nuffnang

Ahad, 5 Oktober 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Hajj

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar

2. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap kali ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya, dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

3. Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan

4. Yang telah ditetapkan kepada tiap-tiap syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnyakepada azab mereka

5. Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak ragu-ragu tentang kebangkitan makhlukhidup semual pada hari kiamat, maka perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia kerana sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian kepada titik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan, kami jadikan secara demikian kerana kami hendak menerangkan kepada kamu kekuasaan kami, dan kami pula menetapkan dalam kandungan rahim ibu mengandung itu apa yang kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya, kemuadian kami mengeluarkan kamuberuapa kanak-kanak, kamudian kamu dipeliharahingga sampai ke tahap umur dewasadan ada pula dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatuyang telah diketahuinya dahulu, Dan ingatlahsatu bukti lagi, engkau melihat bumi kering, kemudian kami menurunkan hujan menimpanya, berheraklah tanahnya dengan tumbuh-tumbuhan merecup tumbuh, dan gembur mebusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai

Ayie sayang anda ♥♥♥  Selamat Hari Raya Qurban


https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630


 Ayie sayang anda ♥♥♥

Isnin, 14 Julai 2014

GERMANY CHAMPION FIFA WORLD CUP 2014

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Germany berjaya memenangi World Cup 2014 di Rio Di Janeiro dengan mengalahkan Argentina 1-0 pada 113 minit oleh jaringan Mario Gotze


Dengan ini Germany dapat menjulang trofi Piala Dunia 2014 di Brazil


1


0

Senarai pemain Germany:

1. Manual Neur (GK)
2. Kevin Grosskreutz (DF)
3. Matthias Ginter (DF)
4. Benedikt Hoewedes (DF)
5. Mat Hummels (DF)
6. Sami Khedira (MF)
7. Bastian Sechweinteiger (MF)
8. Mesut Oezil (MF)
9. Andre Schuerrle (FW)
10. Lukas Podolski (FW)
11. Miroslav Klose (FW)
12. Ron Robert-Zieler (GK)
13. Thomas Mueller (FW)
14.Julian Draxler (MF)
15. Erik Durm (DF)
16. Phillip Lahm (MF)
17. Per Mertesacker (DF)
18. Toni Kross (MF)
19. Mario Goetze (FW)
20. Jerome Boateng (DF)
21. Shkodran Mustafi (DF)
22. Roman Weidenfellar (GK)
23. Christoph Kramer (MF)
25. Loew Joachim (COACH)

Senarai pemain Argentina 

1. Sergio Ramero (GK)
2. Ezequiel Garay (DF)
3. Hugo Campagnaro (DF)
4. Pablo Zabaleta (DF)
5. Fernando Gago (MF)
6. Lucas Biglia (MF)
7. Angel Di Maria (MF)
8. Enzo Perez (MF)
9. Gonzalo Higuain (FW)
10. Lionel Messi (FW)
11. Maxi Rodriguez (MF)
12. Agustin Orion (GK)
13. Augusto Fernandez (MF)
14. Javier Mascherano (MF)
15. Martin Demichelis (DF)
16. Marcos Rojo (DF)
17. Federico Fernandez (DF)
18. Radrigo Palacio (FW)
19. Ricardo Alvarez (MF)
20. Sergio Arguero (FW)
21. Mariano Andujar (GK)
22. Ezequiel Lavezzi (FW)
23. Jose Maria Basanta (DF)
24. Sabella Allejandro (COACH)

MAN OF THE MATCH

MARIO GOETZE


GOLDEN BALL
LIONEL MESSI

GOLDEN GLOVE

MANUEL NEUR

GOLDEN BOOT
 
\
JAMES RODRIGUEZ

FAIR PLAY

COLOMBIA

YOUNG PLAYER
PAUL POGBA


TEMPAT KE-3

NETHERLANDS



Ayie sayang anda ♥♥♥ n9 dengan germany sama je bendera hehe

Ahad, 13 Julai 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Anbiyaa'

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya

2. Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari tuhan mereka lepas, satu, melainkan mereka memasang telinga sambilmereka mempermain-mainkannya

3. Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata "Bukankah Muhammad ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibanwanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya"

4. Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad berkata"Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan yang dilahirkan dan disembunyikan oleh makhluk-makhluk di langit dan dibumi dan dialah jua yang maha mendengar lagi maha mengetahui

5. Mereka bukan sahaja mensifatkan Al-Quran sebagai sihir bahkan mereka menuduh dengan berkata "Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. Kalaulah benar mereka seorang rasul maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat yang dibawa oleh rasul-rasuk yang telah diutuskan dahulu"

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Final Worldcup 2014 Germany vs Argentina


https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630

Sabtu, 12 Julai 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran : Surah Taa Haa

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Too Haa

2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad supaya engkau menanggung kesusahan

3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

4. Al-Quran diturunkan dari Tuhan menciptakan bumu dan langit yang tinggi

5. Iaitu Allah Ar-Rahman yang bersemayam di 'Arasy


Add caption
 Ayie sayang anda ♥♥♥ Salam Ramadan 2014 semua :)

Isnin, 31 Mac 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Maryam

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani

1. Kaaf Haa Yaa Ain Saad

2. Ini ialah perihal limpahan rahmat Tuhanmu wahai Muhammad kepada hambaNya Zakariya

3. Ingatlah peristiwa tatkala Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, dengan permohonan secara perlahan

4. Ia merayu dengan berkata "Wahai Tuhanku Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putihmelepaklah uban kepalaku, dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonan kepada Mu

5. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas agama sepeninggalanku, dan isteriku pula adalah seorang yang mandul oleh itu kurniakanlah daku dari sisimu seorang anak lelaki




https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630




 Ayie sayang anda ♥♥♥ END OF mARCH

Isnin, 24 Mac 2014

Pengertaian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Kahfi

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dengan nama yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang menurunkan kepada hambaNya Muhammad, kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok terpesong

2. Bahkan keadaannya tetap benar lagi menjadi pengawas, turunnya Al-Quran untuk memberi amaran kepada orang-orang yang ingkar dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberikan berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik

3. Mereka tinggal tetap dalam balasan yang baik itu selama-lamanya

4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata "Allah mempunyai anak"

5. Sebenarnya mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenaninya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka, besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka, mereka hanya mengatakan perkara yang dusta



https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630





 Ayie sayang anda ♥♥♥ pertengan bukan tak ada duit

Isnin, 17 Mac 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Israa'

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang

1.  Maha suci Allah yang telah menjadikan hambaNya Muhammad pada malam hari dari masjid AlHaraam di Mekah ke masjid Al-Aqsa di Palestin, yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepada tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui

2. Dan Kami telah memberikan nabi Musa Kitab Taurat dan kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Isra'il serta kami perintahkan mereka "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya

3. Wahai keurunan orang-orang yang telah kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh di dalam bahtera. Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur

4. Dan kami menyatakan kepada Bani Isra'il dalam kitab itu "sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi Palestin dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong dan angkuh dengan melampau-lampau

5. Maka apabila sampai masa janji membalaskederhakaan kamu kali yang pertama dari dua kederhakaan itu, kami datangkan kepada kamu hamba-hamba kami yang gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau membunuh dan membinasakan kamu, dan sebenarnya peristiwa itu adalah satu janji yang tetap berlaku





 Ayie sayang anda ♥♥♥ Saya dah umur 26 tahun :)

Isnin, 10 Mac 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah An-Nahl

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1.Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah , maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha Tinggilah Ia daripada perbuatan syirik yang mereka lakukan

2. Ia menurunkan malaikat membawa wahi dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hamba yang layak menjadi Rasul, lalu Ia berfiman kepada Rasul-rasul"Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu bertaqwalah kamu kepadaKu

3. Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan

4. Ia menciptakan manusia dari air benih, setelah sempurna kejadiannya, tiba-tiba jadilah ia seorang pembantah yang terang dan jelas bantahannya

5. Dan bintang-bintang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu, terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain dan daripadanya juga kamu makan


https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630


 Ayie sayang anda ♥♥♥

Isnin, 3 Mac 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Hijr

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Alif, Laam, Raa. Ini ialah ayat-ayat kitab yang lengkap sempurna dan Al-Quran yang memberi penjelasan

2. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam

3. Biarkanlah mereka makan dan bersenan-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan daripada bertaubat dan insaf, kemudian mereka akan mengetahui kelak bencana perbuatan mereka

4. Dan tiadalah kami binasakan penduduk sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh tertentu dan termaklum

5. Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak mengundurkannya



https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630


 Ayie sayang anda ♥♥♥

Jumaat, 28 Februari 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Ibrahim

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani

1. Aliff Laam Raa. Ini ialah kitab Al-Quran Kami turunkankan dia kepadamu wahai Muhammad, supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnyadari gelap gelitakufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka kejalan Allah yang maha kuasa lagi maha terpuji

2. Allah jua yang memiliki segalayang ada di langit serta yang ada di bumi dan kecelakaan besar bagi orang-orangyang kufur ingkarterhadap Al-Quran dari azab yang berat yang akan menimpa mereka kelak

3.Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih kepada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus dalam kesesatan yang jauh terpesong

4.Dan kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskanhukum-hukum Allah kepada mereka.Maka Allah menyesatkansesiapa yang dikehendakiNya menurut undang-undang peraturanNya, juga memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapayang dikehendakiNya menurut undang-undangperaturanNya dan dialah jua Yang Maha Kuasalagi maha Bijaksana

5. Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa pada masa yang lalu dengan membawamukjizat-mukjizatKami sambil kami berfirman"hendaklah kau mengeluarkan kaummu dari gelap gelita kufurkepada cahaya iman, dan ingatkanlahmereka dengan Hari-Hari Allah. Sesungguhnya demikian itu mengandungi tanda-tanda menunjuk kekuasaan Allahbagi tiap-tiap orang yang bersabar, lagi kuat bersyukur




 Ayie sayang anda ♥♥♥ setel bulan 2

Isnin, 17 Februari 2014

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Ar-Ra'd

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

1. Alif, Laam, Miim, Raa. Ini ialah ayat-ayat kitab Al-Quran, dan apa yang diturunkan kepada mu wahai Muhammad dari Tuhan-mu adalah benar tetapi kebanyakan manusia tidak mahu beriman

2. Allah jualah yang menjadkan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di 'Arasy, dan Ia memudahkan matahari dan bulan untuk faedah makhluk-makhluknya, tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan, Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan, Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu untuk menerima balasan

3. Dan dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang terdiri kukuh serta sungai-sungai yang mengalir. Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikannya pasangan dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu berfikir

4. Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan tetapi berlainan keadaannya, dan pada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar kurma yang berumpun, semuanya disiram dengan air yang sama dan kami lebihkan buah setengahnya yang lain pada bentuk, rasa dan baunya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mahu berfikir serta memahaminya

5. Dan jika engkau merasa hairan wahai Muhammad maka sungguh menghairankan perkataan mereka yang kafiritu yang mengatakan "Adalah apabila kami telah menjadi tanah, beulkah kami pula akan hidup semula dalam benuk kejadian yang baharu?" Mereka itulah orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan mereka, dan merekalah yang dibelenggu pada leher mereka dan mereka juga ahlineraka, mereka kekal di dalamnya


https://www.facebook.com/pages/Kek-Kukus-Kak-Ngah/144998865564630


 Ayie sayang anda ♥♥♥ macam nak tukar tempat kerja je
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...