nuffnang

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Kebaikan Berpuasa


Kebaikan Berpuasa Antaranya:

Sifat ikhlas:

Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukanya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

Mujadalah dan kekentalan jiwa:

Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

Sabar:

Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.

Memelihara fizikal:


Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Prihatin dan belas kasihan:

Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

Membuka hijab antara diri dengan Allah:


Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

Mengenali erti kejayaan sebenar:

Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

Rasa belas dan lemah lembut:


Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

Memperkukuhkan Kesatuan Ummah:

Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adaah perkara dharuriah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

Merapatkan hubungan dengan alam:

Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

Menjaga Masa:


Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

Kesihatan Tubuh Badan:

Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Pengertian puasa dan Fadhilat puasa

Pengertian:
Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah
meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat

Fadhilat Puasa dan Bulan Ramadhan


Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah!, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan,
berhentilah!, dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru
itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan). (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)


Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan
pula akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. Dalam sebuah hadith,dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan2, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara keistimewaan puasa juga, Allah S.W.T. akan mengandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalanamalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Sabda
Rasulullah s.a.w.:

Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya
hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua ke-gembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah s.a.w.
bersabda:


“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat Al-Nasa’i dan Ibn Huzaimah pula disambung lagi: “Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya.”

Jumaat, 13 Ogos 2010

Karaoke di bulan Puasa??

Hari Khamis..second day puasa..Penny minta tolong hantar pergi ke Mahkota Parade kejap.. so ayie tolong la bawak 4 lagi kawan dia..so sekarang ni dah lengkap geng power rangers..hehe.. ida, nuri, bibi, dan nad.. ayie sebenarnyee tak tahu tujuan diorang nak pergi Mahkota Parade.. dah sampai kaunter Parkson..masing-masing nak cuba dapatkan gambar untuk tempat counter service.. rupanya ni projek Quality Management untuk penny dan nuri.. sebab dia nak tukar tajuk Quality Management dari quality assurance kepada Quality counter service..hmm.. tapi akhirnya diorang tak berani nak ambil gambar.. sebab ada cctv??huhu..ok la

Rasanye masa lambat lagi nak buka.. so memasing cari idea untuk melengahkan masa.. mulanya nak pergi main boling..tapi takut stress lak main boling..akhirnyaa pergi tempat karoeke..nad ngan nuri keluar duit.. so dalam masa sejam dok dengar diorang nyanyi je.. ayie xnak join sebab perut ni dah bebunyi dah..boleh kalah band kumpulan hujan..huhu.. nyanyi lagu raya yang penting sekali..hehe..bila masa dah dekat 7.30 so karaoke pula tak berhenti stop..mintak nad dengan bibi tolong belikan air kat kaunter karaoke tu.. so teguk la dulu air untuk buka puasa..


dah habis karaoke pergi buka puasa dekat KFC..hmm ayam seketul seorang.. dengan wadges.. seronok makan KFC secara berjemaah ni..hehe.. seorang bayar RM10.. so bila pembahagian ayam tu.. aku dapat ayam kecil jee..mintak tolong nad tukar ayam besar ssikit..huhu.. kedekut pulak orang ni..dah la makan sorang seketul..ayam kecil je..huhu

yang gambar kat atas tu la ayam ngan nasi..besh la juga..walaupun rasa tak keenyang pun..huhu.. air minta air milo..errkk air milo bagi ayie tak sedap..sangat pahit..baik minum kopi je..hmmm.. dah setel makan..kononnya nak balik la..huhu..tapi memasing hilang pula..peni ngan nuri hilangkan diri naik atas untuk pergi naik kerusi pengurut rm1..huhu..pelik la power rangers ni..huhu.. dah urut rm1..penny ajak main bola jaring..haha.. bola keranjang rupanya.. penny dengan nury ajak lawan..ok..nad dengan bibi..penny dengan nuri dan ayie dengan ida..lawan siapa dapat skor tinggi..
akhirnya team ayie ngan ida menang..yeaahh..haha..lawan 2 set..team ayie menang lagi..hehe.. sian dekat nury ngan penny..hehe.. lain kali cuba lagi yee..huhu

sebelum balik kerumah masing-masing.. ida minta tolong hantar pergi MYDIN.. beli barang dapur..hmm.. itu je la nak cerita second day puasa ni..


Third puasa beli nasi kerabu..huhu sudah lama kawe dok mkn nasi kerabu..huhu..ok la..kerabu style melaka..hehe..ok tu je la nak cerita..esok ada kelas..dan lepas kelas nak balik seremban....adiouss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...