nuffnang

Ahad, 15 Februari 2015

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Furqaan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah, yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Maha berkat tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambanya iaitu Muhammad untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam

2. Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sekutu dalam pemerintahannya, dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna

3. Dan mereka yang kafir mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan oleh penyembah-penyembahnyadari bahan-bahan di bumi dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan atau pun membangkitkan semula makhluk-makhluk yang telah mati

4. Dan orang-orang yang kafir itu berkata "Al-Quran ini hanyalah satu perkara dusta yang direaka-reka oleh Muhammad dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain" maka dengan kata-kata itu sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta

5. Dan mereka berkata lagi "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang untuk dihafaznya"



 Ayie sayang anda ♥♥♥ AWAK KAT MANA?





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...