nuffnang

Jumaat, 28 Februari 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Ibrahim

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani

1. Aliff Laam Raa. Ini ialah kitab Al-Quran Kami turunkankan dia kepadamu wahai Muhammad, supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnyadari gelap gelitakufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka kejalan Allah yang maha kuasa lagi maha terpuji

2. Allah jua yang memiliki segalayang ada di langit serta yang ada di bumi dan kecelakaan besar bagi orang-orangyang kufur ingkarterhadap Al-Quran dari azab yang berat yang akan menimpa mereka kelak

3.Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih kepada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus dalam kesesatan yang jauh terpesong

4.Dan kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskanhukum-hukum Allah kepada mereka.Maka Allah menyesatkansesiapa yang dikehendakiNya menurut undang-undang peraturanNya, juga memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapayang dikehendakiNya menurut undang-undangperaturanNya dan dialah jua Yang Maha Kuasalagi maha Bijaksana

5. Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa pada masa yang lalu dengan membawamukjizat-mukjizatKami sambil kami berfirman"hendaklah kau mengeluarkan kaummu dari gelap gelita kufurkepada cahaya iman, dan ingatkanlahmereka dengan Hari-Hari Allah. Sesungguhnya demikian itu mengandungi tanda-tanda menunjuk kekuasaan Allahbagi tiap-tiap orang yang bersabar, lagi kuat bersyukur




 Ayie sayang anda ♥♥♥ setel bulan 2

Isnin, 17 Februari 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Ar-Ra'd

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

1. Alif, Laam, Miim, Raa. Ini ialah ayat-ayat kitab Al-Quran, dan apa yang diturunkan kepada mu wahai Muhammad dari Tuhan-mu adalah benar tetapi kebanyakan manusia tidak mahu beriman

2. Allah jualah yang menjadkan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di 'Arasy, dan Ia memudahkan matahari dan bulan untuk faedah makhluk-makhluknya, tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan, Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan, Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk menerima balasan

3. Dan dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang terdiri kukuh serta sungai-sungai yang mengalir. Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikannya pasangan dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu berfikir

4. Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan tetapi berlainan keadaannya, dan pada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar kurma yang berumpun, semuanya disiram dengan air yang sama dan kami lebihkan buah setengahnya yang lain pada bentuk, rasa dan baunya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mahu berfikir serta memahaminya

5. Dan jika engkau merasa hairan wahai Muhammad maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafiritu yang mengatakan "Adalah apabila kami telah menjadi tanah, beulkah kami pula akan hidup semula dalam benuk kejadian yang baharu?" Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan mereka, dan merekalah yang dibelenggu pada leher mereka dan mereka juga ahlineraka, mereka kekal di dalamnya


https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630


 Ayie sayang anda ♥♥♥ macam nak tukar tempat kerja je
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...