nuffnang

Sabtu, 28 April 2012

Kenangan di Sek. Keb. Mendum Lenggeng Part 1

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dah seminggu masa berlalu.. tapi kenangan ayie mengajar guru ganti di sekolah ini sangat dikenang.. walaupun ada juga yang nakal..yang mendengar kata.. yang main-main dalam kelas..hehe.. ayie juga kadang-kadang garang juga dengan mereka.. macam marah, tarik telinga, tarik pipi, ketuk ketampi, berdiri atas kerusi, kene lepuk pakai buku, rotan bulu ayam, rotan pembaris panjang, rotan penyapu,dan lain-lain..huhu.. ayie nak minta maaf kepada semua sepanjang ayie mengajar korang :)

Untuk part 1 iaitu bahagian pertama kenangan ayie nak share gambar darjah 5.. darjah ini paling susah nak mengajar sebab macam-macam perangai ada.. dan kelas yang paling banyak mengeluh sebab ayie bagi banyak kerja sekolah..hehe.. jom layan gambar :)

Berdiri dari kiri: Nurul Hain, Akmal Daniel, Mohd Zubair, Mohd Nabil, Mohd Nor Hakimi, Mohd Syukri, Mohd Khuzairi, Mohd Muizzaidin, Mohd Ekmal Hakim dan Azlien  Azuana
Duduk dari kiri: Balqis Maisarah, Nureen Ilyana, Farah Natasaya, Syarah Najwa, Nur Fazreen





Harap korang lepas ini berjaya pada masa hadapan :)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Part 2 akan datang !

Ahad, 15 April 2012

Tip Dan Panduan Temuduga

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Sempena tawaran kerja yang banyak kalau tengok di jobstreet atau jobsmalaysia, ayie nak kongsikan sedikit langkah-langkah sebelum interview dan semasa interview.. ilmu mesti dikongsi :)

OBJEKTIF TEMUDUGA
  • Membolehkan majikan mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon
  • Mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan
  • Melihat tahap kematangan dan kejujuran calon
SEBELUM TEMUDUGA
  • Selidik profil syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon
  • Kenalpasti etika pakaian di tempat kerja
  • Ulangkaji hardskill
  • Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya
  • Kenalpasti lokasi temuduga
  • Sediakan sijil-sijil yang berkaitan
SEMASA TEMUDUGA
  • Beri ucapan selamat kepada panel
  • Mendengar dan menjawab dengan betul
  • Mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi
  • Bersikap tenang dan tidak gementar
  • Jangan menguasai temuduga
  • Jangan cerita masalah peribadi
  • Jangan bertengkar dengan ahli panel
  • Jangan mengkritik bekas majikan
  • Jangan makan atau mengunyah
  • Jangan bersikap protes sekiranya lambat dipanggil temuduga
AKHIR TEMUDUGA
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
  • Beri ucapan terima kasih kepada panel
  • Tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun
  • Pastikan barang-barang milik kita tidak tertinggal
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA TEMUDUGA
  • Jawapan secara bersahaja A'ah dan sebagainya
  • Bercakap terlalu perlahan atau lemah
  • Melakukan perbuatan yang mengganggu tumpuan panel temuduga
  • Mengunyah gula-gula getah atau makan gula 
  • Menggoyangkan kaki dan bersilang kaki
  • Menjegilkan mata
  • Menggunakan "slang" ketika menjawab soalan
  • Menyebut atau memanggil nama panel temuduga tanpa penggunaan gelaran yang sepatutnya\
  • Memotong percakapan panel temuduga
ADAB BERPAKAIAN DAN KETRAMPILAN DIRI

LELAKI
  • Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher
  • Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap
  • Berambut pendek dan kemas serta janggut di potong rapi
  • Tali pinggang yang dipakai mesti sama dengan kasut yang dipakai
  • Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan "cuff-link"
WANITA
  • Memakai pakaian yang sepadan
  • Tidak memakai pakaian warna terang atau striking
  • Tidak memakai pakaian seperti lelaki
  • Tidak memakai pakaian menjolok mata
  • Memakai kasut bertumit
  • Rambut disisir rapi atau diikat bagi yang tidak bertudung
  • Tidak dibenarkan mewarnakan rambut berwarna merah, biru, ungu dan berwarna warni
  • Jangan memakai aksesori yang berlebihan
  • Tidak menggunakan solekan dan wangian yang berlebihan


 Ayie sayang anda ♥♥♥ dah baca tip ni baru semangat nak pergi interview :)

Sabtu, 14 April 2012

Pemenang Anugerah Nasyeed.Com 2012

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Siaran langsung tertunda di tv Al-Hijrah pada pukul 10 malam hari Jumaat 13 April 2012 berlangsungya Anugerah Nasyeed.Com 2012

Senarai Pemenang

Lagu Terbaik
Dia Muhammad - Inteam
Komposer, Lirik & Penerbit oleh Frizdan


Vokal Terbaik
Inikah Petanda - Rabbani dan Mawi


Susunan Muzik Terbaik
Dia Muhammad - Inteam
Penggubah oleh Along Exist


Lirik Terbaik
Menanti Di Barzakh - Far East
Lirik oleh Ito Lara


Video Klip Terbaik
Pedoman - Nora feat Voice of Ummi


Anugerah Juara Carta Muzik Nasyeed.Com
Bebas Palestin - Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart


Khalifah Nasyeed
Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin

Nasyeed Cinta Popular
Saat Lafaz Sakinah - Far East


Nasyeed Amar Popular
Berjalan Tanpa Henti - Deevotes


Nasyeed Munajat Popular
Menanti Di Barzakh - Far East


Nasyeed Perjuangan Popular
Bebas Palestin - Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart


Nasyeed Sirah Popular
Sumayyah - Hijjaz


Nasyeed Selawat Popular
Binnabil Huda - UNIC



 Ayie sayang anda ♥♥♥ teringat zaman sekolah rendah join nasyid :)

Jumaat, 13 April 2012

Espresso Nando's

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Kopi espresso Nando's sangat hitam pekat melekat gula ada (cara cakap atok ahmad albab) tapi tak mampu untuk ayie order lagi sebab dengan harganya RM 7.20 dan cawan setinggi jari manis tangan belah kiri ayie.. patut la kopi pekat sebab dia tahu ayie takkan minum sekali gus.. comel je cawan dia..

 Ayie sayang anda ♥♥♥ dengarnya ada jamuan untuk ayie..menarik itu..

Khamis, 12 April 2012

Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Perkara paling malas bagi pekerja yang bukan dari bahagian pendidikan.. kerana benda yang sama je ulang tulis..huh

 Ayie sayang anda ♥♥♥ tinggal beberapa hari lagi...

Rabu, 11 April 2012

Isnin, 2 April 2012

My Best Students

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hellooo.. dah lama tak update blog.. asyik update ww# je.. so kali ini ayie nak share murid-murid ayie yang berjaya mendapat hadiah istimewa sumbangan ikhlas dari ayie.. harap dengan pemberian ikhlas ini dapat menaikkan semangat untuk meningkatkan penguasaan English seterusnya mencapai A dalam UPSR.. amin

 Untuk yang pertama..nama dia Humaira baru Tahun Empat..single lagi.. dan markah dia paling tinggi antara 2 kelas yang ayie ajar..hebat..

 Kecil-kecil cili padi.. seorang murid yang semangat bila belajar tapi mulut dia tak boleh berhenti bercakap.. nama Nabil murid Tahun Lima.. mungkin bakal ketua pengawas tahun depan..

Murid terakhir nama dia Syukri dari kelas Tahun Lima.. berkelakuan agak matang dan seorang yang pemalu juga.. bakal ketua pengawas tahun hadapan

Ayie doakan semoga semua murid yang ayie ajar di SK Mendum mendapat A dalam English serta subjek-subjek lain..amin :)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ tinggal 16 hari sahaja untuk mengajar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...