nuffnang

Ahad, 8 November 2009

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA




















































video

video

SANA SINI PIALA MALAYSIA

MINGGUAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan mengakhiri kemarau 61 tahun untuk menjulang trofi teragung bola sepak negara, Piala Malaysia dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Sebaliknya malam malang penuh hampa buat Wira Merah kerana biarpun bertemankan majoriti penonton, mereka masih gagal mematahkan tanduk Si Rusa yang melonjak megah meraikan kejayaan bersejarah sekali gus memberikan hadiah tidak ternilai buat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang baru ditabalkan 26 Oktober lalu.
Jika bersandarkan sejarah kejohanan, inilah Piala Malaysia pertama yang berjaya menebus kehampaan Negeri Sembilan pada tahun 2000 dan 2006 setelah ditewaskan Perak dan Perlis pada perlawanan akhir.
Sebelum ini, Negeri Sembilan pernah sekali muncul juara iaitu pada 1948 ketika kejohanan ini menggunakan nama, Piala HMS-Malaya.
Dimulai Shahurain Abu Samah pada minit ke-18, disambung Hairuddin Omar seminit selepas rehat dan dilengkapkan Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak tanggal minit ke-59, tiada apa yang mampu dilakukan Kelantan melainkan memanjangkan penantian dan rasa kempunan yang mencecah 39 tahun untuk menikmati trofi itu.
Gol tunggal Kelantan pada masa kecederaan babak kedua pada minit ke-93 menerusi sepakan bebas ketua pasukannya, Indra Putra Mahayuddin sekadar satu sagu hati yang mengubat luka barisan Wira Merah yang terpaksa menelan hakikat pahit keputusan ini.
Kecuaian bek kiri Kelantan, Zamri Ramli mengawal bola daripada hantaran lambung ke kotak penalti menghukum pasukannya dengan gol pertama Negeri Sembilan hasil rembatan kencang Shahurain Abu Samah pada minit ke-18 tanpa mampu ditepis Mohd. Halim Napi.
Dua minit sebelum rehat, Hairuddin Omar nyaris melebarkan kedudukan Si Rusa dengan gol kedua tetapi tandukan kencangnya sekadar sipi beberapa inci daripada tiang gol Kelantan selepas mendapat umpanan lintang S. Kunanlan dari sebelah kiri.
Namun hanya seminit babak kedua bermula, Hairuddin menebus kegagalan itu dengan tandukan yang menjerat Halim secara solo hasil hantaran sebelah kiri gandingan serangannya, Zaquan Adha sekali gus menjelmakan gol kedua Negeri Sembilan.
Gol yang meragut 90 peratus semangat juang Kelantan itu muncul gara-gara sangkaan barisan belakangnya yang meleset bahawa Hairuddin yang dipinjam daripada T-Team bagi Piala Malaysia musim ini, sudah berada dalam keadaan ofsaid.
Zamri sekali lagi menambah derita Kelantan gara-gara menarik tangan Shahurain yang sudah mencerobohi kubunya pada minit ke-58 lantas menghadiahkan sepakan penalti buat Negeri Sembilan yang tenang disudahkan Zaquan Adha seminit kemudian.
Ketinggalan tiga gol itu hanya tambah memberangkan penyokong Si Kijang yang bukan sahaja beransur-ansur meninggalkan tempat duduk bahkan melontar pelbagai objek termasuk mercun sehingga berkepul-kepul asap tebal di ruang angkasa gelanggang tanda tidak puas hati.
Malah ada diantaranya membakar kerusi di tempat duduk penonton.
Perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM itu turut disaksikan Tuanku Muhriz di samping Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Negeri Sembilan mendapat hadiah bonus apabila pemainnya, Shukor Adan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir itu.
Dalam pada itu, Mohamad ketika ditemui berkata, beliau kagum dengan kesungguhan dan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain.
“Kita tak pernah ada hutang dengan pemain dan gaji mereka dibayar tepat pada masanya, ini antara faktor kemenangan.
“Malah pemain juga beraksi dengan baik dan memberikan tumpuan sepenuhnya.
“Kita akan memikirkan imbuhan kepada pemain dan pegawai hasil daripada kemenangan ini,” katanya.
Sementara itu, Annuar yang diminta mengulas mengenai aksi malam tadi berkata: “Kita berpuas hati dengan permainan malam ini. Bayangkan, ini kali pertama kita ke final, tapi orang lupa.
“Memang Negeri (Sembilan) bermain dengan hebat terutama pada posisi tengah yang kental manakala kami di bahagian yang sama tak berapa kuat ditambah dengan kejutan gol yang pertama.
“Jadi ini pengalaman bagi kami. memang saya faham penyokong hampa dan saya mewakili pasukan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan harapan mereka.
“Walau apa pun, saya merayu kepada mereka supaya banyak bersabar,” katanya

BERITA MINGGU


KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk muncul juara bola sepak Piala Malaysia selepas jaringan Shahurain Abu Samah, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Radzak membolehkannya menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Ia adalah kejuaraan untuk Negeri Sembilan selepas kali pertama memenanginya pada 1948 ketika kejohanan masih dikenali sebagai Piala HMS Malaya. Keputusan itu sekali gus memanjangkan penantian Kelantan yang belum berjaya muncul juara biarpun selepas kemunculan semula di pentas perlawanan akhir buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun.
Malah ia juga adalah kehampaan kedua di final buat skuad negeri Cik Siti Wan Kembang itu selepas tewas pada aksi kemuncak Piala FA kepada Selangor, April lalu. Di sebalik segala fokus kepada Kelantan menjelang perlawanan akhir itu, Negeri Sembilan memulakan perlawanan dengan lebih meyakinkan dan sudahpun menembusi pintu gol lawan seawal minit ke-18 menerusi rembatan deras Shahurain, menewaskan penjaga gol, Halim Napi. Dua puluh saat selepas separuh masa kedua bermula, Negeri Sembilan menggandakan kelebihan apabila Hairuddin melepasi perangkap ofsaid Kelantan untuk menanduk cantik umpanan tinggi Zaquan tepat ke sasaran.
Negeri Sembilan kemudian memperoleh sepakan penalti pada minit ke-58 selepas pertahanan Kelantan, Mohd Zamri Ramli, menjatuhkan Zaquan. Penyerang itu kemudiannya mudah merembat ke sebelah kiri gol untuk memperdaya Halim. Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol sagu hati Kelantan apabila merembat cantik bola sepakan percuma pada minit-minit terakhir permainan. Tonggak utama pertahanan Negeri Sembilan, Shukor Adan, melengkapkan malam gemilang pasukannya apabila dipilih sebagai penerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Hadiah kepada pasukan juara disampaikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

THE STAR

KUALA LUMPUR: Negri Sembilan ended their 61-year drought in the Malaysia Cup after posting a convincing 3-1 victory over Kelantan in the final at the National Stadium in Bukit Jalil last night.
Goals from Shahurain Abu Samah (18th), Hairudin Omar (46th) and a Mohd Zaquan Adha penalty (59th) were enough to ensure the Deer notched their 11th straight win and maintained their perfect record in the competition.

Indra Putra Mahayuddin pulled a goal back for the Red Warriors from a freekick deep into injury time, but it proved to be nothing more than a consolation.
Negri’s win, their first since 1948, also ended the dreams of the over 60,000 Kelantan fans who had braved the rain and floods back home to turn up for the final.
Kelantan’s search for a first major trophy in the Malaysian football scene continued after suffering their second Cup final defeat this year.
The Red warriors had also gone down on penalties to Selangor in the FA Cup final earlier this year.
For the 20,000-odd Negri fans in the stadium, victory was ample reward for making themselves heard and rallying steadfastly behind their team despite being vastly outnumbered.
Kelantan only have themselves to blame for conceding the opening goal after 18 minutes. Defender Zamri Ramli allowed the ball to slip away from his feet at the edge of his own penalty box.
The lurking Shahurain was quick to snap up the loose ball and shrugged off his marker before firing an unstoppable shot past Halim Napi into the top corner of the net.
Up until that point, Kelantan had seemed the more likelier side to score, with Daudsu Jamaluddin and skipper Indra Putra in commanding form in midfield. h nak cakap
But the tide turned after the opening goal, with Negri calling the shots and their defence holding firm throughout the match.
Kelantan’s veteran goalkeeper Halim was forced to make several vital saves for the remainder of the half, all of them efforts from striker Hairudin.
The Kelantan defence was caught napping again in the 22nd minute when they allowed Hairudin time to shoot at Halim’s near post. The keeper was up to the task not just to keep out the effort, but also a fine save to turn away a Hairudin header from the ensuing corner.
The Negri forward wasted two more chances to score before half-time, first firing straight at Halim from 20m out and then placing his close range header wide of the mark.
Kelantan coach B. Sathianathan made a double substitution at half-time, bringing on attackers Khalid Jamlus and Che Hishamuddin Hassan to boost the impotent strikeforce.
But it was Negri who took the lead straight from kick-off.
Hairudin got his bearings right when he beat the offside trap to meet Zaquan’s perfect lob with a weighted header that looped over Halim and into goal.
The match was over as a contest when Kelantan conceded a penalty just before the hour mark. Zamri hauled down Shahurain inside the box, and Zaquan made no mistake from the spot to seal Negri’s victory.
Despite having 30 minutes of play left, the Kelantan fans started heading for the exits. They also made their displeasure known by letting off firecrackers, throwing litter onto the track, tearing down their banners and setting fire to the plastic seats in the stadium.
hobin jang hobin...hobin jang hobin..hobin jang hobin...
masih terngiang-ngiang lagi kat telinga..walaupon aku tengok kat rumah..tapi aku jerit kuat gilee malam tu..jaringan shahurain terbaik la beb..huhu.. hairuddin omar pandai cari peluang walaupon separuh masa pertama sangat hampeh.. tabik spring kat zaquan sentiasa cari peluang untuk catat nama sebagai penjaring.. dapat jugak dengan sepakan penalti..ape pon memang terbaik la negeri sembilan main.. kalau tengok minit ke 60 rase dah boleh stop permainan.. yang penting Negeri Sembilan menang.. HOBEN JANG HOBEN

2 ulasan:

Faarihin berkata...

Salam.. tahniahlah atas kemenangan negeri sembilan yer.. (^__^)

Primadona69 berkata...

tahniah..
blog anda..
telah dianugerahkan..
sbg entry yg paling cepat dibuat..
copy n paste jek konspenye..
cuma ending jela...
hasil titik peluh saudara..
tu pun dah amik ms 23jam kan?
huhuhuhu
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...