nuffnang

Memaparkan catatan dengan label seremban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seremban. Papar semua catatan

Isnin, 25 Julai 2011

Selamat Hari Lahir Encik Mohd Ali


Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Selamat ulang tahun kelahiran diucapkan kepada abah ayie.. Mohd Ali bin Abu Bakar.. hari ini 25 julai adalah hari jadi abah.. ayie ucapkan semoga panjang umur dan murah rezki..

abah lahir pada 25 julai 1951 di johol kuala pilah.. sekarang abah dah pencen 4 tahun.. dan sekarang selalu berkepit dengan cucu terbarunyee..si syifa.. syifa kalau jumpa atok dia..berkejaran nak suruh atok dukung.. syifa dengan a
tok dia tak boleh berenggang..hehe

itu sahaja entry khas dari anakmu untuk abah yang tersayang.. happy birthday :)


Ayie sayang anda ♥♥♥ semua orang minat bisness.. kenapa ayie belum minat bisness yee??huhu

Sabtu, 9 Julai 2011

Happy Birthday To My Lovely Mother Puan Normah Baharuddin

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Selamat hari lahir ayie ucapkan kepada emak ayie tang tercinta Puan Normah Baharuddin pada hari ini 9 julai... dan ayie sangat gembira dapat wish mak pada tepat 12 malam..hehe.. mak masa itu belum tidur.. so dapat ucap happy birthday dan cium kedua-dua belah pipi.. happy sangat.. emak lahir pada 9 julai 1959 di kg Serting Ilir Batu Kikir, Negeri Sembilan.. so sekarang emak berumur 52 tahu.. masih aktif berniaga.. kalau jumpa orang mula la bercerita pasal bisnes.. memang emak seorang bisness minded.. tapi ayie kurang kepada bisness..hmm belum dapat seru lagi kot..hehe..

so ayie harap emak bertambah sihat, panjang umur dan murah rezki... emak jangan risau bila ayie dah dapat kerja ayie akan bantu kewangan keluarga..itu pasti.. dan ayie nak minta maaf semasa menjadi anak emak banyak buat emak sakit hati.. ayie selalu buat kesilapan..huhu..

SELAMAT HARI JADI EMAK :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ harapan ayie semoga umat Malaysia esok tiada yang kehilangan nyawa atau kehilangan darah.. keamanan milik Malaysia..:)

Sabtu, 2 Julai 2011

Jom Join Giveaway Gadis Desa

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Entry kali ini ayie nak join GA Nurul Ain.. untuk pengetahuan semua Ain ni junior ayie masa sekolah menengah.. agak rapat bila dia pun pengawas juga masa form 2 dan ayie form 5.. dan bila dia masuk form 5 dia dilantik sebagai ketua pengawas.. waa hebat gak tu...

Nak tahu syarat-syarat kontest GA ni boleh klik sini...

ok ayie nak tag 2 orang.. macam biasa ayie suka tag the latest follower.. sila join yee..



Ayie sayang anda ♥♥♥ apa la khabar larian 1 Malaysia tu..hehe

Jumaat, 1 Julai 2011

MOVIE: Green Lantern ~~ hero yang sengal


Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Hari isnin lepas ayie dan 2 orang kawan baik semasa form 5 pergi menonton wayang cerita hijau tanglung.. green lantern..hehe.. lakonan yang mantap dan hero dia suka buat perangai gila-gila..

Rey Renolds sebagai Hal Jordan.. seorang pilot yang suka buat keputusan sendiri dan akibatnyee kene gantung kerja.. awek dia Carol Ferris memberi peluang kedua kepada Hal untuk mengelak Hal kene buang kerja..sebab awek dia naib presiden bagi syarikat pesawat..

So kat atas dunia sana Green Latern Corp ada masalah dengan makhluk jahat Parallax.. nak menghancurkan corp ni.. so senior corp, Abin Sur lari ke bumi sebab nak cari pengganti cincin dia.. so cincin memilih Hal.. dan bermula
la Hal sebagai hero bumi sebab dia seorang je manusia yang dipilih kat bumi..ceehh hebat tu.. Parallax hantar seorang wakil nak musnahkan owner baru cincin Abin Sur.. Dr. Hector menjadi wakilnyee.. Ayie tengok Hector ni dah macam mengidap penyakit otak je..hehe.. bila dah jadi wakil orang jahat.. so parallax datang sendiri ke bumi nak bunuh Hal.. tapi dengan keberanian Hal dapat bunuh Parallax ke Matahari.. sonang cito eh..

Best nak jadi Green Latern Corp sebab senjata kita akan keluar apa sahaja yang kita fikir.. macam nak elak kene tembak.. boleh fikir KLCC..haha.. kebabom..meletop KLCC..haha..just kidding.. so korang tengok la cerita ni selanjut.. cerita ni up sikit dari cerita Speed 5.. tapi Thor tetap filem terbaik ayie tahun ini.. isnin depan tengok cerita Transfomers..huhu.. isnin je cuti..


tu dia anak Malaysia jadi Green Latern Corp.. sorry tak cukup pencahayaan..haha.. layan kan ajoo

Ayie sayang anda ♥♥♥ mahu kerja lebih pantas hari ini..

Khamis, 30 Jun 2011

Blog Review: Nasz Genji menjadi pilihan nombor kesukaan Ayie "555"

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Entry pilihan ayie adalah follower 555.. suka nombor 5.. maybe sebab dalam tarikh lahir ada nombor lima dan ayie adalah anak ke lima.. so rasanyee 555 adalah nombor cantik selain dia adalah buku hutang popular.. dan buku 555 adalah buku feveret masa kat sekolah rendah sebab tempat catitan paling murah.. 20sen je kot..hehe..

Follower ayie adalah nasz genji asal nogori ni.. eh sama negeri plak..hehe.. rasanyee baru berblogging kot.. banyak entry dia mengenai cinta.. dia kata sebab buka blog kerana awek dia.. waa.. loving sosangat la..hehe.. apa pon bole..hehe..

so sesiapa belom lagi nak follow blog ni.. sila la laju-laju follow blog dia.. alah klik follow je.. baru la dia semangat nak berblog.. kepada nasz genji.. semoga berbahagia sampai ke jinjang pelamin.. aminn.. nanti jangan lupa ajak pergi kenduri hari berbahagia nanti..

ini link dia.. boleh la klik terjah blog dia dan follow: http://naszgenji.blogspot.com/

Ayie sayang anda ♥♥♥ tadi perjumpaan dengan rakan-rakan masa tingkatan 5..haha asyik tergelak je fikir hal masing-masing.. jumpa kat mcd senawang je..

Khamis, 16 Jun 2011

Wonder Baby: Happy Birthday Nur Syifa Huda yang ke-1

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Nur Syifa Huda
Allah Selamatkan Kamu

Pada hari ahad lepas abah dan umi syifa buat majlis hari jadi untuk anak kesayangan mereka pada usia satu tahun... wow wonderbaby pak uda dah besar la..hehe.. Sangat happening party birthday.. ramai juga la sepupu syifa datang.. dan yang best abah dia belikan kek aiskrim.. sedap sangat.. laju je kek tu kena makan.. tarikh birthday syifa pada 7.6.2010.. dah setahun seminggu la tarikh dia.. inilah wajah abah dan umi Nur Syifa Huda binti Abdul Shukor...


Jadi masa hari jadi Syifa uwan dia masak special pada majlis itu.. Tengok la mak ayie ini masak banyak juga la..tapi mee kari cepat habislah.. hehe sedap sangat sampai licin semua orang makan.. uwan syifa buat kuih muih.. mak ayie start buat kuih dari pagi sampai la petang..tapi apa pun makanan uwan syifa terbaik..
So my lovely niece yang bakal ada adik dalam bulan lapan ni.. Pak uda ucapkan semoga panjang umur dan murah rezeki.. dan sentiasa comel serta jadi anak yang soleh.. dan kalau tinggal dengan pak uda..masa pak uda jadi baby brother.. jangan lasak sangat..ok..hehe

SELAMAT HARI JADI NUR SYIFA HUDA

nak tgok pic lain klik FACEBOOK

Ayie sayang anda ♥♥♥ minggu depan nak pergi kenduri rumah maklong dekat seri iskandar... bestnyee jenjalan

Rabu, 15 Jun 2011

Selasa, 14 Jun 2011

High Tea Bersama Produk Litchin

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Sabtu lepas mak ajak pergi High Tea.. dalam high tea ni ada artis Aishah dengan M. Daud Kilau.. high tea dekat hotel Royal Bintang Seremban..sangat-sangat fun.. dengan mak sporting naik atas pentas bersama penyanyi pujaan mak iaitu Aishah..hehe..I LIKE.. tapi gambar kat pentas tu ada kat iphone4 abah.. so ayie tak ada simpanan..


ok ni makanan dia la.. banyak gak choice tapi ayie tak makan sangat sebab terlalu kenyang makan kat 2 kenduri kahwin..huhu.. tapi boleh la..menu yang terakhir adalah nasi goreng dengan ayam goreng.. adoii sedap tu.. tapi dah kenyang la..huhu
ok ini kitorang satu meja mengambil gambar dengan boss produk litchin.. yang kiri sekali adalah ex-guru ayie sebagai penasihat persatuan semasa ayie jadi pengerusi kelab dekat SMK Seri Ampangan sebelah cikgu tu boss.. and 2 my beloved parent.. makcik Natrah dengan my niece EFFA dan jiran sebelah rumah kanan ayie..
And lastly we show u M.Daud Kilau.. my brother beria-ria suruh ambil gambar..nah kau bro mu tepek muka kau dengan Datuk M.Daud Kilau..hehe


Ayie sayang anda ♥♥♥ hari ini ada presentation.. semoga berjalan lancar

Sabtu, 4 Jun 2011

MOVIE: X-MEN FIRST CLASS ~~ Sejarah Mungkin Berulang

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Malam tadi tengok movie x-men.. tengok movie di tengah malam tu dah best..tapi anda tengok kat TGV di jusco Seremban.. hmm agak tidak keselesaan..hehe..ayie kalau nak syok pergi buat wayang sendiri la???..ok ok lepas ni tak nak merungut lagi ok.. ayie pergi dengan kawan ayie.. harga rm12.. adoi mahal lak..lain kali tengok kat GSC maybe dapat rm6..hehe.. x-men banyak menampilkan pelakon lama.. ada reason guna pelakon lama sebab nak menceritakan sejarah tok guru x-men..iaitu magneto dan profesor x.. ada kawan ayie post kat facebook yang banyak yang lari dari kartun.. ok la.. sebab ayie pon tak pernah baca komik dia..hanya tengok kat tv kartun je.. tu pon dah lupa sebab cerita tu pon masa darjah 1..

Movie ni mengisahkan dimana Charles Xavier mendapat gelaran profesor sebab beliau mengkaji mutant dan kelebihan mutant di oxford university..profesor berkawan baik dengan perempuan biru iaitu Raven sejak kecil..Erik pula mengisahkan dimana mak dia terkorban disebabkan dia..kerana saintis Nazi Dr.Schmidt mahukan kuasa dia.. Shaw, Foster, Azazel dan Riptide mencetuskan huru-hara antara Amerika dan Russia.. Agent CIA MacTagget meminta pertolongan Profesor Xavier bagi meyakinkan tentera Amerika yang group Shaw sangat jahat.. Erik cuba menghalang tapi professor Xavier menghalang Erik..

So dia mengajak Erik membantu bagi mengatasi group shaw.. Saintis Hank iaitu Beast mereka alat untuk mengetahui semua mutant yang ada kat dunia.. So professor mengajak semua mutant untuk berkerjasama.. hanya angel, banshee, darwin dan havok yang mahu menyertai.. tapi group shaw buat kacau dengan mengajak orang baru ini sertai group shaw..hanya angel yang ikut.. dan darwin mati dari serangan shaw.. professor xavier mahu merekrut semua mutant muda di sekolah mutant.. beast, hank, havok, banshee, erik berlatih pengawalan kuasa.. time ni sangat menarik.. bila semua dah bersedia diorang mulakan operasi.. sebelum itu agen CIA, erik dan professor berjaya menangkap frost tapi tak dapat menangkap group shaw yang lain kerana diorang menyerang tempat rahsia CIA mutant..

So group professor cuba menghalang group shaw dari menghantar peluru dari russia ke turki.. masa ni mata ayie segar.. sangat-sangat hebat.. kekuatan erik sebagai magneto sangat hebat.. group shaw kalah dengan shaw mati hanya dengan sekeping duit syiling.. tapi bila pihak rusia dengan usa tahu bahayanye mutant ini mereka menghantar semua messile ke pulau dimana semua mutant berkumpul.. masalahnye ada seorang manusia iaitu agent CIA kat sana.. huhu menggelabah..haha.. magneto mengawal semua missile/roket bom dan menghantar balik ke tentera.. agent menghalang dan peluru terkena badan profesor menyebabkan profesor jadi lumpuh.. magneto buat group baru bagi menentang manusia.. magneto,raven, angel, rapitide dan azazel buat group baru.. dan membebaskan foster dari tahanan..

huhu panjang lebau ayie bagi movie review.. itu la sejarah x-men dalam movie.. memang x-men ni banyak mutant.. so banyak lagi kisah-kisah mutant nak cerita..haha.. ok cerita ni ok la sama taraf dengan fast 5.. tapi still Thor masih terbaik dalam movie 2011..

Ayie sayang anda ♥♥♥ hari ini mesti banyak kenduri kahwin kan :)

Ahad, 15 Mei 2011

Arighato My Little Brother

Selamat Hari-Hari Kepada Semua Pembaca

entry kali ini nak ucapkan terima kasih kepada adik ayie yang menolong mengemas barang dirumah sewa di Melaka tu dan mengangkat barang dari tingkat 3 turun ke kereta.. huhu..banyak kot barangnye sampai 2 3 kali la kene naik atas ambik lagi barang..hehe lain kali tolong lagi yee..

lepas selesai angkat barang belanja dia makan burger set A kat gerai station kg lapan.. tempat ni popular dengan roti oblong.. lepas makan dia nak jalan-jalan dataran pahlwan..hmm layan kan ajo.. tu je la yang ada kat Melaka time malam-malam..huhu

ni ha masa nak balik agaknyee penat sangat terus tidur..hehe.. dah la masa ajak dia pergi dia baru balik sekolah..

Ayie sayang anda ♥♥♥ semoga dapat jawab exam UPSR dengan cemerlang yoo dik!!

Haiwan: Kejar Kejar Kejar

Salam Hari-Hari Kepada Pembaca

Kucing ayie main kejar-kejar dengan binatang yang agak comel..hehe.. nampak macam biawak, tapi macam sesumpah, maybe keturunan cicak, jangan lak org kata buaya..huhu.. si jenny yang betina ni suka bunuh binatang-binatang eksotik ni..hehe..rasanye dia la paling rajin kucing tangkap tikus sejak 7 tahun tinggal Margosa sini bela kucing... si hitam iaitu Tom tengok je makcik dia tangkap..hehe..


Ayie sayang anda ♥♥♥ so sapa tahu jenis kumpulan darah apa binatang comel tu???

Selasa, 10 Mei 2011

Bila: Timun + Kentang Rebus + Telur Dadar + Belacan = Bersatu

Selamat Hari Hari Kepada Pembaca

Yeah Yeah dah sampai rumah... seronok bangat dah sampai rumah.. boleh berehat bebanyak dan dapat layan astro.. dah lama tak layan astro.. wajib tonton chanel 801.. my feveret and family.. Balik petang selepas berjaya membungkus barang sebanyak 50%..lagi 50% akan dibawa hari khamis ni.. yang tinggal perkakas belajar sahaja.. balik je rumah rasa agak lapar.. sebab tak makan tengahari..sarapan pon termiss.. bila buka je tudung saji.. ayie nampak gambar kat atas ni.. apa lagi kalau bukan timun, telur dadar, kentang rebus dan belacan.. sedap sangat.. yela dah lama tak makan masakan emak terutama belacan dia yang ada campur kundang.. so akan bertambah pedas dan masam..hehe..terbaik.. tak sangka pula kentang cecah belacan sedap..hehe.. so rasa kenyang sampai ke malam ni..hehe..

ok ayie dah tengok fast and furios 5.. apa trademark dia?? garang dan pantas..haha..hebat sungguh.. boleh la layan f5 ni.. bila dah nak pertengahan cerita je.. cerita ni pasal rompakan peti besi.. peti besi milik orang kenamaan brazil yang suka mengambil kesempatan..huhu.. bayangkan dua kereta je boleh ngangkut peti besi yang entah berapa kilo..huhu.. sampai habis la bangunan bank..hahaha.. ada satu dua je tunjuk lumba kereta.. memang terbaik la time lumba tu...hehe

ok itu sahaja nak kongsi hari ini.. so jom berjimba kat seremban pula :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ berat badan dah kurang 2 kilo la setelah berjaya tak makan nasi seminggu..huhu

Selasa, 19 April 2011

Wonder Baby Mandi Penuh Kecomelan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

entry kali ini bukan pasal kontest bayi ke apa.. ini entry menceritakan salah seorang Wonder Baby ayie mandi penuh kecomelan.. wa dia sekarang dah pandai mandi la..hehe.. biasa la dah nak jadi kakak bulan 8 ni kan.. tahniah yee..belum sampai setahun dah dapat gelaran kakak.. bagus la.. tapi kakak ni belum pandai berjalan lagi.. gigi baru tumbuh 4 batang.. tapi nakalnyee bertambah.. hehe.. ok tengok la gambar bawah ni.. layan..



ini anak buah ayie yang keempat.. yang kelima coming soon.. hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥ minggu study week yang mcm xbesh

Selasa, 29 Mac 2011

Selamat Bertunang Fatin & Amzar

Selamat Hari- Hari Kepada Pembaca

Ayie nak ucapkan tahniah kepada Nur Fatin Zulkarnain dan pasangannye Amzar yang telah melangsungkan majlis pertunangan minggu lepas.. so sweet..hehe.. diorang di jangka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan syawal ni..baik sangat la tu..hehe

Fatin adalah rakan sekelas masa tingkatan 1 hingga tingkatan dua di smka sheikh haji mohd said seremban negeri sembilan.. dia ni antara perempuan yang sangat pendiam masa tu..dan seorang pengawas yang sangat comel@kecik..hehe.. suka sakat fatin ni dulu.. ayat yang selalu keluar dari mulut dia.."apa sengih-sengih"..hehe.. masa tingkatan 3 ayie tukar kelas..huhu..sedih woo sebab kelas kitorang yang terpaksa berpecah..kelas lain tak berpecah pon..hmmm.. tahun lepas jumpa dia masa reunion hari raya di labu.. tanya dia pasal bisnes.. yela dia kan dah berstatus bisnesgirl yang sangat hebat..ok tu je nak cerita pasal fatin.. eh dia pon ada blog juga..jom terjah ramai-ramai http://blogfatindankamu.blogspot.com/


Ayie sayang anda ♥♥♥ Hari ini ada nak buat video project management..interview orang silat..

Selasa, 15 Februari 2011

My Wonderbaby birthday..:)

Salam semua pembaca

Firstly ayie nak ucapkan selamat menyambut maulidur Rasul di tahun 2011.. baguskan semua tv kat Malaysia siarkan rancangan agama.. sangat menarik

Pada hari isnin malam selasa Fakulti ayie buat malam jalinan kasih untuk memperkenalkan junior baru..hmm..ayie dah ade 4 generasi junior la sekarang ni.. dah banyak junior yee..hehe pada malam tu perkara yang menarik selepas 5 kali datang malam jalinan kasih adalah persembahan part 1 yang sangat menarik.. part 1 buat teater and koir.. bab teater satu auditorium gelak sakan.. ayie suka bila diorang buat babak cakap laju.. serius comel..hehe.. dah makan ayie bergerak balik seremban..huhu..dalam kol 11 dari melaka sampai seremban kol 12.30.. ikot jalan lama.. ayie dah lama tak guna jalan highway..

Ayie balik Seremban nak menyambut birthday untuk my wonder baby.. sapa wonder baby ni??.. diorang ni anak buah ayie.. sekarang ahli anggota wonder baby seramai 4 orang.. 3 orang ada waktu birthday bulan yang sama so buat sekali la.. bangun solat subuh berjemaah.. semua adik beradik balik rumah parent so dapat la berjemaah bersama..

esoknyee gotong royong masak nasi tomato..lelaki buat kerja sembelih ayam..buang bulu ayam..feremfuan buat kerja kat dapur.. huhu.. sangat mewah dalam makanan..

so party birthday start kol 2.. banyak wonderbaby ayie dapat hadiah.. maaf la ayie tak dapat nak bagi hadiah sebab ayie student lagi.. sorry wonderbaby..huhu.. tak ape petang ayie bawa diorang jalan-jalan naik motor keliling taman.. ayie gerak malam pulang semula ke Melaka..

ok itu sahaja ayie nak kongsi.. tengah penat ni..tapi kene online untuk cari bahan research..huhu







Ayie sayang anda ♥♥♥ esok ada test..huhu..takutnyee..hehe

Sabtu, 27 September 2008

BALIK KAMPUNG

Aku balik kampung...
besh balik naik
keretapi tanah melayu..ktmb
best..

ak balik ngan zaty ngan een
nie lee stesen kat tanjung malim
waahh ade tv
wah..kat tempat duduk
wah bilik air train nie mcm kapa terbang
so perjalanan yg besh x dilupakan aku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...