nuffnang

Isnin, 21 Oktober 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Hud

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Alif, Laam Raa. Al-Quran sebuah kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. Susunan dan penjelasan itu adalah dari sisi Allah yang maha bijaksana lagi maha mendalam pengetahuannya

2. Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. Katakanlah wahai Muhammad, "Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepadakamu, sebagai pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar dan pembawa berita gembira kepada orang-orang beriman.

3. Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu dari perbuatan syirik, kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya, supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik di dunia hingga ke suatu masa yang tertentu, dan di akhirat pula Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan dalam sebarang amal yang soleh akan pahala kelebihannya itu, dan jika kamu berpaling berpaling membelakangkan tiga perkara itu maka sesungguhnya aku bimbang kamuakan beroleh azab hari kiamat yang besar huru-haranya

4. Kepada Allah jualah kembalinya kamu dan Ia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu

5. Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan perasaan buruk yang ada dalam dada mereka daripada Allah. Ketahulah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya Ia maha mengetahui akan segala isi hati yang ada di dalam dada




 Ayie sayang anda ♥♥♥ jom kerja

Isnin, 14 Oktober 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Yunus

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang



1. Aliff Laam Raa. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh

2. Tidaklah patut adanya pada manusia yang ingkar itu perasaan hairan disebabkan Kami telah wahikan kepada seorang lelaki dari jenis mereka, Nabi Muhammad dengan firman kepadanya, "Berilah amaran kepada umat manusia yang ingkar dengan balasan azab dan sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka disebabkan amal-amal salih yang mereka kerjakan. Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang menggembirakan, berkatalah kepada orang-orang kafir yang merasa hairan itu, "Sebenarnya Al-Quran ini ialah sihir"

3. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, menyadbir segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaatmelainkan diizinkanNya. Yang bersifat demikian itulah Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan keadaankamu, maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya, patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan tersebut tidak mahu mengingatiNya

4.KepadaNyalah kembalinya kamu semua sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya hidup semula sesudah matinya, untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal salih dengan adil, dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari ar panas menggelegak dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.

5. Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar terang benderang dan bulan bercahaya, dan dialah uang menentukan perjalanan, tiap-tiapsatu itu berpindah-randah pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya sebenar. allah menjelaskan ayat-ayatNya tanda-tanda kebesaranNya satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmat sesuatu yang dijadikanNya




 Ayie sayang anda ♥♥♥ Kerja stress

Isnin, 7 Oktober 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah At-Taubah

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



1. Ini adalah pemutusan tanggungjawab pembatalan perjanjian dari Allah dan rasulnya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengingat perjanjian setia dengan mereka

2. Oleh itu hendaklah kamu hai kaum musyrik bergerak di muka bumi dengan bebasnya selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak terlepas dari azab seksa Allah. Dan ingatlah sesungguhnya Allah akan menghina orang-orang kafir dengan bala bencana di dunia dan azab seksa di akhirat

3. Dan inilah perisytiharan dari Allah dan Rasulnya kepada umat manusia, diisytiharkan pada hari raya haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah an Rasulnya memutuskan tanggungjwab terhadap orang-orang musyrik bertaubat dari kufur maka yang demikian adalah baik bagi kamu, dan jika kamu berpaling ingkar, maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan melepaskan diri dari azab seksa Allah. Dan khabarkanlah wahai Muhammad kepada orang-orang kafir bahawa mereka akan ditimpakan dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

4. Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia dengannya dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga habis tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

5. Kemudian apabila habislah masa bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu dimana sahaja kamu menemuinya dan tawanlah mereka dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat dari kekufurannya dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkan mereka jangan diganggu. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha mengasihani




 Ayie sayang anda ♥♥♥ bulan yang penat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...