawah Al-Quran..hehe.. Qari dan Qariah membawa pulang hadiah bernilai RM33,000 serta trofi dan sijil..

Hmm sikit je jumlah hadiah daripada rancangan realiti yang lain..patut nilai hadiah di naikkan..

jom layan video Qari dan Qariah serta nasyid dari pelbagai negara..ayie suka bahagian Pakistan nyanyi





Selasa, 23 Jun 2009

TAHNIAH DAPAT ANUGERAH KETUA JABATAN!!

Aku nak wish tahniah kat kawan kelas poli aku iaitu politeknik sultan azlan shah yang dapat anugerah ketua jabatan..akj nie nak dapat kene 3.5 keatas..walaupon diorang baru sem2 dan diploma..walaupon aku dah xde kat poli..aku simpan lagi senarai nama,nom matrik ngan ic korang..sbb aku dulu pegang jawatan bendahari kelas..so time aku jd ceti aku sesaje mintak diorang punye detail..hehe..jgn marah..

Geng poli yg dapat AKJ..

1.ZAITY
2.AWATIF
3.ZULAIKHA
4.SHAREEN@EEN
5.ASIAH@MEK..TOP 1 DLM KLAS
6.SHAFIZA@PIJA
7.NURSHAM
8.NAZIAH
9.HIKMAH

Geng uitm yg dapat dekan..yg aku dgr laa..emi,dafi,azmil,nana,mira,farhana..
dan AKU..bape eekk..bole laa daripada xde..huhu..

CONGRATZ SMUENYEE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...