nuffnang

Memaparkan catatan dengan label emak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emak. Papar semua catatan

Ahad, 10 Julai 2011

Party Hari Jadi Emak ~~ Set Mewah Nasi Arab

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Semalam lepas habis kerja ayie nak beli set mewah nasi arab khas untuk hari lahir emak.. Set Mewah rasanya boleh makan untuk 7 orang.. Ada nasi arab, 2 jenis masakan ayam dan satu daging kambing, stew dan roti perancis, sos tomato, sos sambal, sayur pear dan timun campur mint, custard 2 dan jus mangga 4 cawan plastik... ok la semua dapat merasa.. abang ayie yang pertama datang lewat pun dapat rasa nasi arab.. cuma kakcik and famili je tak balik.. jom terjah tengok orang makan..









haha..macam mana ada yang terbuka selera untuk hari ahad ini.. try la cari nasi arab sekitar kawasan rumah anda.. sangat best... ok la mahu masuk kerja ini pagi ahad.. esok cuti.. memandangkan cerita popular tak ada kat wayang so nak berehat panjang la esok...


Ayie sayang anda ♥♥♥ harap hari ini tak kene potong tangan..haha

Sabtu, 9 Julai 2011

Happy Birthday To My Lovely Mother Puan Normah Baharuddin

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Selamat hari lahir ayie ucapkan kepada emak ayie tang tercinta Puan Normah Baharuddin pada hari ini 9 julai... dan ayie sangat gembira dapat wish mak pada tepat 12 malam..hehe.. mak masa itu belum tidur.. so dapat ucap happy birthday dan cium kedua-dua belah pipi.. happy sangat.. emak lahir pada 9 julai 1959 di kg Serting Ilir Batu Kikir, Negeri Sembilan.. so sekarang emak berumur 52 tahu.. masih aktif berniaga.. kalau jumpa orang mula la bercerita pasal bisnes.. memang emak seorang bisness minded.. tapi ayie kurang kepada bisness..hmm belum dapat seru lagi kot..hehe..

so ayie harap emak bertambah sihat, panjang umur dan murah rezki... emak jangan risau bila ayie dah dapat kerja ayie akan bantu kewangan keluarga..itu pasti.. dan ayie nak minta maaf semasa menjadi anak emak banyak buat emak sakit hati.. ayie selalu buat kesilapan..huhu..

SELAMAT HARI JADI EMAK :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ harapan ayie semoga umat Malaysia esok tiada yang kehilangan nyawa atau kehilangan darah.. keamanan milik Malaysia..:)

Selasa, 26 April 2011

A+ for cake making

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

ok kali ini entry akan dibuat simple je.. korang dah baca sms kat atas tu?? haha.. Pensyarah ayie bagi sms pukul 10.21 malam.. ayie pulak baru baca pukul 12.30 pagi..haha.. lambat beno nak bacanyee.. lepas tu balas la balik sms.. yela kredit tinggal 36sen je..apo kes??..huhu.. eh kalau korang tak dapat baca meh ayie tulis balik yee..

From: Kbm en.hameed

Salams Fikri. Convey our thanks to your mother for the wonderful cake. It was really very good. She gets an A+ for cake making. Thanks again..

kek ini ayie bagi masa nak hantar proposal research tu.. datang kol 12.45 tengahari Jumaat.. kompem la dia tak ada..hehe.. mak la sebelum pergi suruh bawa kek ni bagi kat lecture.. bawak la.. tapi kek tu letak depan pintu dia..dan arini ni dia nak bagi mesej.. agaknyee baru rasa kot..hehe.. congrates to my mother.. anak dia tak pernah dapat A+ dalam exam..hehe..

KEK KUKUS BUAH

ok ni la kek yang yang dipuji oleh pensyarah ayie tu.. sedap sesangat kek ni.. sampai ayie sanggup makan ni untuk sahur masa bulan puasa..hehe.. kalau ada sesiapa nak order leh la calling 013-3383600..nombor abah..kalau nak free boleh jee.. tunggu ayie buat give away kek kukus ni.. memang rancang nak buat.. tapi kene mintak sokongan penaja la.."mak boleh bagi kek free tak kat pembaca blog ayie??"hehe..

Ayie sayang anda ♥♥♥ terbantut nak study bila dapat sms ni..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...