nuffnang

Memaparkan catatan dengan label jusco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jusco. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Jun 2011

MOVIE: X-MEN FIRST CLASS ~~ Sejarah Mungkin Berulang

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Malam tadi tengok movie x-men.. tengok movie di tengah malam tu dah best..tapi anda tengok kat TGV di jusco Seremban.. hmm agak tidak keselesaan..hehe..ayie kalau nak syok pergi buat wayang sendiri la???..ok ok lepas ni tak nak merungut lagi ok.. ayie pergi dengan kawan ayie.. harga rm12.. adoi mahal lak..lain kali tengok kat GSC maybe dapat rm6..hehe.. x-men banyak menampilkan pelakon lama.. ada reason guna pelakon lama sebab nak menceritakan sejarah tok guru x-men..iaitu magneto dan profesor x.. ada kawan ayie post kat facebook yang banyak yang lari dari kartun.. ok la.. sebab ayie pon tak pernah baca komik dia..hanya tengok kat tv kartun je.. tu pon dah lupa sebab cerita tu pon masa darjah 1..

Movie ni mengisahkan dimana Charles Xavier mendapat gelaran profesor sebab beliau mengkaji mutant dan kelebihan mutant di oxford university..profesor berkawan baik dengan perempuan biru iaitu Raven sejak kecil..Erik pula mengisahkan dimana mak dia terkorban disebabkan dia..kerana saintis Nazi Dr.Schmidt mahukan kuasa dia.. Shaw, Foster, Azazel dan Riptide mencetuskan huru-hara antara Amerika dan Russia.. Agent CIA MacTagget meminta pertolongan Profesor Xavier bagi meyakinkan tentera Amerika yang group Shaw sangat jahat.. Erik cuba menghalang tapi professor Xavier menghalang Erik..

So dia mengajak Erik membantu bagi mengatasi group shaw.. Saintis Hank iaitu Beast mereka alat untuk mengetahui semua mutant yang ada kat dunia.. So professor mengajak semua mutant untuk berkerjasama.. hanya angel, banshee, darwin dan havok yang mahu menyertai.. tapi group shaw buat kacau dengan mengajak orang baru ini sertai group shaw..hanya angel yang ikut.. dan darwin mati dari serangan shaw.. professor xavier mahu merekrut semua mutant muda di sekolah mutant.. beast, hank, havok, banshee, erik berlatih pengawalan kuasa.. time ni sangat menarik.. bila semua dah bersedia diorang mulakan operasi.. sebelum itu agen CIA, erik dan professor berjaya menangkap frost tapi tak dapat menangkap group shaw yang lain kerana diorang menyerang tempat rahsia CIA mutant..

So group professor cuba menghalang group shaw dari menghantar peluru dari russia ke turki.. masa ni mata ayie segar.. sangat-sangat hebat.. kekuatan erik sebagai magneto sangat hebat.. group shaw kalah dengan shaw mati hanya dengan sekeping duit syiling.. tapi bila pihak rusia dengan usa tahu bahayanye mutant ini mereka menghantar semua messile ke pulau dimana semua mutant berkumpul.. masalahnye ada seorang manusia iaitu agent CIA kat sana.. huhu menggelabah..haha.. magneto mengawal semua missile/roket bom dan menghantar balik ke tentera.. agent menghalang dan peluru terkena badan profesor menyebabkan profesor jadi lumpuh.. magneto buat group baru bagi menentang manusia.. magneto,raven, angel, rapitide dan azazel buat group baru.. dan membebaskan foster dari tahanan..

huhu panjang lebau ayie bagi movie review.. itu la sejarah x-men dalam movie.. memang x-men ni banyak mutant.. so banyak lagi kisah-kisah mutant nak cerita..haha.. ok cerita ni ok la sama taraf dengan fast 5.. tapi still Thor masih terbaik dalam movie 2011..

Ayie sayang anda ♥♥♥ hari ini mesti banyak kenduri kahwin kan :)

Selasa, 31 Mei 2011

MOVIE: KUNG FU PANDA 2 ~~comel yg kuat

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Setelah kesedihan kasut telah tercabut tapak so ayie mengajak kawan-kawan ayie pergi tonton movie.. tapi sebelum tu waahh korang punye komen entry sebelum ni asyik nak beli kasut baru je.. mana nak cari duit..huhu.. ayie rasa nak guna suggestion korang yang beli kasut kung fu..kan bro??..hehe

Kung Fu Panda 2 sangat-sangat lawak..dan panda kali ini menunjuk taringnyee sebagai hero yang paling comel... mana taknyee nak jalan secara sembunyi pon buat jalan-jalan comel..haha.. walaupon badan besar perasan orang lain tak nampak.. Po pon sekarang dah kurus..hehe.. itu ayah dia si bangau tu cakap la.. cerita kali ini mengisahkan 5 pahlawan pergi ke negara yang ditakluki oleh burung merak.. burung merak mereka meriam yang kononnye sangat hebat.. dia telah mencuri semua barangan yang berunsurkan logam.. so ada ahli nujum menyatakan keangkuhan merak akan terhakis apabila datang makhluk yang berwarna hitam dan putih.. tapi sebelum itu merak telah memusnahkan kaum panda.. dia telah mempercayai yang kaum panda lah yang akan menghapuskan pemerintahan merak.. so merak sebagai raja.. dan askar2 dia adalah serigala dan gorila..baik pulak serigala dengan merak.. Po berjaya menjadi hero dimana dia telah menghalang merak dari pergi menakluk dunia.. Po dah hebat dengan kungfu dia.. dengan menggunakan teknik ketenangan segala tembakan meriam dapat dielak..huhu hebat.. so Po dah tahu yang keturunan Panda dah hilang.. tapi sebenarnyee keturunan Panda ada lagi..

Ayie tengok cerita ni guna cermin mata.. ala cermin mata 3D.. 1st time tengok wayang guna 3D..hehe sangat-sangat menarik tengok 3D.. macam gambar tu dekat dengan kita.. macam boleh capai la.. tak rugi kalau korang tengok.. panjang tergelak je tengok cite tu..hehe
ayie post gambar ni kat facebook.. diorang cakap robotman..haha..
inilah robotman Malaysia..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥lepas ni nak tengok movie kat laaptop"employee of the month".. sempena OB ni

Isnin, 23 Mei 2011

MOVIE: NUR KASIH THE MOVIE~~ CINTA ADAM DAN NUR AMINA

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Lewat ini kurasakan kasih sayang dan harapan....NUUUURRR KAASSSSIIIIIHH..lalallala
waah tu dia siap karok Nur Kasih lagi..duet dengan Tiz Tazqiyah..hehe
Ayie dah tengok Nur Kasih (NK) kat GSC Jusco Bandaraya Melaka..jusco baru kat Melaka..alah yang kes meletup tu..cantik gak tempat dia..dan sangat sejuk..huhu..kalau boleh kurangkan lah sejuk tu..huhu

Nur Kasih arahan Khabir Bahtiar.. sangat simple dan menarik.. banyak adegan nangis-nangis.. walau apa pon hati kene kental sebab ada awek kat sebelah..hahaha..bagi ayie bahagian awal adegan nangis Adiel sangat-sangat la xmasyuk.. patutnyee kasi la bahagian ayu raudah masuk lebih sikit.. baru la masyuk sikit..part ayu raudah paling last adalah dia melompat ketepi bila tengok ada kereta langgar dia..lakonan Tiz Tazqiyah macam biasa sangat menjiwai..hati perempuan cengeng yang kental..hehe.. yang lain ok la.. dengan adik mia yang sangat comel..hehe.. tapikan kenapa Nur Amina bila tua sangat gelap..haha..kenapa tak pilih Sarimah ke..atau pelakon veteran yang putih sikit..huhu..xmasyuk langsung..dan bahagian akhir dimana mood mencemaskan berjaya menarik perhatian ayie.. cerita nak tahu apa kesudahan Adam..adakah dia akan mati atau tidak..jeng jeng jeng.. sesungguhnya mati juga anak adam itu.. meninggal secara aman.. biasa la meninggal semasa umur tua..dan yang paling penting semua penonton akan menangis bila NUR AMINA memeluk anak dia..kalau korang tak nangis mesti akan tersentuh habis atau bahasa pasarnyee sentap beb..huhu

so tak rugi tengok cerita NK the movie jika anda pernah sekali tengok drama NK di televisyen.. kalau tak pernah tengok pon ok je.. sebab bukan sambungan drama NK pon..
"Sesungguhnya Cinta Adam dan Nur Amina sangat Suci"

Ayie sayang anda ♥♥♥ kalau nak tengok korang kene la pakai tudung ke selendang ke kepada Muslimah..kalau tak anda akan sentap..hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...