nuffnang

Sabtu, 28 April 2012

Kenangan di Sek. Keb. Mendum Lenggeng Part 1

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dah seminggu masa berlalu.. tapi kenangan ayie mengajar guru ganti di sekolah ini sangat dikenang.. walaupun ada juga yang nakal..yang mendengar kata.. yang main-main dalam kelas..hehe.. ayie juga kadang-kadang garang juga dengan mereka.. macam marah, tarik telinga, tarik pipi, ketuk ketampi, berdiri atas kerusi, kene lepuk pakai buku, rotan bulu ayam, rotan pembaris panjang, rotan penyapu,dan lain-lain..huhu.. ayie nak minta maaf kepada semua sepanjang ayie mengajar korang :)

Untuk part 1 iaitu bahagian pertama kenangan ayie nak share gambar darjah 5.. darjah ini paling susah nak mengajar sebab macam-macam perangai ada.. dan kelas yang paling banyak mengeluh sebab ayie bagi banyak kerja sekolah..hehe.. jom layan gambar :)

Berdiri dari kiri: Nurul Hain, Akmal Daniel, Mohd Zubair, Mohd Nabil, Mohd Nor Hakimi, Mohd Syukri, Mohd Khuzairi, Mohd Muizzaidin, Mohd Ekmal Hakim dan Azlien  Azuana
Duduk dari kiri: Balqis Maisarah, Nureen Ilyana, Farah Natasaya, Syarah Najwa, Nur Fazreen





Harap korang lepas ini berjaya pada masa hadapan :)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Part 2 akan datang !

Ahad, 15 April 2012

Tip Dan Panduan Temuduga

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Sempena tawaran kerja yang banyak kalau tengok di jobstreet atau jobsmalaysia, ayie nak kongsikan sedikit langkah-langkah sebelum interview dan semasa interview.. ilmu mesti dikongsi :)

OBJEKTIF TEMUDUGA
  • Membolehkan majikan mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon
  • Mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan
  • Melihat tahap kematangan dan kejujuran calon
SEBELUM TEMUDUGA
  • Selidik profil syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon
  • Kenalpasti etika pakaian di tempat kerja
  • Ulangkaji hardskill
  • Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya
  • Kenalpasti lokasi temuduga
  • Sediakan sijil-sijil yang berkaitan
SEMASA TEMUDUGA
  • Beri ucapan selamat kepada panel
  • Mendengar dan menjawab dengan betul
  • Mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi
  • Bersikap tenang dan tidak gementar
  • Jangan menguasai temuduga
  • Jangan cerita masalah peribadi
  • Jangan bertengkar dengan ahli panel
  • Jangan mengkritik bekas majikan
  • Jangan makan atau mengunyah
  • Jangan bersikap protes sekiranya lambat dipanggil temuduga
AKHIR TEMUDUGA
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
  • Beri ucapan terima kasih kepada panel
  • Tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun
  • Pastikan barang-barang milik kita tidak tertinggal
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA TEMUDUGA
  • Jawapan secara bersahaja A'ah dan sebagainya
  • Bercakap terlalu perlahan atau lemah
  • Melakukan perbuatan yang mengganggu tumpuan panel temuduga
  • Mengunyah gula-gula getah atau makan gula 
  • Menggoyangkan kaki dan bersilang kaki
  • Menjegilkan mata
  • Menggunakan "slang" ketika menjawab soalan
  • Menyebut atau memanggil nama panel temuduga tanpa penggunaan gelaran yang sepatutnya\
  • Memotong percakapan panel temuduga
ADAB BERPAKAIAN DAN KETRAMPILAN DIRI

LELAKI
  • Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher
  • Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap
  • Berambut pendek dan kemas serta janggut di potong rapi
  • Tali pinggang yang dipakai mesti sama dengan kasut yang dipakai
  • Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan "cuff-link"
WANITA
  • Memakai pakaian yang sepadan
  • Tidak memakai pakaian warna terang atau striking
  • Tidak memakai pakaian seperti lelaki
  • Tidak memakai pakaian menjolok mata
  • Memakai kasut bertumit
  • Rambut disisir rapi atau diikat bagi yang tidak bertudung
  • Tidak dibenarkan mewarnakan rambut berwarna merah, biru, ungu dan berwarna warni
  • Jangan memakai aksesori yang berlebihan
  • Tidak menggunakan solekan dan wangian yang berlebihan


 Ayie sayang anda ♥♥♥ dah baca tip ni baru semangat nak pergi interview :)

Sabtu, 14 April 2012

Pemenang Anugerah Nasyeed.Com 2012

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Siaran langsung tertunda di tv Al-Hijrah pada pukul 10 malam hari Jumaat 13 April 2012 berlangsungya Anugerah Nasyeed.Com 2012

Senarai Pemenang

Lagu Terbaik
Dia Muhammad - Inteam
Komposer, Lirik & Penerbit oleh Frizdan


Vokal Terbaik
Inikah Petanda - Rabbani dan Mawi


Susunan Muzik Terbaik
Dia Muhammad - Inteam
Penggubah oleh Along Exist


Lirik Terbaik
Menanti Di Barzakh - Far East
Lirik oleh Ito Lara


Video Klip Terbaik
Pedoman - Nora feat Voice of Ummi


Anugerah Juara Carta Muzik Nasyeed.Com
Bebas Palestin - Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart


Khalifah Nasyeed
Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin

Nasyeed Cinta Popular
Saat Lafaz Sakinah - Far East


Nasyeed Amar Popular
Berjalan Tanpa Henti - Deevotes


Nasyeed Munajat Popular
Menanti Di Barzakh - Far East


Nasyeed Perjuangan Popular
Bebas Palestin - Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart


Nasyeed Sirah Popular
Sumayyah - Hijjaz


Nasyeed Selawat Popular
Binnabil Huda - UNIC



 Ayie sayang anda ♥♥♥ teringat zaman sekolah rendah join nasyid :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...