nuffnang

Sabtu, 23 April 2016

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Ahzaab

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dengan Nama Alah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1. Wahai Nabil tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah maha mengetahui lagi maha bijaksana

2. Dan turutkanlah akan apa yang diwahikan kepadamu dari tuhanmu, dan janganlah menurut adat resam jahiliyah, sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan

3. Dan berserlah kepada Allah dan janganlah menumpukan harapanmu kepada orang lain kerana cukuplah Allah menjadi pentadbir urusanmu

4.Diperintahkan dengan yang demikian kerana Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya dan ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu 'zihaar'kan itu sebagai ibu kamu, dan ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, segabai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan ingatlah Allah menerangkan yang benar dan dialah jua yang memimpin ke jalan yang betul

5.Panggillah anak-anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa meraka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai maula-maula kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi yang dikira berdosa itu ialah perbuatan yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani






 Ayie sayang anda ♥♥♥ TERUSKAN BERBLOGGING

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...