nuffnang

Jumaat, 30 Januari 2009

LAGU UITM

UiTM Di Hatiku

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera-puterinya
pelopor hidup budaya bangsa, agama dan negara
membentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Kuyang melangkah kesini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku..
Majulah bangsa.. maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya demi bangsa
watikah yang kumiliki
kan ku semat dihati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati
membela negara
doa restu ayah bondaku
untukmu semua
UiTM... Usaha Taqwa Mulia...


Wawasan Setia Pelajar
Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita… jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita… jangan mudah terleka
kemajuan, keamanan yang ada
Kita… berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
UNTUK NE.GA.RA.KU.

Lagu Warisan
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap diarus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Pribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutup lah hati terkunci mati,
Maruah pribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kini sudah tiada masa,
Majulah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayukan gagah dinusantara,
Melayukan gagah dinusantara

4 ulasan:

~♠♠~ faradyla ~♠♠~ berkata...

fara try dwld lgu nie tp xjmpe2 pon..nk kene hafal lagu nie...coz time kesatria kne nyanyi...tp lgu nie mmg best kan??

Tanpa Nama berkata...

yer ker best fara!??
tak pernah dengar la pulak kan..
hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Boleh download di http://tinyurl.com/tesline <- tgk kat bahagian category (belah kanan page) pilih: UiTM

ayie berkata...

jom try download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...