nuffnang

Isnin, 30 September 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Anfaal

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah Yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang harta rampasan perang. Katakanlah "Harta rampasan perang itu terserah bagi allah dan Rasulnya untuk menentukan pembahagiannya. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilahkeadaan perhubungan di antara kamu serta taatilah kepada allah dan Rasulnya jika betul kamu orang-orang beriman

2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu sempurna imannya ialah mereka yang apabila disebut nama Allah dan sifatnya gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

3. Iatu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka.

4. Merekalah orangorang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpahan kurnia yang mulia di Syurga

5. Sebahagian harta rampasan perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran, maka tuhanmu wahai Muhammad mengeluarkanmu dari rumahmu untuk pergi berperang dengan kebenaran juga, sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sebenarnya tidak suka atau turut berjuang






 Ayie sayang anda ♥♥♥ goodbye september

Isnin, 23 September 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-A'raaf

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani



1. Alif Laam miim Saad

2. Al-Quran ini sebuah kitab yang diturunkan kepadamu wahai Muhammad dari tuhanmu. Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang ingkar dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.

3. Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad, "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamudari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah tetapi sayang  amatlah sedikit kamu mengambil peingatan

4. Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan iaitu datang dari azab seksa kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari

5. Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka mengakui dengan berkata "Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim"




 Ayie sayang anda ♥♥♥

Selasa, 10 September 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Ana'am



Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka

2. Dialah menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal kematian kamu dan satu ajal lagi tertentu di sisiNya iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat, dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu tentang hari pembalasan

3. Dan dialah Allah yang di sembah dan di akui kekuasaanNya dilangit dan di bumi, Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

4. Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka yang kafir dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya enggan menerimanya

5. Sesungguhnya mereka mendustakan kebenaran Al-Quran ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita yang membuktikan kebenaran apa yang mereka selalu ejek-ejek itu iaitu mereka akan ditimpa bala bencana

KEK KUKUS KAK NGAH



 Ayie sayang anda ♥♥♥ Isnin yang memenatkan.. Malaysia menang lawan Myanmar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...