nuffnang

Isnin, 31 Mac 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Maryam

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani

1. Kaaf Haa Yaa Ain Saad

2. Ini ialah perihal limpahan rahmat Tuhanmu wahai Muhammad kepada hambaNya Zakariya

3. Ingatlah peristiwa tatkala Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, dengan permohonan secara perlahan

4. Ia merayu dengan berkata "Wahai Tuhanku Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putihmelepaklah uban kepalaku, dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonan kepada Mu

5. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas agama sepeninggalanku, dan isteriku pula adalah seorang yang mandul oleh itu kurniakanlah daku dari sisimu seorang anak lelaki




https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630




 Ayie sayang anda ♥♥♥ END OF mARCH

Isnin, 24 Mac 2014

Pengertaian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Kahfi

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dengan nama yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang menurunkan kepada hambaNya Muhammad, kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok terpesong

2. Bahkan keadaannya tetap benar lagi menjadi pengawas, turunnya Al-Quran untuk memberi amaran kepada orang-orang yang ingkar dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberikan berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik

3. Mereka tinggal tetap dalam balasan yang baik itu selama-lamanya

4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata "Allah mempunyai anak"

5. Sebenarnya mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenaninya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka, besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka, mereka hanya mengatakan perkara yang dusta



https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630





 Ayie sayang anda ♥♥♥ pertengan bukan tak ada duit

Isnin, 17 Mac 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Israa'

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang

1.  Maha suci Allah yang telah menjadikan hambaNya Muhammad pada malam hari dari masjid AlHaraam di Mekah ke masjid Al-Aqsa di Palestin, yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepada tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui

2. Dan Kami telah memberikan nabi Musa Kitab Taurat dan kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Isra'il serta kami perintahkan mereka "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya

3. Wahai keurunan orang-orang yang telah kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh di dalam bahtera. Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur

4. Dan kami menyatakan kepada Bani Isra'il dalam kitab itu "sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi Palestin dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong dan angkuh dengan melampau-lampau

5. Maka apabila sampai masa janji membalaskederhakaan kamu kali yang pertama dari dua kederhakaan itu, kami datangkan kepada kamu hamba-hamba kami yang gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau membunuh dan membinasakan kamu, dan sebenarnya peristiwa itu adalah satu janji yang tetap berlaku





 Ayie sayang anda ♥♥♥ Saya dah umur 26 tahun :)

Isnin, 10 Mac 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah An-Nahl

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1.Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah , maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha Tinggilah Ia daripada perbuatan syirik yang mereka lakukan

2. Ia menurunkan malaikat membawa wahi dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hamba yang layak menjadi Rasul, lalu Ia berfiman kepada Rasul-rasul"Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu bertaqwalah kamu kepadaKu

3. Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan

4. Ia menciptakan manusia dari air benih, setelah sempurna kejadiannya, tiba-tiba jadilah ia seorang pembantah yang terang dan jelas bantahannya

5. Dan bintang-bintang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu, terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain dan daripadanya juga kamu makan


https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630


 Ayie sayang anda ♥♥♥

Isnin, 3 Mac 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Hijr

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Alif, Laam, Raa. Ini ialah ayat-ayat kitab yang lengkap sempurna dan Al-Quran yang memberi penjelasan

2. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam

3. Biarkanlah mereka makan dan bersenan-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan daripada bertaubat dan insaf, kemudian mereka akan mengetahui kelak bencana perbuatan mereka

4. Dan tiadalah kami binasakan penduduk sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh tertentu dan termaklum

5. Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak mengundurkannya



https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630


 Ayie sayang anda ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...