
Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal:
• Disunatkan berpuasa sebanyak enam hari dalam bulan Syawal sama ada ia berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan atau tidak atau langsung tidak berpuasa sepanjang Ramadhan.
• Dalilnya ialah hadith Nabi s.a.w.
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, dan diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, maka ia
seumpama berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim)
• Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan berselang-seli tetapi sebaik-baiknya dilakukan secara berturutan selepas Hari Raya Pertama. Ini kerana melewatkannya akan menimbulkan rasa malas, sedangkan bersegera melakukan ibadat adalah lebih
afdhal.
• Menurut ulama terkemudian dalam Mazhab Syafie seperti al-Khatib al-Syarbini dan Imam al-Ramli, orang yang menunaikan puasa kerana qadha’, nazar atau sebagainya (selama enam hari) dalam bulan Syawal, akan memperolehi pahala puasa sunat Syawal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan