nuffnang

Isnin, 25 Mei 2015

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Luqman

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Alif, Laam, Miim

2. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap dan kukuh

3. Menjadi hidayah pertunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik

4. Iaitu orang yang mendirikan sembahyang dan zakat, serta mereka yang yaqin tentang adanya hari akhirat

5. Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah pertunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya





 Ayie sayang anda ♥♥♥Doakan kejayaan Fun Run TM

Isnin, 18 Mei 2015

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Ar-Ruum

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Alif, Laam, Miim

2. Orang-orang Rom telah dikalahkan

3. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kalahkannya itu akan mengalahkan lawannya

4. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira

5. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemengangan kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan dialah jua yang maha kuasa, lagi maha mengasihani

KEK KUKUS KAK NGAH



 Ayie sayang anda ♥♥♥ NAK JOIN FUN RUN

Isnin, 4 Mei 2015

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Ankabut

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Alif, Laam, Miim

2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata,"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan

3. Dan demi sesungguhnyakami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian, nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyatapula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta

4. Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab kami? amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu

5. Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah untuk menerima balasan, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba dengan tidak syak lagi dan Allah jualah yang maha mendengar lagi maha mengetahui




 Ayie sayang anda ♥♥♥ macam mana hari ini lagi baik dari semalam?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...