nuffnang

Isnin, 29 Julai 2013

PENGERTIAN 5 AYAT ALQURAN: SURAH AL-MAA'IDAH

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan lagi maha Penyayang

1. Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu memakan binatang-binatang ternak dan sebagainya kecuali apa yang dibacakan tentang haramnya bagi kamu. Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukuman apa yang Ia kehendaki.

2. Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu ingat membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati dan binatang-binatang yang dihadiahkan ke Mekah untuk dikorbankan dan mengenai kalong kalong binatang itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari tuhan mereka dengan jalan perniagaan dan mencari keredhaanNya dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haram itu mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya bagi sesiapa melanggar perintah Allah.

3. Diharamkan kepada kamu memakan bangkai binatang yang tidak disembelih, dan darah yang keluar mengalirdan daging babi termasuk semuanya dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat kamu sembelih sebelum habis nyawanya, dan yang disembelih atas nama berhala dan diharamkan juga kamu menengoknasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa daripada memesongkan kamu dari agama kamu setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya. Sebab itu kamu janganlah takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamuagama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerena kelaparan memakan benda yang diharamkan sedang ia cenderung hendak melakukan dosa maka ia boleh memakannya kerana sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.

4. Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad "Apakah makanan yang halal bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah "Dihalalkan bagi kamu memakan yang lazat-lazat serta baik-baik, dan buruan yang ditangkap oleh binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar untuk berburu mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya adab peraturan memburu sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya ketika kamu melepaskannya berburu dan bertaqwalah kepada Allah dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah. Sesungguhnya Allah maha cepat hitungan hisabnya.

5. Pada masa ini dihalakan bagi kamu memakan makanan yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan sembelihan orang-orang yang diberikan kitabitu adalah halal bagi kamu dan makanan sebelihankamu adalah halal bagi mereka tidak salah kamu memberi makan kepada mereka. Dan dihalalkan kepada kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan kitab dahulu daripada kamu apabila kamu memberi maskahwinnya, sedangkamu dengan cara demikian  bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkarakan syariat Islamssuadah ia beriman maka sesungguhnya gugurlah amalan yang baik dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


 





 Ayie sayang anda ♥♥♥

Ahad, 28 Julai 2013

PENGERTIAN 5 AYAT AL-QURAN: SURAH AN-NISAA'

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama allah yang maha pemurah dan maha mengasihani

1. Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu iaitu bermula dari diri yang satu iaitu Adam daan menjadikan daripada iaitu Adam itu pasangan iaitu isterinya Hawa dan juga membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta menyebut-nyebutnyanamaNya, serta peliharalahhubungan silaturrahimkaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati iaitu mengawasi kamu

2. Dan berikanlah kepada anak-anak yatim iaitu yang telah baligh itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka iatu menghimpunkannya dengan harta kamu kerana sesungguhnya iaitu yang demikian itu adalah dosa besar.

3. Dan jika kamu takut berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim iaitu apabila kamu berkahwun dengan mereka, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua tiga atau empat. Kemudian kamu bimbang tidak akan berlaku adiliaitu diantara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah dengan seorang sahaja, atau pakailah hamba-hamba perempuanyang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

4. Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagiandari maskahwinnya maka makanlah gunakanlah pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya

5. Dan janganlah kamu berikan atau serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta merekayang ada dalam jagaan kamu, harta yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asaspembangunan kehidupan kamu dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya yang kamu perniagakan, dan juga berkatalah kamu dengan kata-kata yang baik

KEK KUKUS KAK NGAH




 Ayie sayang anda ♥♥♥ Macam takde budget baju raya je

Sabtu, 27 Julai 2013

PENGERTIAN 5 AYAT AL-QURAN: SURAH ALI-IMRAN

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang maha pemurah dan lagi maha pengasihani

1. Alif laam miim

2. Allah, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya

3. Ia menurunkan kepadamu wahai Muhammad kitab suci Al-quran dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi kitab-kitab suci yang diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil

4. Sebelum Al-Quran diturunkan menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan ia juga yang menurunkan Al-Furqaan iaitu yang membezakan antara yang benar dengan yang salah. Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan ingatlah Allah maha kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa pada golongan yang bersalah

5. Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadanya sesuatu pun kepada muka bumi dan juga yang ada di langit

                                                           KEK KUKUS KAK NGAH



 Ayie sayang anda ♥♥♥ Hari ini masuk gaji

Jumaat, 26 Julai 2013

PENGERTIAN 5 AYAT AL-QURAN: SURAH AL-BAQARAH

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyayang

1. Alif Laam Miim (Hanya allah yang mengetahui)

2. Kitab itu Al-Quran tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang-orang yang taqwa

3. Iaitu orang-orang yang beriman (percaya) kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka

4. Dan orang-orang yang beriman kepada (Kitab) yang diturunkan kepada engkau (ya Muhammad) dan (Kitab-kitab) yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin akan adanya (hari) akhirat.

5. Mereka itu atas petunjuk dari pada Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang menang.


                                                          KEK KUKUS KAK NGAH


 Ayie sayang anda ♥♥♥ Selamat Berpuasa Semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...