nuffnang

Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Sabtu, 24 September 2011

Hantu Bonceng

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hantu Bonceng memang lawak tapi jalan ceritanya kejap sangat.. memula cerita hantu dia tu..eh kejap plak tak ada drama yang menyeramkan..lepas itu sambung pula cerita nasi kangkang..haha..lagi kejap..tapikan ayie rasa nak tukar tajuk la..tajuk dia "kisah perempuan bonceng" sebab banyak awek bonceng motor ..hehe..sekian..

Ayie sayang anda ♥♥♥ nak bagi 2.8 bintang daripada 5 bintang

Rabu, 1 Jun 2011

Tahniah Kepada Juara Iaitu Barcelona Dan Salma

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Entry kali ini ayie nak bagi ucapan tahniah.. congratulations.. kepada juara..iaitu Barcelona dan Salma.. Barcelona menang liga juara-juara.. salma menang mentor 5..

Ayie tengok full game diorang.. agak menarik la bila Barcelona kawal permainan.. Manchester United tak dapat nak halang kepantasan Barcelona.. Yela team Barcelona nampak lebih cergas dan mantop.. dengan pasing yang berkesan dan hantaran pendek antara pemain..
superb sesangat..
lawan kat Stadium Wembley
Gol pertama Barcelona dijaringkan oleh Pedro Rodriguez minit ke-27
Gol saguhati Manchester United dijaringkan oleh Wayne Rooney minit ke-34
Gol kedua Barcelona dijaringkan oleh Lionel Messi minit ke-54
Gol ketiga Barcelona dijaringkan oleh David Villa minit ke-69

So resultnyee 3-1.. Barcaleno menang...


Pada keesokan hari punya lak malam tu pertandingan Mentor 5
Tahniah kepada Salma yang menjuarai Mentor ke-5 ini
Salma membawa pulang wang tunai RM 100,000 dan
kereta Chevrolet Cruze bernilai
RM 97,800
dan lagu baru- Aku Permata

Ayie sayang anda ♥♥♥kene siapkan assignment movie review..huhu.. nak balik ke tak minggu ni..hmmm

Khamis, 14 April 2011

Maharaja Lawak Minggu Kedua Pilihan Ayie

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Entry seterusnya pilihan Ayie dalam Maharaja Lawak... walaupon dah lewat tapi ayie nak gak cerita pasal maharaja lawak minggu lepas..hehe..
kali ni tengok kumpulan atau individu memasing kurang menyerlah dalam persembahan.. tapi ada la 3 yang terbaik ayie tengok lawak dia dari mula persembahan sampai akhir berterusan lawak dia..hehe..

pilhan ayie adalah:

pilihan yang ketiga:
Sepah



lawak bila masing-masing menceritakan punca masuk jail.. cekik anak sendiri.. lepas tu kantoi mencuri kat library dan kantoi mencuri basikal sebab tak resti bawak basikal..hehe

pilhan ayie yang kedua:
Jambu


bab paling menggeletek bila nak jumpa tok ketua "astaghfirullah atok.. malu tok..kenapa pakai boxer tok"..haha kita tak menjangka apa yang dia nak cakap..haha

pilihan pertama:
Nabil


Nabil tetap pilihan ayie yang tak boleh nak berhenti gelak..haha.. statement terbaru dari nabil.. "lalat punca makanan jadi sejuk"..hahaha.. dengan lawak ganas mengguna api..hahaha..memang patut pon dia jadi raja lawak..hehe

ok esok minggu ketiga.. tak sabar nak tengok..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥minggu study week bermula :)

Ahad, 3 April 2011

Maharaja Lawak Minggu Pertama Pilihan Ayie

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Maharajalawak yang baru bersiar 1 april sangat besh.. yela dia menghimpunkan lawak dari rancangan realiti raja lawak.. korang kalau tak tengok rugi woo..

ok berdasarkan pengamatan ayie.. ayie pon nak jadi juri ni.. ayie suka 3 peserta yang mana setiap saat dia akan buat lawak.. so ini la pilihan ayie untuk minggu ini

Pilihan ke-3:
Kumpulan Balas

Ayie suka kumpulan balas kerana buat cerita hantu makcik karipap..haha sungguh-sungguh dia cerita..hehe..
"sombong anak ni, kalau tak nak karipap makcik, makcik ada kuih pau"


Pilihan ke-2:
Kumpulan R2
trademark minggu ini dia cerita.."sekolah kita kan besar"..
part yang ayie tak boleh tahan bila dialog..
"kalau kau tak tahu Ali, aku lagi tak tahu"
hahaha..


Pilihan pertama:
Nabil

tentunyee pilihan ayie yang tak henti-henti gelak adalah Nabil..haha.. setiap kali dia cakap mesti lawak..haha..
dialog yang ayie tak boleh lupa
"abang jangan nak pembongak, say baru buek barang ni malam tadi"
haha memang barang baru buek malam tadi..hehe..banyak lagi la ayat yang lawak.. tapi masa terlalu sikit untuk pakar lawak stand macam Nabil..memang patut pon dia raja lawak musim
ke-2..haha

Ayie sayang anda ♥♥♥ hari ini hari ahad, esok dah sekolah balik..huhu

Sabtu, 19 Mac 2011

Man Juara Raja Lawak 2011

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Ayie nak ucapkan tahniah kepada juara raja lawak 2011 iaitu Man.. wow dapat RM100000 huhu banyak gak tu.. tahniah dari blog header cute..(haha ada org puji)



Hmm semalam parents datang Melaka.. nak bawa jenjalan adik..yela diakan cuti sekolah..tak student la kalau tak jenjalan..hehe.. so abah bawa kami pergi Wonderland Melaka.. ramai orang kali ini.. tapi kenapa ayie rasa macam tak besh lak datang kali ini..maybe pergi kali kedua untuk tahun ni.. tu yang xbesh kot..hehe..walau apa pon semalam besh la..


sekarang ni ayie tengah sengal sengal badan selepas main badminton dan pergi wonderland.. sakit badan tak boleh tahan..huhu.. camne nak training pingpong..hmm..training boling lagi..huhu..kene rehat la jawabnyee..


Ayie sayang anda ♥♥♥ esok ahad..apa plan??

Jumaat, 11 Mac 2011

Nak Jadi Pengganti Watak Samseng Que Haidar

Selamat Hari-hari kepada Pembaca..

Apa khabar hari ini?? sihat??
Hari ini kelas BEL ayie buat role player..haha banyak kenangan yang dikumpul hari ini.. paling ayie tak lupakan ayie telah berjaya buat olok-olok merokok kat depan lif KBM.. sekali ada lecture lalu..

""EXCUSE ME, kenapa awak merokok dalam KBM""
""eh, saya tak merokok.. ni yang saya pegang bukannyee rokok""
""jangan nak main-main dengan rokok olok-olok awak tu.. nanti pak guard tangkap awak.. baik simpan""

haha bila dengar je semua gelak..haha..malu pon ada gak.. boleh pula lecture tu lalu..huhu..kuat juga lecture tu jerit excuse me die tu..hehe.. ayie kene la berlagak pegang rokok..sebab ayie tak pernah hisap rokok..so kene la berlatih merokok..haha..dalam role player ni..ayie pegang 2 watak.. satu watak ayah dan watak kawan yang bermasalah.. lebih kurang samseng la tu..

gambar kat atas ni semasa ayie berlakon watak kawan bermasalah.. pakai t-shirt je.. tapi kene tahan la.. sejuk sangat dok bangunan KBM ni..huhu.. dan keputusannye memang betul ayie gagap semasa role player tu. boleh pulak lupa skrip..hehe.. nasib baik kawan tolong cover..hehe

dalam group ada 6 orang.. ayie seorang je jejaka dalam group..so memang kene la ayie jadi ayah.. okay ayie nak kongsi gambar semasa ayie jadi ayah.. babak kene tampar oleh emak..haha..lawak je tengok gambo sendiri..







aduh pedih kot kene tampar..haha..korang nak rasa??..hehe.. banyak adegan yang dah dirancang lupa nak buat..huhu.. layan kan je..so camne..?? boleh tak ayie watak samseng macam pelakon Que Haidar..atau jadi watak ayah yang pasang isteri dua seperti Jalaluddin Hassan???..haha.. tu je la ayie nak kongsi role player kelas BEL ni..hehe..(semua gambar di print screen dari video role player tu.. tapi tak nak la upload video sebab ayie berlakon sangat kayu..hehe..opss)

Ayie sayang anda ♥♥♥ aduhh kamera sony ayie dah rosak.. kene hantar repair ni..sekarang guna internet explore sebab google chrome dah macam rosak je..huhu

Sabtu, 12 Februari 2011

Kalau Ayie perempuan namanya...Ning Baizura..

haha sungguh tak sangka nama perempuan ayie ning..suara soprano la ayie ni..hehe.. ayie cek kat facebook..sekali keluar ning baizura.. wow..mesti korang xakan jeles..hehe.. so cuba korang try lak..nama apa yang keluar.. lepas tu bagitahu ayie yee..:)

hmm nampak macam seiras tapi kalau btol pon nampaknyee awek ayie konfem orang putih..haha..perasan =P



Ayie sayang anda ♥♥♥petang ni nak keluar jogging ngan adik di lake garden seremban

Jumaat, 11 Februari 2011

matluthfi90's Channel.. saya dah subscribe

Salam semua.. ayie nak ucapkan kepada semua yang bagi semangat kat entry sebelum ni.. thank you very much :)

ok kali ini ayie nak kongsi profile youtube yang ayie suka sesangat.. nama dia matluthfi90.. huhu ayie sebelum ni tahu pasal youtube dia dari satu blog.. tapi tak tahu mana pergi blog tu..blog tu empunye video ni la.. lepas tu video dia yang sebelum ni di privatekan.. tapi setelah kawan ayie post something kat facebook..waa video dia dah kembali balik la..

1st video yang ayie sangat tertarik video pasal makanan malaysia..haha..lawak dan sangat tersirat

lepas tu cite pasal music..haha..sangat terasa..hehe
tapi cite pasal jiran baru sangat besh..haha
lampu penyumpah..hmm ramai yang suka wat idea sumpahan ni..hehe
aktiviti bersama adik pon boleh tahan beshnyee..haha
dan sesuatu yang sangat menyentuh adalah video khas untuk hari ibu


dan 3 lagi video baru yang dibuat empunya video kat australia..



ayie harap matluthfi90 teruskan membuat video yang sangat tersirat..haha..walaupon dia dah dok australia..belajar kot..hmm..


ok inilah dia matluthfi90 yang sangat pekat cakap utara..haha..
lepas ni ayie pon nak buat video macam ni la..bole??haha

Ayie sayang anda ♥♥♥ayie sekarang kat seremban.. jom jalan2 pergi karok??hehe..

Ahad, 16 Januari 2011

FASTER..macam cerita P.Ramlee la

Jumaat lepas ayie pergi tengok wayang dengan geng rumah.. cerita Faster lakonan The Rock..huhu.. cerita agak menarik tapi macam cerita P.Ramlee je.. kalau cerita P.Ramlee iaitu enam jahanam mencari orang yang bunuh isteri dia tapi cerita Faster cari siapa yang bunuh adik dia.. agak menarik tapi macam kita tahu siapa yang akan kena.. so nampak cerita ni boleh agak sapa jahat siapa baik..huhu

ok sinopsis sikit dalam cerita ni.. The Rock ni sebagai driver dalam satu rompakan..tapi ada orang khianat geng ni.. so dia pergi rumah driver ni curi duit rompakan.. adik dia suruh jangan bagitahu tapi bila tengok adik dia ugut driver ni bagila tahu..dah bagi tahu xsemena-mena adik dia kene sembelih.. dan driver kene tembak kat kepala.. tapi tembakan tak kena sebab tersangkut kat tengkorak..huhu.. driver kene penjara 8 tahun..keluar je dari penjara misi mencari pembunuh bermula..start kat tempat insurans..lepas tu kat rumah apartment..kat kelab malam..semua mati tembak kat kepala..huhu dan dapat cari kat gereja..tapi lelaki tu lepas sebab jadi paderi..tapi ada orang upah pembunuh upahan..pembunuh upahan selalu ganggu kerja driver nak balas dendam..satu pasukan polis menyiasat..lelaki ketua polis tu adalah orang yang mahu driver mati..dia pura-pura tak tahu apa-apa pasal kes tu.. tapi dia yang sebenar jahat selepas tembak kepala driver..last-last driver dapat juga tembak polis tu..huhu.. setel suda..nampakkan macam cerita P.Ramlee..hehe
driver di follow oleh pembunuh upahan
ni la polis yang jahat tu..huhu
gaya driver tembak enam jahanam..hehe
time ni dapat saksikan driver atau pembunuh upahan yang menang..hehe
pembunuh upahan dengan bini dia..
driver orang bertatu..kalau nampak tatu tu ramai yang lari..huhu


Ayie sayang anda ♥♥♥baru balik dari tengok orang mancing kat pantai one malaysia bandar hilir

Selasa, 11 Januari 2011

1st album.. Langkah Nubhan

album nubhan
Wow jangan tak cayo ayie ni fan nubhan tau..hehe.. i'm the nubies @ nubian..huhu.. ayie da penah datang gathering nubies 2 kali..semuanya kat kuala pilah..haha.. dokek yo kek umah ayie.. sonangkan..haha.. album ni da keluar masa bulan 10..huhu.. ayie beli album ni dari kak harney.. beli face to face dengan dia..hehe.. sebab dapat la kenal rumah dia (sosek poie umah eh) harga hanya RM24 siap poster lagi.. poster dok terperap kat kereta..kalau korang nak ayie boleh bagi.. ini adalah album pertama ayie beli guna duit sendiri selepas dulu minta mak beli album waheeda..hehe..masa tu form3 kot...

Apa ada kat album ni.. ada 7 buah lagu, Oh Juwita, Mata Hati, Beri Rasa, Di Redup Matamu, Aku Atau Dia, Seadanya Aku dan Ai Mei Chuo.. feveret lagu ayie adalah beri rasa..sebab dia rancak sikit..hehe.. tapi ayie rasa tak puas sebab lagu yang membawa nubhan ke dunia artis tak ada.. lagu ada untukmu..huhu..hmm tanya kak harney lagu tu dari astro..tak pe la..janji den kotakan den nak beli album nubhan sejak 2008 tercapai sudah.. nice album..:)
bahagian belakang albun

bahagian dalam album

bahagian dalam album

siap ada sign lagi

senarai lagu album
(sory ni gamba scan xlawa)
Ayie sayang anda ♥♥♥hari ini ok la da mula lecture bagi banyak asignment.. and da rajin pegi main twitter:)

Isnin, 10 Januari 2011

Ana Raffali Juara Anugerah Juara Lagu 25,TV3

Tahniah ayie ucapkan kat Ana Raffali menang ajl25.. Lagu Tolong Ingatkan Aku... komposer dan lirik juga dari ana raffali.. lagu dia sangat kuat..tempat kedua lagu drama king oleh black dan meet uncle hussein.. tempat ketiga noktah cinta hafiz af7.. persembahan terbaik faizal tahir lagu hanyut.. Tahniah!!!

Ayie sayang anda ♥♥♥haha tengok ajl25 kat tv..tapi sound mcm live la..haha..terima kasih speaker kawan

Sabtu, 31 Julai 2010

Imam Muda Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan




Tahniah kepada imam muda 2010 saudara Mohd Asyraf..Aku rasa dia seorang yang sangat konsisten dalam rancangan imam muda..walaupun aku tengok 2 episod pertama..tapi rancangan realiti ni besh..banyak mengajar cara-cara menjadi pemuda islam sejati..takbir..allahuakbar!!!!!

Jumaat, 23 Julai 2010

Ayie layan Winda & Dimas


Hehe..sekarang aku tengah layan cite indon Benci Bilang Cinta..dimana pelakon perempuan yang sangat comel time nangis..marshanda..berlakon..huhu..layan kat youtube jew..penat aku tunggu keluar kat youtube..huhu..akhirnya ada lah makhluk malaysia yang rakam kan..thanks to RanniaLove:)..cerita yang sangat mirip dengan cerita korea..hehe..

Sabtu, 15 Ogos 2009

POP KOREA SINGER~~wonder girls, TOHOSHINKI/DBSK/TVXQ, girls generation, super juniors,ss501, shinee, t-max, epik high, big bang, 2am, kara, 2pm

Aku skang tgh layan dan kumpulkan lagu2 popular dari korea nie..
boleh tahan gak besh..dan sgt laa cute
WONDERGIRL
aku sangat suke kumpulan nie lincah sesangat klu tgok video klip die...
Lagu popular diorang tajuk lagu die NOBODY..sgt seksi woo..hehe
diorang skang dah famous kat USA so nie kumpulan international laa

TVXQ
kumpulan nie aku minat gak..lagu die smue sedap..smue lagu rancak.. die antara popular jgk kat korea..Lagu paling aku minat tajuk die MIROTIC..skali dengar nak dengar lagi..nie juga aku buat gambar video kat youtube gune lagu nie


GIRLS GENERATION

Kumpulan nie sangat ramai iaitu 9 orang..smunyee cute2 blaka..huhu.. lagu yang paling minat tajuk die GEE..mg rancak laa



SUPER JUNIOR

Kumpulan paling ramai kat Korea 13..huhu..diorang nie xyah panggil penari backup sbb dah penoh pentas kat diorang jew..hehe..lagu hits diorang SORY SORY



SS501

kumpulan nie aku minat gak sbb die bwk lagu dari boys over flower..hehe tajuk lagu die BECAUSE IM STUPID..sgt jiwang lagu die..tapi suare leh tahan

SHINEE

kumpulan nie jgk aku minat sbb ade lagu boys over flower..tajuk die STAND BY ME.. tapi aku tgok die punye kumpulan sangat laa jambu..huhu..kalah sutun..opppss..tapi suare die besh laa



T-MAX

Kumpulan nie hanya 3 org jee.. tapi kumpulan bawak lagu paling sedap kat boys over flower..tajuk lagu die PARADISE..besh sesangat..

EPIK HIGH

Kumpulan nie banyak lagu raping dan rancak..tetahu jela aku suka lagu rancak xkire lagu ape..hehe..lagu yang hits die ONE..mcm lagu eminem..hehe

BIGBANG


Kumpulan nie jgk dari raping group..tapi mcm lagu BEP...lagu hits diorang LOLLIPOP...lolilololipopop..hehe


2AM

kumpulan nie agak jiwang gak..huhu..cume peminat jiwang jee suke kot lagu nie
hehe..lagu hits diorang THIS SONG

KARA
kumpulan nie jugak ade nyanyi lagu rancak..huhu korang tahu laa aku suke lagu rancak jew..hehe..lagu hits diorang HONEY
2PM
Kumpulan nie cam same jee kan 2am..huhu..rmi gak ahli diorang 7 org..
lagu hits diorang besh gak AGAIN-AGAIN....hhmm layan..hehe
so nie lee penyanyi pop yang paopular kat korea..
so korang ade lagi x nak suggest kumpulan yang bawak lagu rancak?..
"lagu mario aku xdgr lak lagu lain die slain never say good bye"..hmm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...