nuffnang

Ahad, 8 Februari 2015

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah An-Nur

Selamat Hari-Hari Kepada


Dengan nama Allah, Yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani

1. Ini ialah satu surah yang kami turunkan dan kami wajibkan hukum-hukumnya, serta kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat mengamalkannya

2. Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang beriman.

3. Lelaki yang berzina lazimnya tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula lazimnya tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

4. Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik

5. Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dari kesalahannya yang tersebut serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani


Pembaca Ayie sayang anda ♥♥♥ Dah bulan Februari :)



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...