nuffnang

Isnin, 23 September 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-A'raaf

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani



1. Alif Laam miim Saad

2. Al-Quran ini sebuah kitab yang diturunkan kepadamu wahai Muhammad dari tuhanmu. Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang ingkar dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.

3. Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad, "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamudari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah tetapi sayang  amatlah sedikit kamu mengambil peingatan

4. Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan iaitu datang dari azab seksa kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari

5. Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka mengakui dengan berkata "Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim"




 Ayie sayang anda ♥♥♥

Selasa, 10 September 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Ana'am



Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka

2. Dialah menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal kematian kamu dan satu ajal lagi tertentu di sisiNya iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat, dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu tentang hari pembalasan

3. Dan dialah Allah yang di sembah dan di akui kekuasaanNya dilangit dan di bumi, Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

4. Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka yang kafir dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya enggan menerimanya

5. Sesungguhnya mereka mendustakan kebenaran Al-Quran ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita yang membuktikan kebenaran apa yang mereka selalu ejek-ejek itu iaitu mereka akan ditimpa bala bencana

KEK KUKUS KAK NGAH



 Ayie sayang anda ♥♥♥ Isnin yang memenatkan.. Malaysia menang lawan Myanmar

Selasa, 13 Ogos 2013

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Manisan Labu Dan Badam Ala Gulab Jamun

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Wah tahniah angah ezani dapat masuk final.. jom buat labu resepi finalist masterchef..kalau dah siap panggil ayie yee..



    BAHAN-BAHAN DUMPLING:
  • Labu (direbus hingga masak dan dilenyek serta ditapis, ambil purinya)
  • Badam (dipanggang dan dikisar)
  • Tepung Gandum
  • Telur
  • Mentega cair
  • Air
  • Gula
  • Garam

    CARA-CARA PENYEDIAAN DUMPLING:
  • Gaulkan semua bahan hingga sebati hingga menjadi dough.
  • Bulat-bulatkan dengan sudu dan goreng dalam minyak hingga keemasan.
    BAHAN-BAHAN SIRAP DAN KRIM:
  • Gula
  • Air
  • Buah Pelaga
  • Air Mawar
  • Krim
  • Icing Segar

    CARA-CARA PENYEDIAAN SIRAP DAN KRIM:
  • Masak sehingga warna keemasan (caramelised).
  • Tambahkan sedikit air untuk cairkan caramel.
  • Letakkan buah pelaga yang dipecahkan dan masak sirap hingga kepekatan. Tambahkan sedikit air mawar.
  • Masukkan dumpling ke dalam sirap dan biarkan.
  • Untuk krim air mawar, putar krim hingga soft peak, tambahkan icing segar sedikit, titiskan sedikit air mawar


 Ayie sayang anda ♥♥♥ agaknye tak dapat tengok final..rumah sewa tak ada astro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...