nuffnang

Rabu, 9 September 2009

TAZKIRAH RAMADHAN


Hotlink tiap-tiap hari hantar tazkirah ramadhan @ hikmah ramadhan..aku nak kongsi laa sikit


24 August 2009


Berniat puasa pada malam harinya. Sabda Nabi Muhammad SAW: Brgsiapayang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya-Ahmas dan Ashabus Sunan


25 August 2009


Lewatkan bersahur dan cepatkan berbuka puasa kerana Rasulullah SAW menggalakkan perkara yang sedemikian bagi keringanan umatnya


26 August 2009


Banyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan itu bulan kesabaran dan ganjaran di sisi Allah adalah syurgaNya dengan penuh dengan nikmat


27 August 2009


Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa kerana perbuatan yang sedemikian akan membuatkan kita jadi malas dan mudah beroleh penyakit


28 August 2009


Basahkan lidah dengan memperbanyakkan zikir kerana ia dapat menyuci dan menenangkan jiwa di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini


29 August 2009


Berpuasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan sambil mengharapkan ganjaran daripada Allah, nescaya diampunkan dosa terdahulu


30 August 2009


Bersahur membezakan cara berpuasa org Muslim dan org Yahudi. Sabda Nabi SAW: Sahurlah kamu kerana dlm sahur itu ada keberkatannya-Bukhari dan Muslim


31 August 2009


Cuba sedaya upaya untuk mengawal pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang dilarang serta tercela lagi terkutuk di sisi Allah Taala


1 September 2009


Cukupkan solat sunat Tarawih serta Witir sepanjang Ramadhan kera ia hanya ada pada bulan ini sahaja dan tidak terdapat pada bulan2 yang lain


2 September 2009


Elakkan makan daripada makanan yg syubhah iaitu ragu2 smada ia halal atau haram dan yang ternyata haramnya ketika berbuka puasa atau bersahur


3 September 2009


Hidupkan mlm2 Ramadhan dgn solat pasti beroleh keampunan. Sabda Nabi SAW:Sesiapa yg bersolatpd mlm2 Ramadhan akan diampunkan dosanya-Bukhari


4 September 2009


Jangan banyakkan tidur di siang hari kerana hanya tidur orang berpuasa yang berpada-pada sahaja akan dikira sebagai ibadah


5 September 2009


Memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta memahami isi kandungan Al-Quran. Ganjaran pahala yang besar menanti khususnya di bulan Ramadhan ini


7 September 2009


Menyediakan makanan utk org berbuka puasa, besar ganjarannya. Sabda SAW:Pahala orang yg beri mkn berbuka puasa sama dgn org2 yg brpuasa-Tirmizi


8 September 2009


Org berpuasa lalu membuat amalan2 sunat, diampunkn dosa serta tergolong dlm org2 benar. Sabda SAW:Sesiapa hidupkan Ramadhan terampun dosanya-Bukhari


9 September 2009


Hidupkan tadarus Al-Quran. Nabi SAW pernah menjelaskan bhw sebaik2 ibadah umatnya ialah mebaca Al-Quran, apatah lagi pd bulan Al-Quran diturunkan


hmm itu sahaja utk hari nie..nnt smbg lagi..selamat berpuasa...:)


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...