nuffnang
Khamis, 2 September 2010
Ilmu Ramadhan 2010: Qadha' dan Fidyah Puasa
Qadha Puasa
• Seseorang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur atau tanpa uzur, wajib qadha’ puasanya di luar bulan Ramadhan.
• Seseorang yang melambatkan qadha’ puasanya kerana uzur syarie’ yang berterusan, seperti ia masih musafir atau sakitnya berterusan hingga ke Ramadhan tahun berikutnya di mana tiada ruang langsung untuk mengqadha’kan puasa tersebut, hukumnya harus ia melewatkan qadha’ dan tidak wajib membayar fidyah sekalipun ia telah melangkau beberapa Ramadhan. Cuma wajib ke atasnya qadha’ bilangan hari-hari puasa yang ia tinggalkan.
• Sekiranya ia melewatkan qadha’ puasa yang ditinggalkan hingga melangkau ke Ramadhan tahun berikutnya tanpa uzur syarie’, maka wajib ke atasnya qadha’ dan fidyah (1 hari = 1 qadha’ + 1 fidyah). Dan sekiranya ia melampaui dua kali Ramadhan atau lebih maka wajib 2 kali fidyah atau lebih iaitu bagi sehari puasa yang ia tinggalkan di samping qadha’. (melangkau 2 Ramadhan maka 1 hari = 1 qadha + 2 fidyah).
• Sunat menyegerakan qadha’ puasa bagi mereka yang meninggalkannya kerana uzur syarie’. Bagi mereka yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie’ maka: pendapat pertama: wajib disegerakan dan tidak boleh bertangguh; pendapat kedua: boleh dilambatkan dan ini pandangan kuat di sisi ulama-ulama Mazhab Syafie di Iraq. Pendapat pertama adalah pandangan sahih yang
dipilih oleh Imam Nawawi.
• Sunat menyegerakan qadha’ puasa secara berturut-turut.
• Qadha’ puasa tidak boleh dilakukan pada hari-hari bulan Ramadhan, Hari Raya Puasa, Hari Raya Korban dan hari-hari Tasyriq. Qadha’ puasa bagi yang meninggalkannya kerana hamil
atau menyusukan anak
• Bagi orang yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya ia meninggalkan puasa kerana takut ditimpa mudharat pada dirinya sendiri, wajib ke atasnya qadha’ dan tidak wajib fidyah.
• Sekiranya ia berbuka kerana takut bayi yang berada dalam kandungan atau bayi yang disusukannya ditimpa mudharat, pendapat paling jelas dalam Mazhab Syafie
ialah wajib qadha’ dan fidyah. Hukum orang yang mati dan belum dapat sempat
mengqadha’kan puasanya
• Terdapat dua keadaan:
Keadaan Pertama:
Sekiranya si mati tidak mengqadha’ puasanya kerana uzur yang berterusan dan tiada ruang yang memungkinkannya mengqadha’ puasa seperti sakit, musafir, pengsan, nifas, hamil atau menyusukan anak dan uzur tersebut berterusan hingga ia mati maka tidak wajib ke atas warisnya qadha’ puasa dan membayar fidyah untuknya.
Keadaan Kedua:
Si mati berkemungkinan mengqadha’ puasa yang ditinggalkan dan ada ruang untuknya berbuat demikian tetapi ia tidak melakukannya kerana uzur atau sengaja sehinggalah ia mati,
maka ada dua pendapat:
Qaul Jadid Imam Syafie: Wajib dikeluarkan daripada harta peninggalannya, secupak makanan
rasmi untuk setiap hari yang ia tinggalkan dan walinya tidak sah mengqadha’ puasa si mati.
Qaul Qadim Imam Syafie: Walinya boleh mengqadha’kan puasa bagi si mati, tetapi bukanlah
wajib hukumnya, dan wali boleh memilih sama ada mengqadha’kannya atau membayar fidyah.
Pendapat ini adalah paling sahih di sisi Imam Nawawi dan ulama-ulama dalam Mazhab Syafie yang mengkaji pendapat Imam Syafie. Ini kerana terdapat banyak hadith sahih berhubung masalah ini. Antaranya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang mati dan ke atasnya puasa (yang belum ia qadha’kan) maka hendaklah walinya berpuasa untuknya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Penyaringan Imam Nawawi ini menepati kehendak Imam Syafie sendiri kerana Imam Syafie telah meletakkan kaedah: “Apabila sesuatu hadith itu didapati sahih maka itulah mazhabku
dan tinggalkanlah pendapatku yang bertentangan dengan hadith
tersebut.”
• Wali yang boleh mengqadha’ puasa si mati ialah setiap kerabat kepada si mati walaupun bukan waris yang berhak mewarisi hartanya.
• Sah qadha’ puasanya yang dilakukan oleh orang asing dengan izin wali si mati atau si mati sendiri, sama ada diberi upah atau tidak iaitu sama seperti ibadat Haji. Tidak sah jika tidak mendapat keizinan terlebih dahulu dari wali si mati atau si mati sendiri.
• Pendapat yang jelas di sisi Imam Nawawi ialah sah puasa yang dilakukan oleh 30 orang bagi menggantikan 30 hari yang ditinggalkan oleh si mati di mana qadha’ tersebut dilakukan pada hari yang sama.
Fidyah
• Secupak makanan rasmi sesebuah negara untuk sehari puasa yang ditinggalkan.
• Fidyah boleh diserahkan kepada seorang fakir miskin sahaja. Contohnya fidyah untuk sebulan puasa yang ditinggalkan boleh dibayar kepada seorang fakir
miskin.
• Kaffarah (denda) berbeza dengan fidyah di mana seorang fakir miskin tidak boleh menerima lebih dari secupak makanan yang dibayar kerana kaffarah.
Ringkasan
• Wajib qadha’ sahaja:
Meninggalkan puasa kerana sakit, musafir, nifas, haid, pengsan, gila, terlupa niat, sengaja
berbuka atau jimak (bagi isteri sahaja).
• Wajib fidyah sahaja:
Meninggalkan puasa kerana hilang upaya berpuasa kerana terlalu tua atau sakit yang tiada
harapan sembuh.
• Wajib qadha’ dan fidyah serentak:
Tidak mengerjakan qadha’ puasa hingga melangkau ke Ramadhan lain dan berbuka kerana hamil atau mengandung kerana takut mudharat ke atas bayi dalam kandungan atau susuan
di mana bukan takut mudharat ke atas diri sendiri.
• Wajib qadha’ dan kaffarah:
Puasa yang batal kerana jimak (bagi suami sahaja).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan